SweetMuslimah.com

Sunday, March 8, 2015

Happy International Women's Day 2015

Happy International Women's Day. Yey. Selamat Hari Wanita Sedunia. 
International Women's day Google Doodle

Hari ini, bertarikh 8 Mac setiap tahun, telah dipilih sebagai International Women's Day, juga dikenali sebagai International Working Women's Day, yang dipilih sebagai hari sedunia bagi meraikan pencapaian wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, bermula dari masa lalu, sekarang dan masa akan datang.

Dan korang tahu tak? Di sesetengah tempat seperti China , Rusia , Vietnam dan Bulgaria , Hari Wanita Sedunia adalah hari cuti kebangsaan.

SEJARAH MERAIKAN HARI WANITA?

Anggota pertubuhan wanita pergerakan dalam 19-an dan awal abad ke-20, Suffragettes telah berkempen untuk hak wanita untuk mengundi. Mereka telah menggunakan tagline "Pejuang hak mengundi untuk wanita" yang berasal daripada perkataan "hak mengundi".

Dan pada hari ini, Hari Wanita Sedunia diraikan bagi meraikan kejayaan wanita dan mengingatkan ketidakadilan serta ketidaksamaan yang masih perlu diperbetulkan.

HARI WANITA SEDUNIA MASA KINI

IWD kini merupakan hari cuti rasmi bagi negara-negara Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Burkina Faso (kat mana ni?), Cambodia, China (wanita sahaja), Cuba, Georgia, Guinea-Bissau (again, where is this country?), Eritrea, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Madagascar (wanita sahaja. Ingatkan kartun Madagascar je ada), Moldova, Mongolia, Montenegro, Nepal (wanita sahaja), Russia, Tijikistan, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Uzbekistan, Vietnam dan Zambia. 

Tradisi IWD ini dilihat dengan lelaki menghormati dan menyayangi ibu, isteri, teman wanita, rakan-rakan mereka yang lain dengan menghadiahkan bunga serta hadiah kecil. Di sesetengah negara, IWD berstatus yang sama dengan Hari Ibu dimana kanak-kanak memberikan hadiah kecil kepada ibu dan nenek mereka.



Selamat Hari Wanita :)


TQ singgah & baca entry ini ^^

Happy International Women's Day 2015
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
March 8, 2015 at 12:35 PM

wahhh baru tahu :)

selamat hari wanita sedunia :)

Reply
avatar
March 8, 2015 at 1:08 PM

Selamat hari wanita juga kc :)

Reply
avatar
March 8, 2015 at 2:41 PM

Selamat Hari Wanita 2015 ^-^

Reply
avatar
March 8, 2015 at 5:33 PM

Selamat hari Wanita..
Semoga menjadi seorang wanita yang tabah dalam meniti liku kehidupan (=
muuah sikit kak sha.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+