SweetMuslimah.com

Monday, March 30, 2015

Elakkan gangguan syaitan & jin di tempat baru

Hari Jumaat hingga Ahad minggu lepas, aku berada di Kem PLKN San Shui untuk menjalanakan tugas sebagai AJK dan juga fasilitator untuk kem Bina Insan Cemerlang Pelajar. Semua pelajar bertolak dengan menaiki bas kolej. Aku dengan housemate, Dila ofkos naik kereta sendiri. Sukahati kitorang nak gerak pukul berapa, sukahati jugak nak cabut lari pukul berapa. Haha.

Kem PLKN tersebut dah agak lama juga kosong. Ini disebabkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijalankan beberapa tahun sebelum ini, ditangguhkan sementara waktu buat setahun. Jadi, memang kawasan kem yang besar dan luas tu, kosong-sekosongnya. Yang tinggal hanyalah beberapa keluarga jurulatih yang ditugaskan untuk tinggal dalam kem tersebut, dan juga beratus ekor monyet kera. Nampak gayanya, berkawanlah kami nanti T_T

Melangkah masuk ke dalam dorm pun, katil dan lantai agak berdebu. Tapi, tu semua tak jadi masalah, boleh disapu bha itu, hehehe. Tapi, tempat yang kitorang jalankan aktiviti pun sama, aku jejak kaki aje, wah. Terus bertukar jadi stokin hitam T_T

Pada malamnya, perkongsian dari seorang pensyarah yang arif dan seringkali kami panggil untuk majlis-majlis ilmu dan kerohanian, Encik Irwan, untuk mengelakkan gangguan jin apabila berkunjung ke tempat yang telah lama ditinggalkan, mahupun tempat-tempat baru yang kita tak berapa biasa sangat. Ini kerana, kebiasannya, apabila lama ditinggalkan, tempat-tempat tersebut akan mendapat penghuni baru, iaitu jin.

TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN JIN & SYAITAN

  • Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  • Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  • Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  • Bau nafas yang terlalu busuk
  • Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  • Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  • Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
  • Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  • Bunyi guli di atas syiling
  • Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
  • Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  • Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  • Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  • Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
  • Kemurungan / kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  • Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  • Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  • Marah secara keterlaluan / panas baran
  • Melihat jin / hantu secara terus
  • Mendengar suara berbisik / menyergah


TIPS ELAKKAN GANGGUAN JIN & SYAITAN

1) Sebelum melangkah masuk ke dalam tempat (eg rumah/ dorm/ bilik) baru, ucapkan             salamun 'ala sulaimanaa fil 'aalamiin 

Doa kesejahteraan Nabi Sulaiman
Doa ini sangat sesuai dibaca sekiranya kita nak masuk ke hutan ataupun nak ke tempat yang jauh dari manusia

2) Mulakan dengan langkah kanan. Kaki kanan. Bukan tangan kanan je T_T

3) Sebelum tidur, tepuk bantal sebanyak 3 kali dan bertakbir.

4) Kalau masuk tempat / rumah tu, bantal dah siap ada sarung bantal, terbalikkan sarung bantal tu. Gunakan yang bahagian dalam. (Kalau ada bawa sendiri, seeloknya pakai yang baru). Sebab kebersihan sebenarnya, takut sarung bantal tu dah lama tak berganti. Kalau baru lagi, Insha Allah ok je :)

5) Baca ayat Kursi & 3 Qul sebelum tidur. Kalau tahu lebih banyak surah, boleh aje baca juga.

6) Paling selalu diingatkan, kalau datang bertandang ke tempat yang bukan tempat kita, jangan nak terlampau gembira, gelak mengilai-ngilai. Takut nanti yang mengilai tu ingat awak kawan dia. Tu yang diajak bermain sama tu. Huhu.


Ini tips yang biasa dikongsi setiap kali kitorang bercamping. Ini yang paling mudah untuk diamalkan dan dilaksanakan. InshaAllah student yang kureng sikit dalam ilmu-ilmu keagamaan pun boleh follow. :)

Habis camping, alhamdulillah, semuanya ok. Pensyarah puas hati, student pun baik-baik aje. Rasanya tahun ni macam ada camping lagi je nanti kat sini lagi? Ekekekeke.



Elakkan gangguan syaitan & jin di tempat baru
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
March 30, 2015 at 12:42 PM

ada 1 ayat quran...sy terlupa surah mn...pun berkesan jg utk halau jin (ustz sharhan yg share)

Reply
avatar
March 30, 2015 at 1:25 PM

bagus tips ni...
tapi amalan yang wajib jangan dilupa... :)

ramai orang letak yassin/quran kat bawah bantal/dalam rumah sebab nak jadikan pelindung.... tapi kalau tak baca, si pengacau tu rasanya gelak je.. :)

Reply
avatar
March 30, 2015 at 10:04 PM

PLKN ada org ke xde org mmg mcm2 kes. Tq info

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+