SweetMuslimah.com

Wednesday, March 18, 2015

Eh, salah lah korang masukkan nut ni!

Semalam sambung amali kelas student semester 3. Servis sistem penghantaran @ transmission. Jangan tanya aku lebih-lebih ye, sebab aku ni hanya assist Pensyarah Modul utama, kiranya sebagai side-kick kickboxing gitu. Hehehe.

Kelas teori berkenaan subjek sudah diadakan minggu lalu lagi. Jadi, minggu ni, kami teruskan dengan amali / kerja praktikal terus. Kita aplikasikan apa yang dipraktiskan dalam kelas ke atas kenderaan sebenar. 

Kereta yang ada di bengkel sekarang ada kereta Wira dan juga Pajero. Pajero terlalu advance kan? Terkejut pulak student nanti. So, Wira la kita hantam. Bhahaha ^^. Student seramai 20 orang, kami bahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ada 4 orang.

Masa mula-mula aku turun, student dah mulakan kerja amali. So, terus aje berlagak jadi mandur, berdiri belakang student tengok diorang tanggalkan drive shaft, keluarkan dan leraikan. Masa tu jugak, baru aku kenal yang mana satu cv joint, semi joint semua, hehehe. Teruk betul cikgu ni. Basic knowledge pun tak tau T_T.

Pensyarah modul yang mengajar subjek ni, memang terer tau! Dengan dia, banyak dah aku belajar pasal kereta ni. Nak harap aku belajar sendiri? Errr, term-term tu susah sikit akak nak bayangkan ye adik-adik. Dulu-dulu belajar degree tak ada de tunjuk real cv join, u joint, semi joint, tripod, differential segala. Nah, kena campak kat sini, baru terkedek-kedek nak belajar. Tapi alhamdulillah, I'm learn and still learning :)


Servis sistem penghantaran


Masa ni dah siap nak pasang balik drive shaft tu. Boleh pulak dah masukkan shaft tu, boleh senget masukkan nut. Bila kita tak tengok, main paksa-paksa pulak budak-budak ni masukkan nut tu. Bila aku tengok balik. 

"Eh, apesal tak rapat habis ni nut ni?"

Datang tuan tanah sebenar tengok kelas dia, dah gabra aku, apa aku nak jawab ni dengan tuan tanah? Dup dap dup dap. Sekali, dah macam halilintar membelah bumi aje suara tuan tanah

Ehhhhhhh, senget lah korang masukkan nut. Rosak dah tread tu

Mampuih aku T_T 

Ok, exaggerate. Tak adalah sampai membelah bumi T_T. Dan aku tak mampus pun, hehe. Aku tipu korang je. Tapi, haish. Student ku sayang, baru tinggal sekejap dah jadi gini? Risau cikgu tau! 

Tapi tak apa, salah-salah macam ni lah yang kita nak, supaya student learn. Kalau tak salah, tak adalah namanya pembelajaran dan pengajaran, ye tak? ^^. Takpe, next time depa tahu dah, kat mana silap diorang and Insha Allah, they will remember it :)


Servis sistem penghantaran


Over tau budak-budak ni, dah 3 orang, 3 kepala pun konfius lagi cara nak pasang. Tapi takpe, yang penting usaha. Kita cuba lagi sampai boleh, usaha tangga kejayaan. Cikgu duduk belakang jadi tukang sorak penaik semangat aje ye ^^


Servis sistem penghantaran

Eh, nampak pulak Cik Sha ambik gambar korang, bhahahaha :D


Sempat satu group aje T_T

Lagi 3 group kita sambung minggu depan. Kena sedia singsing lengan nak habiskan 3 group dalam masa 5 jam! Go go chaiyok :D


Eh, salah lah korang masukkan nut ni!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

29 comments

Tulis comments
avatar
March 18, 2015 at 5:48 PM

Wah... seronoknya.....
Tapi betullah, kalau tak buat salah, kuranglah pengajarannya... :)

Reply
avatar
March 18, 2015 at 7:39 PM

cikgu sha ni cikgu sekolah vokasional ka? tak tahu status sebenar

Reply
avatar
March 18, 2015 at 8:11 PM This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
March 18, 2015 at 8:54 PM

aina lgsung xtau pasal kreta >_<

Reply
avatar
March 18, 2015 at 11:40 PM

wah ! cikgu sha ajar dorang benda2 ni yer, daebak !

#ExchangeFeedGroup

Reply
avatar
March 19, 2015 at 1:29 AM

aih. saya sukala main benda2 praktikal macam ni.. syok.. kotor pun, kotor la.. kisah apa..

Reply
avatar
March 19, 2015 at 12:33 PM

Hahaha...kadang2 kan macam tulah situasi nya...

Reply
avatar
March 19, 2015 at 5:03 PM

Cikgu yang baik beri nasihat jew kan ^-^

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:48 AM

Betul Ja. Tak buat salah, nanti ingat diri sendiri dah hebat. Bahaya tu :D

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:51 AM

Cikgu kolej komuniti sebenarnya. Silibus kan lebih kurang je, hihi

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:52 AM

Kak Sha dulu pun nama je blaja auto, tapi hampeh, Teori je hebat. Kena campak kerja sini, baru tahu sikit-sikit. Ada hikmah juga kena campak jauh-jauh :)

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:53 AM

Sha tukang tengok aje sis, jadi mandur paling hebat, ekeke :D

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:54 AM

Sha engineer tak jadi bonde. Tu yang semangat mengajar bakal-bakal pelapis engineer ni :)

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:55 AM

Betul ka Zizie? Kalau gitu, meh la datang sini, praktikal overhaul engine :)

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:57 AM

Mana ada hebat. Malu sy tau, sy ni jadi tukang tengok aje, hehe :D

Reply
avatar
March 20, 2015 at 1:02 AM

Ala, jangan lah puji. Dah kembang dua mangkuk dah ni :D

Reply
avatar
March 20, 2015 at 1:03 AM

Betul Jss. Tinggal sekejap pun dah jadi macam-macam. Tapi, apa boleh buat. Pembelajaran kan? Biasalah, hehe :)

Reply
avatar
March 20, 2015 at 1:07 AM

Nasihat sikit-sikit aje Zumal. Banyak bagi senyuman manes menusuk sanubari, Senyum garang, haa. Less talk, more work. Bhahaha ^^

Reply
avatar
March 20, 2015 at 10:28 AM

takpe.. kesalahn tu mengajar kita supaya akan datang tak berulang lagi.. kira dah tau lah kan..

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:14 PM

laa dah kembang dua mangkuk ke? hehehe..

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:30 PM

Bermangkuk-mangkuk jadinya Eyda, ekekeke :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+