SweetMuslimah.com

Tuesday, March 3, 2015

Alahai cik burung

Tadi, masa nak solat Maghrib, baru perasan, yang meja study kat bilik ni kotor. Pelik jugak, sebab semalam memang tak guna laptop langsung. Apetah lagi nak bermakan-makan kat meja study kan? Kemon lah, meja study tu dalam bilik, nak bengkak-bengkak kena hurung semut sebab makan dalam bilik? Haish, haha. 

Meja ada tahi burung
Nampak tak 'harta-harta' cik burung?

"Jadi, kompem bukan aku yang sepahkan meja ni"

Bisik hati kecil aku (cewwwah, hati kecil konon. Dah cukup hebatlah tu nak jadi sasterawati berjaya? Pooddah! ). Dan, rupa-rupanya betul tekaan aku, ada makhluk lain yang sepahkan dan kotorkan meja study aku. Pusing-pusing satu bilik, tengok-tengok, kerusi paling obvious ada tanda taik. Dekat lantai ada setitik dua tanda taik. Taik ape? 

TAIK BURUNG

Omai. Nak kena burung ni!. Dah lah tumpang rumah kitorang tak pandai keluar. Berak pulak merata-rata. Kan ada tandas. 2 biji lagi. Takkan tak tau-tau lagi, nak berak kena pegi tandas? T_T

Sebenarnya, sejak 2 hari lepas lagi, ada sekor burung ni tersesat masuk rumah aku. Tak tau dia masuk ikut mana. Tapi kitorang baru perasan semalam. Itu pun lepas burung tu bertenggek kat grill pintu atas. Bunyi kepak dia kan kuat. Terkejut kitorang dengan tetamu tak diundang ni. 

Dah puas jugak bukak pintu, tingkap semua nak bagi dia keluar, tapi tak keluar jugak. Masuk dapur nampak dia tengah bertenggek kat atas rak pinggan. Datang dekatlah, nak bukak tingkap dapur, konon nak tunjuk

"Eh, awak boleh keluar ikut sini tau"

Boleh burung tu lari! Aku tak sempat nak capai besi tingkap pun T_T. Hampeh. Kalau kat ruang tamu pun sama. Punyalah besar pintu sliding door tu kitorang bukak untuk dia, tak mahu juga keluar. Asyik terbang-terbang pusing-pusing langgar cermin kat dinding seploh kali. Lepas tu menyorok dekat paip. Huh.

Pagi tadi, lepas mandi aje, jumpa lagi dengan cik burung ni. Awal jugak dia bangun kan? Bagus. Ini yang kita nak. Bangun awal mencari rezeki.

"Rezeki apa yang dia boleh jumpa dalam rumah kau?"

Entah. Nasib lah. Tapi, sebelum naik bilik, aku terus bukak pintu sliding besar-besar. Lepas tuh blah naik bilik terus. Takmau peduli lagi dah. Ko nak keluar ke tidak, up to you (cewah, speaking pulak)

Lepas bagitahu housemate yang bilik aku diserang burung hingga meninggalkan tanda-tanda, aku terus mop lantai bilik. Tukar cadar baru. Tukar tuala baru (sebab yang sebelum ni tegantung kat dinding). Mop lantai sampai ke tingkat bawah. Tengah-tengah mengemop tu, kayu mop tu terpatah 2. Uhuhuhuhu.

"Takpe, takpe. Boleh mop lagi ni"

Mop lagi, tak sampai 5 saat kemudian. Kayu mop terpatah 2 lagi. Huuuuuwaaaaa :'(... Nak tak nak kena mop jugak. Risau kalau burung ada tinggalkan 'harta', tapi kitorang tak sedar. Mop jugaklah eventhough terbongkok tiga. T_T

Batang Mop terpatah tiga
Mop jahat!

Bila jadi macam ni, sebenarnya ada hikmahnya juga. Selain boleh membersihkan rumah, mengemop ni boleh juga dikira sebagai bersenam, ye dak? Mana tak nya, mengemop sambil membongkok, rare lah. Masa membongkok tu, peluh mengalir dah sama banyak dengan air mop. Deras pulak tu. Ekekekeke. Ini sebagai ganti aku tak berjogging 2,3 hari ni. Padan muka aku. Tapi.....



Sakitnya belakang badan!!!! 
T_T T_T T_T T_T T_T


Alahai cik burung
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

16 comments

Tulis comments
avatar
March 4, 2015 at 12:09 AM

Alahaiii.. kenapa baldi tu season sangat.. Huhuuu

Reply
avatar
March 4, 2015 at 12:13 AM

Sis nak letak follower kat ats tu ye? Just pegi kat Reka Letak then tarik jep kotak follower tu dari tempat asal tu ke atas.
*cuba utk 'kongsi apa yang Cik Candy tahu, hope sis faham :p

Reply
avatar
March 4, 2015 at 12:31 AM

Hehehe. Baldi tuan rumah. Agaknya dah berkurun-kurun kat sini. Kitorang guna aje. Nak beli baru malas. Tunggu dah rosak macam mop tu, baru beli baru agaknye. Hehehe

Reply
avatar
March 4, 2015 at 12:33 AM

Dah try tadi, main tarik-tarik box gadget tu, tapi, dia tak mau pulak. Tu yang tanya tu.

Reply
avatar
March 4, 2015 at 4:24 AM

Haha kerana burung kayu mop pafah kehkeh..sabau ajo lah yee

Reply
avatar
March 4, 2015 at 5:43 AM

Itulah sabau aje lah kan? Takkan nk marah kat benda tak bernyawa. Hehe^^

Reply
avatar
March 4, 2015 at 8:58 AM

haha..burung tu takut la kat 'singa' ..nak halau burung sha kena jadi 'orang-orang' ... part best yg nampak tu haa..baldi rare sangat..still gunakan sebaiknya... :))

Reply
avatar
March 4, 2015 at 4:13 PM

Memang kena sabao nak halau.. hihi.. rumah saya pulak ada kelawar masuk dah 2 kali.. pening sungguh nak menghalaunya..

Reply
avatar
March 4, 2015 at 4:34 PM

adoiii macm macam berlaku nyeee. hahaha

Reply
avatar
March 5, 2015 at 10:48 AM

ada hikmah d isebalik tahu burung tu heheeh..boleh excercise

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:00 AM

Baldi tu jugak yang orang highlight, adudududu :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:01 AM

Kelawar? bahaya tu. Kita berjaga dia tidur, kita tidur dia berjaga. Seram.

Reply
avatar
March 5, 2015 at 11:01 AM

Macam tu lah. Agknye tenaga mengemop tu kuat sangat. Super woman. Ekekeke :D

Reply
avatar
March 5, 2015 at 1:08 PM

Ada hikmah disebalik burung sesat

Reply
avatar
March 8, 2015 at 8:40 AM

Tudia sampai patah mop yer Shahira ^-^

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+