SweetMuslimah.com

Sunday, March 1, 2015

Mencari barang persiapan untuk kursus pendek

Hari Jumaat yang lepas, aku ikut beberapa orang rakan untuk mencari beberapa perkakas dan bahan-bahan untuk kursus pendek pada hari Sabtu. Sebagai pembantu, rasanya wajarlah aku menyebok sama memberi pendapat dan sebagai tukang angkat barang. Pakar yang men'decide' apakah yang patut dibeli ofkos penceramah, takkan aku. Ekekeke.

Rasanya betul kata-kata motivasi "Jauh berjalan luas pemandangan". Memang jauh kami berjalan, walaupun dalam kawasan Tawau sahaja, tapi adalah jugak 2,3 kedai. Pergi ke kedai situ sebab nak beli barang plastik je. Kedai sana barang besi je. Kedai sinun nak beli butter dengan cream tartar aje. Kedai nun beli buah, peach in the tin. Itulah kuasa pakar. Hehehe. Depa tau nak beli di kedai mana barangannya murah dan berkualiti. Kalau aku, errrr, sumbat aje lah beli di 1 kedai yg sama. Dasar -_-

Kita mulakan dengan kedai pertama, kedai borong di kawasan Ice Box
Jangan pelik, memang namanya Ice Box, tapi tiada ice pun di situ. Kedai borong ni memang femes di kalangan warga Tawau. Kalau nak dekat-dekat raya tu, phewww, sesak nafas duduk dalam kedai ni. 


Jangan hambur ya! Jika hambur siap kau! 
Hambur adalah sinonim untuk sepah. See, aku dah pandai sikit-sikit Sabahan language :)



Banyak giler barang-barang logam. Periuk, cerek, pinggan mangkuk, barang-barang plastik, barang-barang memasak, sebut aje, semua ada kat sini. Aku yang pestaim masuk sini jadi jakun. Tu yang asyik snap sana, snap gambar sini. 
Nampak tak puan penceramah tu? I told ya'

 
Pasta Machine




Jajan-jajan mesti ada juga. Ini pemandangan depan pintu masuk, kat tepi dia aku tak sempat snap. Kalau bawak budak-budak, siaplah korang. Habis.Langsai.


Periuk buat mee maggi ala Korean pun ada. Ada benda alah ni kat rumah korang? Nan hado?



Ini aku punya. Kaler pink, khas untuk rumah gigirl sahaja. Cik abang sado tak boleh.



Lokasi kedua: Chow Seu Teck Trading
Lokasi kedai ni di bandar Tawau, dalam 10 minit perjalanan dari kedai pertama tadi. Kalau tadi kitorang borong barang plastik sikit, kat sini beli barang-barang logam. Katanya penceramah:

"Kat sini pinggan-mangkuk dia tebal. Bagus. Stainless steel. Kalau yang lain aluminium, cepat bengkok"

Tak kisahlah. Saya SYMP jak. Eh, tersasul bahasa Sabah pulaks. Tehehehe. 


Memancor-mancor bawah lampu. 

Periuk stainless steel Zebra. RM 341.00. Tebal.Tapi berat dia, ya ampun. Kalau jatuh atas kaki korang, nescaya korang akan berjalan macam itik-pulang-petang selama seminggu

Stock pot Eagle 50L. RM 419.00. Tebal. Berat. Gugur bulu ketiak bila nak membayor (Kalau beli lah. Nasib tak beli)

Set peiuk. Ada 6 saiz. RM 209.00 / set

Ini sebenarnya yang kitorang cari. Ayak tepung, tupperware nak isi kuih, plastic bowl saiz sederhana dengan stainless steel bowl untuk adunan tart


Lokasi ketiga: Pasar Tanjung Tawau

Nak beli apa kat sini?


Kredit: Google

Pasar Tanjung ni adalah pasar tertutup terbesar di Malaysia. Setinggi 3 tingkat. Tingkat bawah sekali adalah tempat jual barangan kering, seperti sayur-sayuran, kerepek kerepek, barangan rumah (tikar, penyapu, periuk belanga), buah-buahan, ayam dan daging. 

Tingkat 1 1/2 adalah level jualan baranagn hasil laut kering. Kat sini lah, orang selalu borong ikan bilis, ikan masin, udang kering, rumpai laut. Banyak lagi lah. Harga ikan bilis siap kopek gred A sekarang RM 18.00/kg. Bagi aku dah cukup mahal dah. Sekali, balik KL, ikan bilis yang sama, harga dia RM 50/kg. Omai.

Tapi, kitorang singgah sebab nak cari acuan tart dengan plastik untuk simpan tart aje pun. Hehehe. Bukan nak beli ikan bilis.


Lokasi keempat: Joo Loong Bakery
Lokasi kelima: A-Mart Bakery
Sampai sini dah tak larat nak ambik gambar. Pegi bakery, ofkos beli barang-barang tart. Butter, cari penimbang digital, tartar cream, fresh milk, fresh cream, icing sugar, banyak lagi lah. Memang surrender betul. Rasa nak tido aje dalam kereta masa ni.

Sampai kolej masa tu dalam pukul 12.30 tengahari. Orang dah bersiap nak ke solat Jumaat. Jadi, kolej dah sunyi sepi. Lepas aje kerja mengangkut barang-barang selesai, makan nasi lauk ayam masak merah dulu, lepas tu kita zzzzzzzzzzz. Kriuuuuuhhhhhhhh.



P/s: Nak resepi buat fruit & cheese tart semudah ABC tak? Esok aku share ye :)


Terima kasih singgah & baca entry ini ^^











Mencari barang persiapan untuk kursus pendek
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

11 comments

Tulis comments
avatar
March 1, 2015 at 10:38 PM

saya pernah pergi pasar tanjung tawau tu. dtg situ mmg borong la segala bilis udang kering etc kikiki.. tu kalau kebetulan datang sebab jauh dari tempat sy. beli dekat kk sajalah huhu..

Reply
avatar
March 1, 2015 at 10:53 PM

uih, ni syurga shopping utk org yg rajin memasak. utk saya yang masih dummy dlm memasak cuma hanya mampu melihat dri jauh ahaha

Reply
avatar
March 1, 2015 at 11:02 PM

Aih, janganlah lihat dari jauh je, mai lah datang dekat-dekat sikit. Mana tau, tetiba jadi terer masak? Haaa, untung kan? ^^

Reply
avatar
March 1, 2015 at 11:06 PM

Takpe, beli kat KK pun sama aje:)
Tapi yg part memborong tu, sama lah kita. Borong ikan bilis lah paling champion. Kadang sampai 10kg bawak balik KL ^^

Reply
avatar
March 1, 2015 at 11:31 PM

Barang yang di jual di tiap kedai nampak lengkap ya kak :)

Reply
avatar
March 1, 2015 at 11:34 PM

Iye, lengkap jugak. Tapi, harga ajelah yang berbeza-beza

Reply
avatar
March 2, 2015 at 10:29 AM

tak pernah sampai lagi ke tawau. hehehe. bbanyak membeli tuu

Reply
avatar
March 2, 2015 at 10:42 AM

Banyak jugak, adalah jugak 3 kali perjalanan. Sebab kelas kursus ada 2 kelas serentak, 60 orang peserta. Fengsan jugaklah.

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:14 AM

kalau sis JM yg masuk keddai mahurambang mata sila hari bulan cari jln keluar x jupe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+