Nurul Shahira:

Monday, March 23, 2015

# Info

Lenguh bahu

Seminggu dua ni aku agak sibuk sikit. Kalau tak pura-pura bizi (paling selalu buat :D), sememangnya bizi jugak. Kalau hari-hari biasa padat dengan aktiviti pdp, hujung minggu pula padat dengan pengisian kursus sebagai urusetia kursus.

Macam hari Sabtu Ahad lepas, kami semua bizi sebab ada Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat. Penutupan karnival akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Jadi, bila Timbalan Menteri turun ke Tawau, maka, berbondong-bondonglah bos-bos dari HQ dan juga pengarah-pengarah kolej lain yang eksaited nak datang. Dah tunggang terbalik pulak kolej tu dikerjakan, everything nak perfect. Ah, tensi. Nasib, in the end, VIP yang datang tak seramai yang kami imagine. Alhamdulillah :)

Lepas habis program, mengadu dengan housemate yang sakit-sakit bahu, sakit tengkuk. Aiya! Ini sakit bahu sebab terlebih tido ke hape? Dulu-dulu masa zaman kuat bersukan, idok ler sakit macam gini. Sekarang zaman duduk atas kerusi aje like-a-boss pulak yang sakit badan? Nak kata kerja kuat sangat, aku banyak jadi tukang tengok & tukang ambik barang aje. Hehehehe. 

So, singgah 7-11 beli salonpas buat tampal di bahu. Tahu apa itu salonpas?

Hisamitsu Salonpas
Hisamitsu Salonpas


Alah, mesti korang tahu kan benda alah ni? Mesti kurang-kurang pernah pakai sekali seumur hidup. Tak pernah pakai? TIPUUUUUUUlah T_T. Tak sempat sampai rumah, terus tampal salonpas ni 2 keping kat tengkuk dengan bahu. Wahhhhhh, bestnya. Cooling effect katanya. Pain relieving lagi. 

Sampai rumah, sambil tengok Running Man, tiba-tiba Dila tunjuk carta ni. 

Emotional pain chart
Emotional Pain Chart - Mental thought patterns that form our experiences


Kalau sakit tengkuk tu, dikatakan refusing to see other sides of the question. Stubborness, inflexibility? 

Sakit bahu pula ditafsirkan sebagai represent our ability to carry our experiences in our life joyously. We make life a burden by our attitude.


Ewah, ini sudah lebih. Stubborn dikatakan aku? Inflexibility lagi tu. Padahal, aku rasa, aku dah jadi manusia yang paling mudah nak dirunding. Ceh. Tampo kang, baru tahu T_T
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hm. Nampak dah perangai refusing to see other side of the question T_T


Krik krik krik

18 comments:

  1. hakikatnya Sha memang tak...kan ? hurmm

    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  2. mesti rasa lega ja lepas lekat salonpas tuh.. bagus jugak ada carta tuh, boleh jugak refer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah jugak. Sebab sakit-sakit manja aje kut? Hehe :D

      Delete
  3. masa kecik2 selalu nampak benda ni...
    sekarang jarang jumpa.. :)

    ReplyDelete
  4. selalu guna salon pas tu... best hahahahha
    Kak Eny from EFG..

    ReplyDelete
  5. Sama buzy laa kita kakk.. kakaa tapi yang laen nya akk bz kat opis, cc pulak bz traning minggu lepas... yang nyatanya bahu mmg sakit tak terkata T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sama-sama lah kita sakit bahu T_T

      Delete
  6. rasa macam x pernah pakai je. tak tipuuuuu.. kekeke :P

    ReplyDelete
  7. Zumal selalu guna masa kerja sebagai jurujual dulu... Memang berbaloi pakai nie... Sekarang Zumal try balsem cap helang ok juga ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balsem cap helang eh Zumal? Kena cari ni. Esok dah mula camping 3 hari. Kompem balik sakit0sakit badan lagi. Kena prepare awal2 ni. Thanks bgtau ;)

      Delete
  8. pedih kulit. masa memula pakai. huhu. sekarang dah ok. fes time kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pula pedih kulit, agaknya kulit Sha tebal kut? Ekekeke :D

      Delete
  9. hmmm...blh lega skit kan...tp klu salu guna dh mcm immune plak...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sha dah habis guna 1 kotak = 10 keping. Dah tak rasa berangin macam mula-mula dulu. Haish. Cepat nau immune nya ni T_T

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+