SweetMuslimah.com

Monday, March 9, 2015

Cerita kursus pendek pembuatan tartlet (cheese & fruit tart)


Hari kejadian adalah hari Sabtu. Jumaat sebelumnya kitorang dah keluar beli barang. (Read: Mencari barang persiapan untuk kursus pendek). Pagi Sabtu tu, aku keluar awal sikit, kononnya nak setup tempat kursus. Sebab sebelum ni ada salah faham sikit, so lokasi kejadian untuk rewang, eh silap, kursus tartlet tak dapat disetup awal. 


Kitorang buat dalam bilik kuliah di Bengkel Automotif. Tapi barang-barang serta bahan kursus masih lagi ada dalam dewan  tempat kursus lain berlangsung. Jadi, pagi-pagi tu sampai, ambik kunci dari Tom, terus aku pergi bengkel. Masuk aje bilik kuliah, adoiii, kata dah susun semalam? Uhuhuhuhu. Memang dah susun, tapi susunan ni macam nak belajar kelas Matematik je? Aduhai.


Nak tak nak, terpaksa gunakan kudrat aku yang sangat gagah ni, alihkan meja ikut susunan suka-hati-idaman-kalbu aku. Susun 2 meja, rapat-rapat, dapatlah 4 kumpulan. Aku expect 1 kumpulan meja tu boleh muat 5 orang. Meja untuk letak peralatan dan bahan di tengah-tengah depan peserta. Ok DONE. Now, kita pegi balik ke dewan di bangunan sebelah untuk angkut barang.


Nak angkut oven 5L 4 biji sorang-sorang? Ada 1 kotak besar berisi barang masak dengan tapis, dulang, mangkuk segala dengan mixer 4 biji? Ohemji. Jatuh peranakan nanti. 


“Uols pompuan jangan nak memandai-mandai angkat barang berat ye, tambah-tambah lagi yg tak kawen lagi. Jatuh peranakan, nak kena urut bagai, sapa nak tanggung?”


“Peranakan tu ape?”


“Errrrr. How do I explain this?” Dush

Mintak tolong pakcik guard bawak oven tu semua ke bengkel. Tengah angkat-angkat barang tu, datang housemate aku, Dila tolong angkat kotak besar tu sekali (Dila urusetia kursus dalam dewan). Dah sampai semua oven, baru perasan, bilik kuliah terlalu kecil, tak muat nak masukkan oven sekali dengan peserta dalam bilik yang sama. Ada yang terentung sekali dengan oven ni kang. Jadi, kita ubahsuai sikit, letak oven kat luar bilik. Siapa nak angkat 4 biji meja kuliah ke luar, susun, pehtu angkut oven 5L susun atas meja?

GUA lah. Siapa lagi? Mau tanya lagi T_T

Lepas tu, lari sekejap pergi ambil makanan. Lapar dah sampai tahap beruang dah ni. Grrrrr. Makanan ada kat depan, di kaunter pendaftaran peserta. Sampai aje di depan. Eh, ni ada artis datang ke? Awat macam kena serbu?

Kursus pembuatan tartlet
Rupanya artis Fellani & Suharto yang attend pendaftaran :D


Makan nasik lemak (dah recharge energy, gagah semula laksana Superwati) turun balik, eh, geng sekursus dah sampai. Yey. So, kitorang pun keluarkan oven dari dalam kotak sama-sama, agih-agihkan barang-barang kursus atas meja peserta semua. Masa tengah kerja tu, penceramah sampai. 

Kursus pembuatan tartlet
See, nama aku, pembantu penceramah aka tukang angkat barang & tukang ambik gambar :D


Mari mulakan kursus. Bismillah... 

KURSUS PEMBUATAN TARTLET (CHEESE & FRUIT TART)

Kursus pembuatan tartlet
Bahan-bahan kursus

Kursus pembuatan tartlet
Sebelum mula, kena panaskan oven dulu. Sebab oven ni memang fresh dari ladang, eheh, first time guna, dibeli khas untuk kursus ini. Lepas tu, baru panaskan acuan aluminium tart tu. Nampak saiz oven tu? Nah, itu yang aku angkat, letak atas meja. Terus naik biceps aku. T_T. Agak-agak lepas ni kalau kena penampar jepun, berpusing tak? Ekekeke :D


Kursus pembuatan tartlet

Kursus pembuatan tartlet

Kursus pembuatan tartlet
Dah siap, cheese tartFruit tart tak sempat ambik gambar sebab terlampau eksaited nak makan. Ekceli, ada banyak gambar lagi, tapi simpan, khas untuk entry resepi pembuatan tartlet: Cheese & fruit tart. Resepi ni senang nak fengsan, kompem jadi. Yang tak jadi mungkin cara korang tekan shell tart tu. Eheh. Itu semua rahsia. Nak tau cara tekan tart shell, meh join kursus pendek. Hahahaha.

Pang sedas. Sedar diri sikit. Ko pun tak pandai tekan shell tart tu. 
Tebal aje shell tart aku. Bila isi cheese, dapat sikit je. Rugi. Uolls makan tepung ajelah banyak, hihi :D



Tapi takpe, 22 hb ni ada kursus pendek pembuatan tartlet lagi. Aku nak menyebok sana, improve skill hasilkan shell tart yang super-duper-gojes. Enak dimakan, lumayan dijual.





TQ singgah & baca entry ini ^^
Cerita kursus pendek pembuatan tartlet (cheese & fruit tart)
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 9, 2015 at 8:46 PM

wow..bestnya buat cheese tart tu..siap ade deco lagi tu

Reply
avatar
March 10, 2015 at 10:38 AM

Teringin gak nak join kursus camni ^-^

Reply
avatar
March 11, 2015 at 12:20 AM

Best Fiza. Tapi yang paling best, rupanya senang aje buat cheese tart ni. Dulu kemain oder aje, mahal pulak tu. Sekarang dah tau, rasa buat sendiri lagi untung :)

Reply
avatar
March 11, 2015 at 12:21 AM

Boleh aje join Zumal. Kalau tempat Zumal dekat dengan kolej komuniti, laaagi best. Sebab kolej komuniti ada buat kursus-kursus pendek macam ni yang dalam sehari dengan bayaran yuran yang rendah. Kadang RM 20 aje per kursus.

Reply
avatar
March 11, 2015 at 10:22 AM

Nurul pun dah riki2 nak join kursus kat Kolej Komuniti kat sini.. patutnya minggu sudah.. tapi ditunda la pulak.. kursus chocolate praline..

Reply
avatar
March 11, 2015 at 8:54 PM

kalau dh berjaya buat nanti pos ke akak JM sikit tau

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+