SweetMuslimah.com

Thursday, March 19, 2015

Bergotong royonglah kita, sama-sama

Hari ini, ada gotong - royong perdana di kolej. Semua pelajar diwajibkan hadir bagi sama-sama membantu melancarkan proses gotong-royong. Takkan staf yang seciput 71 orang aje yang nak bekerja. Kolej ni besar macam 'Pavilion' (tipu aje) okeh, hihi. Maka, student 380 orang pun haruslah berkorban tenaga, bermandi peluh, masam bersama-sama, baru adil dan saksama. Hihi :D

Pagi-pagi pukul 8.30 pagi dah mula. Semua pelajar dan staf berkumpul di perkarangan kolej bagi pembahagian tugas dan kawasan. Oleh sebab blok automotif berlainan dengan blok utama, automatically semua student auto kena kerahan tenaga di blok sendiri. Aku ofkos kat blok auto. Tak kuasa nak tengok apa jadi kat blok sebelah T_T


Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Ha, baru tahu kena mengemop, sapu segala. Ingat datang kolej boleh senang-lenang aje? Keh keh keh. Student sem 1 dengan sem 4 ditugaskan untuk membersihkan seluruh kawasan dalam bengkel. Termasuklah basuh lantai (tak kiralah macam mana korang buat, yang pasti, lantai tu bersih, nampak kaler hijau. Bukan hitam minyak tumpah lagi). Tapi kan budak lelaki kan jarang mengemop, menyapu tu semua. Dah jadi satu kerja kena ajar cara menyental lantai. Tapi, yang ajarnya pensyarah lelaki, aku tolong tengok aje. Bhahahahaha. 

Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Sumber air dari hos pili bomba. Kemain lagi budak-budak ni main air. Sampai ada sorang tu basah lencun macam mandi. Agaknya diorang terlampau kuat mengemop sampai terasa berada diawang-awangan seperti di pusat rekreasi Sunway Lagoon agaknya? 

Nasib tak ada yang menggelungsur macam nak naik sliding sunway :D

Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Tuan tanah kedaung jauh nun kat hujung berbaju merah, konon buat kerja jugak lah tu :D

Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Eh, apesal? Ada jumpa benda-benda yang tak sepatutnya ke? Yang pensyarahnya 2 orang je, baju putih dengan biru. Yang satu lagi tu student. Jangan tertukar pulaks. Sebab yang baju biru tu selalu perasan dia muda belia, ekekekeke. 


Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Eh, sibuk aje calling-calling. Pergi sapu lantai lah.

Yang belakang tu? Errrrr, wassap yo

Gotong royong Kolej Komuniti Tawau

Oh, buat jugak. Baguih laki kak Sitt ni. Rajin sungguh no.


Bila ada kerja gotong-royong gini, biasalah kan. Mesti banyak barang yang kita keluarkan, letak atas meja. Glove, sabun, kain lap, penyapu, mop, baldi, semua keluar dari tempat persembunyian. Selalu budak-budak ni tak nampak pun benda-benda tu wujud dalam bengkel ni.

Tapi, bila keluar aje barang-barang, nah. Terus gatal tangan masing-masing nak pegang. Terus jadi Mc Gyver tak bertauliah. Korang tak tau akibat main-main dengan barang Sir Wilson kan?

Gotong - royong Kolej Komuniti Tawau

Ok, tiup, pegang lah glove tu sampai tengahari. Tiup, jangan tak tiup. :D


Lepas habis aje gotong - royong, minta student tunggu dulu sekejap sebab makanan tengahari bertapau belum sampai lagi. Umpan dengan nasi lalap ayam, semua alhamdulillah, patuh dan tunggu aje. 

Sebenarnya kan, kalau kita perasan, student-student kita ni, kalau mintak tolong apa - apa, contohnya gotong - royong macam ni, bukannya diorang mintak banyak pun. Upah air dengan makan, dah cukup. 

Ye lah, dah kita ni gunakan kudrat diorang, tak payahlah kedekut nak keluarkan sikit duit nak belanja. Takkan dengan anak-anak sendiri, nak berkira? Kan? Kalau pakwe-makwe sendiri tak berkira pulak? Ops. :D


Bergotong royonglah kita, sama-sama
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

18 comments

Tulis comments
avatar
March 19, 2015 at 3:25 PM

Alhamdulillah settle kerjaa..Moga2 takde la semak sangat ...Nampak kemas dan bersih bila dah ramai ramai membantu ..

Reply
avatar
March 19, 2015 at 3:37 PM

bagus bila buat kerja secara gotong royong nih.. bersih dan kemas jadinya bila dah masing2 buat kerja bersama..

Reply
avatar
March 19, 2015 at 5:08 PM

itulah faedah bekerjasama kan???

Reply
avatar
March 19, 2015 at 11:23 PM

Wah peadas yang yang last tue.. Opsss ada yang sentap tak agak2.. hahaaa

Reply
avatar
March 19, 2015 at 11:51 PM

Diorang memang rajin, cikgu dia rajin ambik gambar aje, ekeke :D

Reply
avatar
March 19, 2015 at 11:52 PM

Alhamdulillah kak Lya, Bila ada ramai student ni, cepat sikit kerja siap :)

Reply
avatar
March 19, 2015 at 11:58 PM

Cikgu kalau repair, kureng sikit. Kalau rosakkan, paling hebat. Hehehehe. Pilih, nak yang mana? :D

Reply
avatar
March 19, 2015 at 11:59 PM

Apa yang penting? kerjasama... ^^

Reply
avatar
March 20, 2015 at 12:01 AM

Hahahaha, ala. Janganlah ada yang sentap-sentap. Nanti Kak Sha babap tangan, kenapa tangan ni nakal pi tulis hat yang buat orang sensitip.

Reply
avatar
March 20, 2015 at 10:25 AM

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 159
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Reply
avatar
March 20, 2015 at 10:26 AM

camne buat gambo bergerak macam kat atas tu.. hehehe.. tertarik lak tengok..

Reply
avatar
March 20, 2015 at 1:56 PM

selamat gotong royong yee,huuhuhu

Reply
avatar
March 20, 2015 at 4:49 PM

betul tu, budak2 ni belanja dorang makan dah seronok, yela, penat kan duk gotong royong tu

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+