SweetMuslimah.com

Monday, March 30, 2015

Tiada lagi kulit kering & berminyak. Yey!

Aku nak cerita. Sebenarnya aku dah dapat Physiogel yang aku menang survey hari. Aku ada cerita kat >>SINI<<. Hasil dari buat survey tu, aku dapat 1 botol cleanser dan cream Physiogel saiz besar. Memang gabak bak hang. 

PHYSIOGEL UNTUK KULIT KERING SENSITIF


Pencuci muka sesuai untuk kulit kering
Physiogel Hypoallergenic - Penyelesaian untuk kulit kering & sensitif

Cream tu moisturizer sebenarnya. Sebelum ni aku dah beli, tapi saiz yang kecik, sebab kulit muka jadi kering sebelum ni. Mungkin sebab perubahan hormon ataupun sebab iklim. Dont know. Tapi, dalam kering-kering tu, jerawat keluar jugak hokkayyyy. Adush. Tensi yakmat (typo hangat #efg :D)

Masa tu, tukar cuci muka guna oats. Lama jugak, nak dekat sebulan pakai oats, tak pakai benda lain. Moisturiser pakai Physiogel (sebab terpengaruh dengan iklan #Nuffnang). Tengok-tengok, eh, ok lah. Best sangat. 

Physiogel untuk kulit sensitif kering

Ini tekstur cream tu. Kaler putih pekat, tekstur nampak aje macam pekat, tapi bila dah sapu kat muka, cepat meresap. Lagipun, kita pakai sikit aje. Thin film aje. Lepas aje cuci muka, keringkan muka dengan tuala khas untuk muka (Jangan campur-campur. Tuala lap bontot, pehtu lap kat muka. Aiyoyoyoyoyo, fengsan T_T), terus pakai cream moisturiser ni. pakai bedak. Siap. Boleh dah keluar pegi kerja :)

Lupa bagitahu. Cream ni boleh pakai kat muka & tangan jugak. Tapi aku bantai pakai dekat jari kaki juga. Sebab kulit kaki kering, hewhewhew.

Physiogel untuk kulit kering sensitif

Tekstur cleanser. Tak berbuih. Aku pam 3 kali, baru cukup kat muka yang lebar pinggan ni. Hihi (Gosok-gosok muka tu,jangan kasar-kasar ye. Nanti muka tu memberontak, ajak geng dia keluar, nah, merana jiwa kita T_T)

Siapa yang pernah pakai Cetaphil tahu kot tekstur Physiogel ni macam mana. Lebih kurang aje. Rasanya pencuci muka untuk kulit sensitif ni memang tekstur lebh kurang gitu.

TRIAL PACK PHYSIOGEL MALAYSIA

Kalau ada masalah kulit kering, tak semestinya kat muka, kat kaki ka, tangan ka, boleh aje try Physiogel ni. Boleh claim untuk FREE SAMPLE @ FREE TRIAL PACK. Tak pun isi survey pada websites Physiogel. Rasanya survey untuk bulan April masih berjalan. Boleh layari >>https://www.readyforanything.my/<< untuk lebih keterangan lanjut.




Ok, sambung kerja dulu. Sayonara sayonara sampai kita berjumpa lagi ^^
Tiada lagi kulit kering & berminyak. Yey!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 30, 2015 at 10:52 AM

wah seronoknya...
dah la dapat botol besar.. :)
saya dah isi untuk dapatkan free sample tapi tak tau lah bila dapat..

Reply
avatar
March 30, 2015 at 11:33 AM

Ja, kena tunggu tu. Kak Sha pun isi survey form tu sebulan yang lepas :)

Reply
avatar
April 1, 2015 at 12:57 PM

Wah syoknya.. macam nak try pakai jugak je..

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+