Siapa suka makan instant noodle? Atau kita di Malaysia ni biasa panggil megi cup? Yang jenama meggi, mamee, mi sedaap dan banyak lagi yang kita boleh jumpa di pasaran.Tahu tak, siapa yang memulakan instant noodles ni? Idea siapa yang merevolusikan instant noodles / mee segera dan cups noodles? Jawapannya adalah Momofuku Ando.
![]() |
Doodle Momofuku Ando's eating instant noodles |
BIODATA MOMOFUKU ANDO
Momofuku Ando adalah ahli perniagaan Taiwan-Jepun. "Momofuku" adalah sebutan nama Jepun bagi nama Cinanya (百福), manakala "Andō" (安藤) adalah nama keluarganya. Beliau adalah founder kepada Nissin Food Products Co., Ltd. Dilahirkan pada 5 Mac 1910 di Kagi County, Japanese Taiwan (sekarang Puzi, Chiayi County, Taiwan), beliau terkenal sebagai pencipta dan pengasas instant mee (mee segera) dan cups noodles.
![]() |
Nissin Cup Noodles 1971 |
SEJARAH PERMULAAN PERNIAGAAN
Pada tahun 1933, Momofuku Ando ke Osaka, Jepun atas urusan perniagaan. Selepas Perang Dunia Kedua, Ando menjadi warganegara Jepun dan melanjutkan pelajaran ke Ritsumeikan University, dan pada masa yang sama juga, Ando membuka firma kecil-kecilan di Osaka hasil dari wang pusaka keluarganya.
Pada tahun 1948, Ando disabitkan kesalahan atas jenayah mengelak membayar cukai, dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun. Selepas kehilangan syarikatnya, Ando telah memulakan perniagaan kecil-kecilan menghasilkan garam, yang kemudiannya berkembang membentuk Nissin Food Products Co., Ltd.
MUZIUM MEE SEGERA MOMOFUKU ANDO (MOMOFUKU ANDO INSTANT NOODLES MUSEUM)
Kelengkapan yang digunakan |
Muzium ini didedikasikan khas untuk mee segera dan mee cawan (read: instant noodles and cup noodles) dan juga kepada pengasasnya, Momofuku Ando. Muzium ini terletak di Ikeda, Osaka dan bayaran masuknya dalah percuma.
Selain di Osaka, muzium seperti ini juga ada di Yokohama. Bayaran masuk adalah 500 yen untuk dewasa percuma untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah. Di kedua-dua muzium ini, pengunjung berpeluang untuk menghasilkan mee segera dengan tangan sendiri. Huntung betul ^^.
Momofuku Ando meninggal dunia pada 5 Januari 2007 kerana kegagalan jantung, dikala usia 96 tahun. Bersempena dengan tarikh 5 Mac, iaitu tarikh kelahiran Ando yang ke 105 tahun, google mengambil kesempatan untuk memberi pengiktirafan kepada Ando diatas pencapaiannya selama ini dengan penghasilan google doodle khas Momofuku Ando.
*Sumber: Wikipedia
Thanks for drop by ^^
macam sedap je makan mee nie...
ReplyDeleteTak tau lah sedap ke tak. Tapi megi tahun 1971 tu, rare ^^
Deleteni la bapak kepada instant noodle?
ReplyDeleteIyer, bapaknye instant noodle. Ekekeke :D
Deletesis JM salah sorang pemakan tegar Megi time travel..mmg x kenal org ni :-)
ReplyDeleteSha pun tak kenal. Hehehe. Perasan sebab doodle google tu lah, baru search - search. Ghupenya dah arwah pun.
Deletesesekali makan megi best jugak.. suka layan time tengah malam perut mintak makanan..
ReplyDeleteSha bukan sesekali, selalu sangat. Tengah-tengah malam pulak tu. Haish.
Deletenikmat kan kalau layan time tengah lapar dan time tak berselera nak makan..
DeleteDisebabkan ando kita hari ini menjadi penggemar mee segera
ReplyDeleteEkekeke. Err, tak tau nak setuju ke idok statement tu :D
Deletesetuju dengan bro arz moha...kita penggemar jugak! :D
Deletewahhh menarik giler fakta2 ni...baru tahu...selama ni sedap jer makan....
ReplyDeleteSha pun sama, ekekeke ^^
Deletepatut laa nmpk pelik je logo google hari ni... ooo sbb pengasas mi segera ni rupanya...
ReplyDeleteItu lah, today, google back normal google. Hihi. Kita tunggu next doodle pulaks :D
DeleteBaru zumal tahu pasal sejarah megi cup tu... Thanks for sharing yer ^-^
ReplyDelete