SweetMuslimah.com

Tuesday, March 10, 2015

Bila nak kawen?

Semalam, abah tunjuk kad undangan majlis walimah perkahwinan anak bestfren abah dalam whatsapp. Banyak abah upload, sampai 4 keping. Tapi semua gambar sama. Ekekekeke ^^. Nampak nau abah semangat nak pergi walimah ni. Hehe :D

awansayatasana.blogspot.com
Kad kawen Linda. Kena cover alamat, korang kan tak dijemput XD

Masa aku tengok kad ni, memang dah confirm, terang lagi bersuluh, tarikh majlis 15 Mac. Baik muka depan, muka belakang, semua 15 Mac. Tak lama lepas tu, adik whatspapp dalm group family


“Mana satu tarikh nye tu? Kat luar 15hb. Kat dalam 25hb. Mana satu ni?”


Ehhhhh, silap printing ke? Ataupun mata aku dah spero? Tapi, tak salah aku, aku rabun jauh aje, belum lagi rabun dekat. Jadi, tengok lagi sekali. Sama aje, 15hb jugak. Lepas tu, dah bergaduh-gaduh dalam whatsapp, kejap 25, kejap 15, 25, 15. Dah macam bergaduh nombor ekor pulak. Bhahahahaha. Last-last, mintak adik besarkan gambar, baru nampak, okeh 15hb.

Kakak yang lagi tua, lagi banyak pengalaman, lagi dulu makan garam MENANG. Yey!
Best woman win. :D

Call mak. Borak-borak macam stail mak-anak. Takkan stail kakak-adik? Mau kena penampau jepun buat macam tu dengan mak sendiri, ekekekeke ^^. Tanya mak, mak pergi tak walimah tu. Sebab yang kenduri tu, bestfren abah, sejak dari dulu lagi. Sebelum kami pindah Beranang, dulu kami tinggal di Bukit Lanjan. Rumah pun selang 2 buah je. Sepelaung. Kentut pun boleh dengar tau ! (puih, exaggerate sangat)

Sempat jugak mak bakal pengantin ni, jaga kitorang masa kitorang kecik-kecik. Aku dengan akak aku, umur beza setahun je. Jadi, membesar sama-sama. Sekolah sama-sama. Tinggal rumah pengasuh pun sama-sama. Jadi, nakal pun lebih kurang (ke aku je yang nakal, kakak aku baik sikit?). Kebetulan pulak, adik-beradik pengantin (pengantin namanya Linda) lebih kurang je umur dengan kitorang. Jadi, tahap melasak pun lebih kurang sama. Panjat pokok keriang belakang rumah Linda sama-sama, banyak kali woi, sampai kena marah dengan mak Linda, Cik Pah.

Memang ingat lagi, boleh aku panjat pokok pakai baju kurung? Iye baju kurung. Vouge sangat melawa atas pokok. Nak buat fashion show dengan lebah kali. (Nasib tak tersangkut baju kat pokok, kalau tak, mau hilang baju aku atas pokok nun). Ape lagi, kena marah kaw-kaw punya dengan Cik Pah. Ye lah, risau makcik tu, kalau jatuh anak orang, patah riuk, macam mana? Dah la tempat kejadian belakang rumah dia (Kalau eksiden jatuh pokok, dalam report tempat kejadian, belakang rumah Cik Pah tulisan dia, gitu). Lepas kena marah, insaf sekejap, tapi lepas tu, buat balik, ahahahha. Menyesal kejap aje, hampeh.

Si pengantin ni,Linda, muda setahun ke 2 tahun dari aku. Jadi, bila mak aku tau yang Linda ni dah nak kawen, mula lah mak risau. Semalam masa aku saja call tanya, mak pun mulalah, keluar soalan cepucemas dia. Macam peluru berpandu, ai aia ai, sungguh-sungguh aku mengelak, ekekeke :D


“Tak ada ke kawan-kawan Ira yang belum kawen lagi? Dulu masa mak pegi konvo, ramai lelaki kan? Pompuan 4 orang je"

“Kawan Ira semua dah kawen mak. Siap 2, 3 orang dah ada 2 anak”

"Yeke? Ye lah kan, agaknya masa belajar memang dah ada, habis terus aje kawen”

“Ye kut mak. Tapi mak, lelaki ni senang. Pompuan aje yang susah. Tak pe mak, sampai jodoh Ira nanti adelah tu” 
Ini ayat nak backup diri sendiri :D

“Epa pun cakap, kawan-kawan dia dah start kawen semua. Minggu ni ada kenduri jugak, minggu depan kat Cheras”

Yang si Epa ni pun satu, kenapalah cerita dekat mak yang ramai kawan dia dah nak kawen. Lagi buat mak aku risau sepuluh juta kali yang anak dia ni lambat kawen. Hadoi. Tapikan, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah?

“Memang lah, tapi, kena usaha jugak. Mak selalu doa untuk Ira”


Adoi, syahdu betul masa ni. Punya sayang seorang emak dekat anak sendiri, tiap lepas solat doakan yang baik-baik, cepat dapat jodoh, dimurahkan rezeki, berjaya dalam kerjaya, dapat anak dan suami yang  baik, keluarga yang bahagia. Kalau yang belum kawen, mesti mak-mak kita doakan kita dapat suami yang baik, yang soleh, boleh diharap,  kan?

Jadi, apa lagi sebenarnya yang kita harapkan dari seorang emak, seorang ayah? Nak balas semua jasa mak bapak tu pun, tak tertanggung rasanya sampai kita mati. Tu yang kadang-kadang tak faham, kenapa ada orang sanggup buat mak bapak sendiri macam orang luar. Buat tak tahu. Tak jaga kebajikan. Hantar pegi rumah orang tua, lepas tu tak tengok-tengok. Masya Allah. 

Sori, sedih sekejap, teringat mak. Dah lah aku jauh. Uhuhuhuhu. Inilah nasib seorang perantau, wuwuwuwuwuwu. T_T

Sepatutnya jadi cerita kelakar dan menggembirakan, tapi jadi sedih pulak. Aiyak! Jadi, kesimpulan yang kita boleh dapat dari cerita ni


“Bila nak kawen?”











Bila nak kawen?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
March 10, 2015 at 11:10 AM

In saha allah nanti sampai jugak jodoh kak sha :)

Reply
avatar
March 10, 2015 at 11:11 AM

insyaAllah...jgn lupa jemput eh

Reply
avatar
March 10, 2015 at 5:14 PM

bila nak kawen kak sha? hehehe kalau ada jodoh tak kemana. moga kak sha mendapat jodoh yg baik aminnn :D

Reply
avatar
March 11, 2015 at 12:13 AM

Of kos, Sha jemput semua team EFG yang gempak - gempak tu :)

Reply
avatar
March 11, 2015 at 12:14 AM

Kalau ikut kata hati akak, tahun ni jugak, hehehe :D

Reply
avatar
March 11, 2015 at 12:15 AM

Itu lah Nani, tu yang nak oder doktor 1. Tunggu nani hantar katalog dia ye, bhahahaha :D

Reply
avatar
March 11, 2015 at 8:48 PM

soklan paling mencabar tu, insyaAllah, jumpa jodoh terus kawen jer ;)

Reply
avatar
March 11, 2015 at 8:51 PM

soalan yg paling sukar nak jawab...

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+