Selepas adaptasi novel ke drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, sekali lagi novel nukilan Umie Nadzimah diadaptasi ke drama, bertajuk Dia Isteri Luar Biasa. Akan bersiaran di slot Akasia selepas drama #hatiperempuan tamat.
SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan
untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta
dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan
kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak
sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya,
Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi.
Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.
Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di
Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat
Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia
Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi
perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu
agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang
berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap
Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu
meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima
alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya
mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum
boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?
PELAKON DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA
Shukri Yahya- RadenNur Fathia- Dewi
Keith Foo - Kamarul (Cik Kim)
Siti Elizad- Kak Long
Datin Ziela Jalil - Umi
Kredit to: http://admya.blogspot.com/
BACA ONLINE NOVEL DIA ISTERI LUAR BIASA
Kalau nak baca Online novel Dia Isteri Luar Biasa ni, boleh baca disini. Tapi terhad sehingga 10 bab sahaja. Bakinya kena beli novel lah kan, hehe.Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BLOG UMIE NADZIMAH
Kalau nak berkenalan dengan lebih rapat dengan penulis novel ni, boleh ke blog beliau. Jadi follower, boleh tengok juga perkembangan dan projek terbaru Umie Nadzimah :)http://umienadzimah.blogspot.com/
Pada pendapat aku, Fathia so sweet, sesuai untuk watak Dewi Yusra. Shukri Yahya baru aje habis drama #asampedasuntukdia, geram betul dengan watak dia dalam tu. Asyik confius memanjang. Hehehe. Kak Long Kyra (Elizad Sharifuddin), I miss u ^^
Sama-samalah kita tunggu drama terbaru slot Akasia TV3 ni.
Saya pun sukakan lakonan shukri ahmad dalam #asampedasuntukdia
ReplyDeletewalaupun tak selalu tengok tapi cara lakonan dia buatkan dia akan lebih berjaya selepas ini
muahaha shukri yahya...mana datang ahmad ntah hehe
ReplyDeletesy nk siti elizad sbg heroin..tgk dia dlm TLU mcm best lakonan dia
ReplyDeleteWah, Shukri Yahya pun ada yer... Sure best ^^
ReplyDeletedah pernah baca novel nie. Serius best...
ReplyDeletemcm menarik tapi sah tak de masa nk baca huhuh
ReplyDelete