Nurul Shahira:

Tuesday, March 31, 2015

# drama # Drama Melayu

[Promo] Drama Dia Isteri Luar Biasa - Sinopsis & Baca Online

Selepas adaptasi novel ke drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, sekali lagi novel nukilan Umie Nadzimah diadaptasi ke drama, bertajuk Dia Isteri Luar Biasa. Akan bersiaran di slot Akasia selepas drama #hatiperempuan tamat.

Umie Nadzimah Novel Dia.. Isteri Luar Biasa

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

 PELAKON DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA

Shukri Yahya- Raden
Nur Fathia- Dewi
Keith Foo - Kamarul (Cik Kim)
Siti Elizad- Kak Long
Datin Ziela Jalil - Umi


Drama Dia Isteri Luar Biasa

Drama TV3 Dia Isteri Luar Biasa
Kredit to: http://admya.blogspot.com/

 

BACA ONLINE NOVEL DIA ISTERI LUAR BIASA

Kalau nak baca Online novel Dia Isteri Luar Biasa ni, boleh baca disini. Tapi terhad sehingga 10 bab sahaja. Bakinya kena beli novel lah kan, hehe. 

 Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10


BLOG UMIE NADZIMAH 

 Kalau nak berkenalan dengan lebih rapat dengan penulis novel ni, boleh ke blog beliau. Jadi follower, boleh tengok juga perkembangan dan projek terbaru Umie Nadzimah :) 
http://umienadzimah.blogspot.com/

Pada pendapat aku, Fathia so sweet, sesuai untuk watak Dewi Yusra. Shukri Yahya baru aje habis drama #asampedasuntukdia, geram betul dengan watak dia dalam tu. Asyik confius memanjang. Hehehe. Kak Long Kyra (Elizad Sharifuddin), I miss u ^^


Sama-samalah kita tunggu drama terbaru slot Akasia TV3 ni.

6 comments:

  1. Saya pun sukakan lakonan shukri ahmad dalam #asampedasuntukdia

    walaupun tak selalu tengok tapi cara lakonan dia buatkan dia akan lebih berjaya selepas ini

    ReplyDelete
  2. muahaha shukri yahya...mana datang ahmad ntah hehe

    ReplyDelete
  3. sy nk siti elizad sbg heroin..tgk dia dlm TLU mcm best lakonan dia

    ReplyDelete
  4. Wah, Shukri Yahya pun ada yer... Sure best ^^

    ReplyDelete
  5. dah pernah baca novel nie. Serius best...

    ReplyDelete
  6. mcm menarik tapi sah tak de masa nk baca huhuh

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+