Tadi, sebenarnya, aku nak google syarikat lama aku sebelum aku dapat kerja di Sabah ni. WSA Engineering. Tapi, tengok-tengok, ter'google' JTEKT Automotive pulak. Haish. Tangan lagi laju dari otak. Miscommunication antara organ dalaman sendiri, ekekeke :D
Jadi, apa kaitan JTEKT Automotive dengan aku? Hehehehe. Actually, itu tempat masa aku Latihan Industri (atau nama glemer Internship) masa zaman-zaman study dulu. Tahun 2009 - 2010 kalau tak silap. Rumah aku jauh, kat Beranang nun, tapi dapat pulak tempat LI kat Shah Alam. Hadoi. Fengsan. Nak tolak dan cari tempat lain dah tak sempat. Banyak-banyak company aku hantar permohonan, JTEKT aje yang accept aku. Yang lain semua reject. Agaknya, gambar kat resume tak cukup gojes? Ataupun resume aku yang hampeh? Hmmm. Deep thinking ni T_T
Tapi, LI kat sini best actually. Dapat pulak bos yang sempoi, brader-brader yang supportive, alhamdulillah, cepat aje 3 bulan setengah masa LI tu berlalu. Tengok-tengok, eh, dah habis LI lah. Masa untuk kembali ke sekolah semula T_T
Masa LI, aku ditempatkan dalam Maintenance Department. And I'm the only girl alive dalam department tu. Ada lagi 1 orang student yang sama-sama intern, dari UPM Serdang, tapi lelaki lah. So, korang dapat bayangkan, macam mana jadi budak pompuan duduk dalam department maintenance?
Tak dapat bayangkan? Gud. Aku pun sama :D. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh survive, tapi yang pasti, aku survive :)
Internship kat sini, aku banyak belajar. Masa diorang repair & buat preventive maintenance pada machine, they didn't allow me to do the thing. They just explain, kalau ada masalah gini, apa yang kita kena buat. Kalau ada tanda-tanda gini, apa yang kita kena tengok. Kalau nak tukar bearing, jenis-jenis bearing apa yang sesuai. Tapi, semua diorang buat. Sebab, I'm a girl. Huh, kecewa jugak. But, what to do. Follow the flow aje lah (Kalaulah diorang tahu in the end, aku kena repair machine jugak kat sini, mesti menyesal kenapa tak bagi aku touch & do the work back then :)
Tapi, macam tu pun banyak belajar okeh. Ingat lagi, ada satu minggu tu, kitorang ditugaskan untuk jaga water plant kat belakang kilang. They teach me how to read the water pH, How to balance the pH. Bersihkan kawasan tu.
Ada jugak masa kitorang kena bersihkan dan repair balik air gun yang line gunakan. Sekali tu, banyakkkkk gila air gun yang kena repair, kitorang pulak amatur, buat 2,3 air gun pun masih ada masalah, Lever Gun tu sangkut. Ouch. Masa tu rasa
Eh, bebal bebenor aku ni T_T. Kata belajar tinggi? 10 tingkat bangunan?
That's how we learn. Either the hard way, or the easy way. Macam aku, er, ada masa susah, ada masa senang (Masa senang sebab kenyit-kenyit mata sikit, hahaha, puih. nampak nau tipu nye, ekekeke :D). Dan ada banyak lagi sebenarnya. Tapi malas nak taip, ekekeke.
Masa LI tu aku ada tahu sikit-sikit pasal Kaizen. Kamban. Tapi tak berapa masuk otak sangat. Tiba-tiba masa aku interview kerja kat Rawang, dapat pulak soalan mengenai Kaizen. Peh. Menggagau nak jawab. Tulis kat resume macam terer benar. Padan muka. Haha.
Kenapa ye aku cerita semua ni? Kenangan 5 tahun lepas? Sebab tu lah, nak cari benda lain, keluar benda lain. Yang keluar gambar ni
Aku selalu parking kereta kat belakang tu dulu
Meh sini, belanja dulu gambar-gambar dulu-dulu.
Ni gambar masa last day LI
Masa nak repair mesin ape ntah ni, dah lupa, hehe. Main tutup-tutup muka pulak
Drilling ke ape ye ni? Tak ingat pulak. Tapi, sebelah tu ada mesin CNC Cutter tau. Yang fully automatic. Kitorang rasmikan mesin baru tu dengan buat bidak chess.
"Nothing last forevers but it forever remains a memory"
TQ to JTEKT Automotive (M) For the opportunity. Special thanks to Maintenance Department for the sweet memory. :)
P/s: Pernah jugak terjumpa Assistant Manager JTEKT masa Totota Supplier Club kat Shah Alam. At that time, dah kerja kat WSA as Kaizen Exec. Yang terkejutnya, diorang ingat lagi. Wahhhh, terharunya rasa. Tapi sekarang, maybe dah tak ingat kut? T_T
LI kat company swasta..dorang ada bagi elaun tak?
