SweetMuslimah.com

Saturday, March 21, 2015

Pemandangan gerhana matahari dari dalam kapal terbang

Assalamualaikum

Semalam, 20 Mac 2015 ada terjadinya gerhana matahari. Tetapi, kita di Malaysia ni tak nampak, sebab laluan utama terjadinya kejadian gerhana tersebut adalah di Utara Eropah dan Kutub Utara. 

Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, tak ingat tahun, sama ada 1996 atau 1997, masa tu Gerhana Matahari penuh dapat disaksikan dari Malaysia. Masa tu, aku guna kodak filem kamera tu untuk tengok. Dan Masya Allah, nampak pergerakan dan sampai jadi gerhana penuh tu. So miracle. Tapi oleh sebab masa tu kecik lagi, tak faham pun yang kejadian alam luar biasa ni adalah luar biasa. Suka-suka aje nak tengok sebab orang bagitahu. Tak buat solat sunat gerhana lagi. Rugi betul T_T

Jadi, bila kita tak dapat tengok, jom lah saksikan rakaman secara langsung kejadian gerhana matahari dari dalam kapal terbang yang dibawakan oleh Professor Brian Cox, Dara O 'Briain dan Liz Bonnin. Rakaman ini dibuat dari dalam kapal terbang yang terbang di atas Faroe Island.





Total solar eclipse of March 20, 2015 as seen by Halda Mohammed in the Faroe Islands
Total solar eclipse of March 20, 2015 as seen by Halda Mohammed (the only Malaysian) in the Faroe Islands.

Photo of total eclipse by Tine Mari Thornes in Norway.
Photo of total eclipse by Tine Mari Thornes in Norway.

TARIKH-TARIKH GERHANA BAGI TAHUN 2015

TARIKH-TARIKH GERHANA BAGI TAHUN 2015
Kredit to: fb FalakOnline

Falak Online ni adalah science website. Ada banyak perkongsian mengenai ilmu astronomi, yang kadang-kadang kita sendiri tak alert, tapi dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas, mudah dan padat. Memang rasa banyak sangat yang kita boleh dapat dari sini, secara santai. Nak save dalam henpon lah tarikh 4 April ni. Kejadian gerhana bulan penuh tu. :)

Nak tahu lebih banyak ilmu astronomi, boleh ke FB FalakOnline & juga earthsky.org. :)

Pemandangan gerhana matahari dari dalam kapal terbang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

15 comments

Tulis comments
avatar
March 23, 2015 at 12:38 AM

Subahanallah..... uniknya ciptaan Allah s.w.t.
tak terjangkau akal kita nak memahaminya... :)

apapun thanks atas perkongsian ni... menarik... :)


*rindu kawan2 EFG.... bila boleh join balik...?*

Reply
avatar
March 23, 2015 at 9:06 AM

Subhanallah..Ciptaan Allah begitu indah...

Reply
avatar
March 23, 2015 at 1:32 PM

Subahanallah. lawanya ciptaanNya. Kalau tengok dengan mata kepala sendiri mesti terpegun tak terkata..kan..

Reply
avatar
March 26, 2015 at 3:55 PM

subhanallah....nice sharing... nk tgk yg bulan April 2015 pnya

Reply
avatar
March 26, 2015 at 3:57 PM

dlu2 x tahu ape2... ade yg guna kodak filem, ade yg guna baldi or besen... mcm2...hiih

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:35 PM

Aah, gigih betul pencinta alam ni nak amik video gerhana matahari. Untung kat kita jugak :)

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:36 PM

aaaaaaaah. Memang cantik, subhanaAllah :)

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:37 PM

Dah join balik kan Kak Ain. Welkam back :)

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:38 PM

Betul. Agaknya kalau tengok dengan mata kepala sendiri, mau tak berkelip mata tu :)

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:39 PM

Aah, bulan 4 ni gerhana bulan. Nampak kat Malaysia ni. Harus simpan dalam kalendar :)

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:40 PM

Baldi / besen? Macam mana nak tengok tu? Guna konsep bayang-bayang ke?

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+