SweetMuslimah.com

Wednesday, March 4, 2015

Periksa skor SEO blog menggunakan Chkme

Pernak terfikir tak, kenapa entry yang kita buat, walaupun skop tajuk yang sama dengan orang lain, tapi enjin carian tak jumpa? Ataupun duduk di page Google yang belakang-belakang? Page 5, 6 malah ada yang di page ke 10. SEO tak cukup mesra alam ke? 

Macam blog aku pun, bila aku post entry, memang ada orang yang baca. Mesti. Tapi, persoalannya di sini, ramai ke idok? Kalau 10 orang per entry yang baca? Alahai. Silap hari bulan, yg 10 orang tu lalu je, jeling sikit, click close. Dushhh. Sakitnya tuh disini.

PERIKSA SKOR SHAHIRA'S BLOG 
Periksa skor blog dengan Chkme
Keputusan skor Shahira's blog

48% peratus aje? Tak sampai separuh 100% pun. Kalau dalam exam, markah gini dah dapat C- ni. Cencorot betul T_T. Faktor SEO atau Search Engine Optimization yang lemahlah menyebabkab blog kita kekurangan trafik. User tak dapat jumpa blog kita. Sebab apa? Robot crawler yang bertanggungjawab mencari keyword-keyword yang berpadanan dengan hasil carian tak mesra. Gaduh. Tak sebulu. In fact, tak tau pun korang wujud. Aduhai. Ini lah yang aku alami a few back year back. 2011. sekejap je blogging, kecewa

"Kenapa tak ada orang pun nak datang blog aku. " 

Sob sob sob *sambil kesat-kesat hingus*


JADIKAN BLOG KITA LEBIH MESRA ENJIN CARIAN 

Macam mana nak jadikan blog kita lebih mesra SEO? Ada banyak tips dan cara, semuanya boleh dapat dari hujung jari. Just click and search. Tapi, dalam kes aku yang buta IT, FAIL sungguhla nak buat. Seminggu menggodek internet, ubah-ubah coding pun tak berjaya. 

Luckily, in our group #exchangefeedgroup, ada orang tolong improve coding template aku supaya lebih mesra SEO. Dan hasilnya, taraa

Periksa skor SEO blog dengan Chkme
Keputusan skor SEO Shahira's blog setelah penambahbaikan

Sudah 100% blog aku mesra SEO. Tapi, penulisan juga perlu mantap. Ada seni penulisan SEO yang aku perlu berguru dengan otai-otai #exchangefeedgroup. Dah semangat berkobar-kobar macam jumpa Running Man tepi jalan. Ahaks ^^

Boleh periksa skor SEO blog korang kat sini : Chkme.com. Kalau skor <80%, itu dah dikira tahap lemah. Jadi, marilah kita sama-sama memperbaiki skor blog dan juga mutu penulisan supaya karya yang berkualiti dapat diberikan kepada pengunjung. *Cewwah, ayat karangan SPM ni. Kertas 2 karangan* Ekekeke.

Till then, assalamualaikum.




Terima kasih singgah & baca entry ini ^^









Periksa skor SEO blog menggunakan Chkme
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

31 comments

Tulis comments
avatar
March 4, 2015 at 10:45 PM

Tahniah Cikgu Sha, pasni kita sambung teknik seo pula ye..In Shaa Allah..:)

Reply
avatar
March 4, 2015 at 11:35 PM

Tahniah..
Macam mne cara nak exchangefeedgroup erk :)

Reply
avatar
March 4, 2015 at 11:39 PM

Iye Kak Ana, tak sabar saya nak berguru dgn akak ni, sifu :)

Reply
avatar
March 4, 2015 at 11:42 PM

Cik Candy whatsapp je no kat banner tu. Nanti, admin Kak Irra akan guide. Senang aje. Moh ler Cik Candy :)

Reply
avatar
March 5, 2015 at 12:54 AM

Assalam shahira, terima kasih sudi bertandang d teratak sis JM tu. Selamat berkenalan. Tahniah kerana blog mesra SEO, pengalaman awal dulu sis JM tulis blog mmg x d kenali sendiri tulis sendiri komen huhuhu

Reply
avatar
March 5, 2015 at 1:45 AM

Mana ada hebat bonda.Baru nk start enjin ni. Huhu. Ini saja nk share dgn orang lain.

Reply
avatar
March 5, 2015 at 1:47 AM

Mesra baru -baru ni aje. Itu pun org yg tolong. Kalau tak, mau duduk sorang2 la agaknye :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 6:35 AM

Jom2. Mmg kena join ni. Huhuuu nak tingkatkan trafik blog ni. tadi cheak pakai Seo tu dpt keputusan yang frust. Dah mcm result SPM plak rasa :p

Reply
avatar
March 5, 2015 at 7:01 AM

semoga #exchangefeedgroup memberi manfaat kepada semua ahlinya...ehee ahli jela kan..tak jadi ahli camano nak kenal...Jom jadi ahli!

Reply
avatar
March 5, 2015 at 7:03 AM

penulisan SEO ni sebenarnya mudah je...kena Rajin praktikkan aje..semoga kita smua berjaya :)

Reply
avatar
March 5, 2015 at 7:04 AM

sekarang dah ada pengganti HH :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 10:23 AM

Jom jom jom, vrooom vrooom vrooom ^^

Reply
avatar
March 5, 2015 at 10:24 AM

Ewan #efg yang hebat. Akak mintak tlg dia je, hehe :)

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:13 AM

Adoiyai, dah serupe SPM feeling dia eh? Kalau gitu, dah capai tahap harus join family ni. Jum! Cik Candy dipaksa masuk ni, ekeke :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:51 AM

dah check 32%.. banyak penambahbaikan nak kena buat.. tapi kekangan masa juga membatskan jugak..

Reply
avatar
March 5, 2015 at 12:18 PM

Betul setuju alhamdulillah semua ahli dah 100% Mesra SEO.
Mobile Friendly

yang best juga sentiasa bersaing update entry

Reply
avatar
March 5, 2015 at 12:19 PM

Betul, kekangan masa. Sha setuju. Macam Sha ni, bertuah sebab ada orang bantu, tu yang cepat sikit kerjanya :)

Reply
avatar
March 5, 2015 at 12:26 PM

Iyup, terima kasih untuk otai-otai yang banyak bantu. :)

Reply
avatar
March 5, 2015 at 4:37 PM

wahh dah 100% dah...cool :D nnt nk try check2 blog kite plak... :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 5:07 PM

kena belajar dari yang pakar laa.. kena take time jugak laa..

Reply
avatar
March 5, 2015 at 6:19 PM

makin ramai blogger yang pentingkan seo sekrang ni

Reply
avatar
March 6, 2015 at 9:24 AM

Jum Aisya, try check2. Mana tau 100% gak? Weeeehuu :)

Reply
avatar
March 6, 2015 at 9:25 AM

Sha pun baru aje tau pasal SEO ni. Itu pun geng-geng EFG yang bagitau :)

Reply
avatar
March 6, 2015 at 6:38 PM

Tahniah Shahira, moga terus sukses yer ^-^

Reply
avatar
March 7, 2015 at 8:54 AM

Thanks Zumal. Zumal pun sama, keep blogging & terus sukses :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+