ReplyDeleteCompany Sha bagi elaun, RM200/month. Ade certain company bagi up to RM800. Untung betul T_T. Lagipun, company swasta yang selalunya bagi elaun,government tak.
DeleteZumal pernah LI di jabatan kerajaan, elaun takde cuma dapat makan free. Hehe ^^
DeleteSebab kerajaan tak ada peruntukan khas untuk student LI ni kan? Tapi, alhamdulillah, dapat makan free, kira ok jugak tu :)
Deletemesti rinduu nanti
ReplyDelete2, 3 tahun lepas rindu lah. Sebab ex pakwe Kak Sha keje situ. Eheh. Tapi, bila dah clash, tak rindu dah :D
Deletewahh daebak la kak sha :D
ReplyDeleteMana ada daebak, debab adelah Kak Sha ni kc, ekekeke :D
Deletewaktu LI paling best, huhu
ReplyDeleteBetul, tapi ikut tempat jugak. Ada member dapat tempat tak best, rasa lamaaa aje 3 bulan setengah tu
DeleteWah seronok nyer..dpt pengalaman kan Sha..
ReplyDeleteBetul Kak Lya, pengalaman tu, susah nak dapat. Asyik kena buli aje, kena buat air, dah serupa tea lady, hehe :D
Deleteada rezeki nnt boleh bertugas pula disitu
ReplyDeleteNda boleh sudah bertugas disitu bonde. Situ kilang. Unless sha retired job sekarang, then baru boleh apply :)
Deletewahh pratical the best kan... mana tahu dpt kerja di situ plak
ReplyDeleteJom Vote blog acik bagi msmw
Tak rasa boleh kerja situ dah, too late :)
Deletemesti glamer kan sbb tak ramai gurl kat situ ;)
ReplyDeleteGurl ramai Cn. Kat dalam admin & ofis. Jadi, tak adelah glemer mane pon T_T
Deletewahhh...!! hebat... hehehehe.. :)
ReplyDeletemasa LI memang kenangan manis.. banyak belajar.. selalu menggelabah.. hari-hari ada je benda baru kena faham... hahahahaaa... Kaizen ada, 5S ada tak....?
5S ade Kak Ain. Setiap minggu kena basuh pasal 5S. Company Jepun kan T_T
DeleteTapi, yang bagusnya, Sha learn from that & adapt masa keje kat Rawang tu. Kiranya, berbaloilah kena basuh everyweek masa LI :D
belajar je Shahira selagi boleh belajar dan ada pelung... dah masuk umur kak eny nanti.. otak pun dh beku hehehehhe
ReplyDeleteMana ada otak beku Kak Eny, boleh lagi tuu :)
DeleteSalam akak. Saya terjumpa blog akak ni, kebetulan tgh carikan kawan tempat utk dia buat LI. Nak tanya akak, kalau kawan saya ni interested kan, macam mana proses nak apply buat internship kat situ ye? Looking forward to your reply soon, thank you :)
ReplyDeleteSori maryam, akak baru perasan komen. Ampun ye.
DeleteNak LI kat JTEKT ye? Boleh email aje HR dia. Kalau walk-in hantar terus resume & application letter lagi bagus. Lagi besar peluang nak dapat. Btw, kawan course ape?
Kakak nurul shahira kalau sy nak apply kerja situ okay tak ?sy ade sijil je
ReplyDeleteOk je. Sebab banyak vacancy jugak kat JTEKT rasanya. Try dulu hantar resume :)
DeleteDulu saya pernah kerja di kilang ini bermula tahun 2003 hingga 2006,sebelumnya kilang berjenama t & k,trimakasih malaysia,and jtek automotive,salam buat cik syaharudin,cik hasri psk,cik azizul,dan kawan kawan
ReplyDeleteTrimakasih
ReplyDeleteTerima kasih kembali =)
DeleteAutomotive tools are highly specialized in nature. Many a time a particular automotive tool serves only a single purpose. Michael
ReplyDeleteVery nice article, I enjoyed reading your post, very nice share, I want to twit this to my followers. Thanks!. Export car from Australia to the UK
ReplyDeleteAkak, nak tanya masa akak intern dulu tinggal di mana ye? Sbb saya dapat offer tp tak jumpa tempat tinggal.
ReplyDeleteAkak dulu stay Kg. Jawa. Jauh sikit sebab stay rumah makcik. Kalau cari rumah sewa,cuba join group rumah sewa shah alam. Banyak je iklan rumah & bilik dalam tu.
DeleteAkak, Saya nak tanya.. Dulu akak intern kat sini ni ad job rotation tak
ReplyDeleteMaksud job rotation macam mana? Rotate from 1 department to others ke? If that, masa akak intern xde macam tu. We stick to 1 department only. Dlm department tu yes, kita buat macam2 kerja. Tapi itu pun depends dapat department mana.
Delete