SweetMuslimah.com

Thursday, February 26, 2015

Welcome aboard guys.

Assalamualaikum & gud evening

Semalam adalah Hari Pendaftaran Pelajar Baru sesi Mac 2015 di kolej. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Di kolej ni, pengambilan pelajar baru adalah sebanyak 3 kali setahun, which is pada setiap bulan mac, Julai dan November. Banyak kan intake? Kalah universiti, hehehe. XD

Jadi, lepas punch-card jam 7.25 am (cewwah, itu pun nak khabarkan kat orang. Tak heran lah! ), terus berkejar pergi sarapan. Pergi kedai yang dekat-dekat aje, adelah dalam 2 minit perjalanan naik kereta. Pelik kan? Dekat bebenor pun nak kain kereta jugak? 

Hurm. Itu petanda sayang lelemak. Hehehe. Dan tak rock lah pakai heels, tapi jalan kaki-lenggang-kangkung pegi breakfast. Apa orang kata? Tak vouge gitu *pang sedas, vouge lah sangat*

Sampai kolej, tengok dah agak ramai pelajar baru bersama para ibu bapa yang dah sampai. Bagus! Semangat ini yang kita nak! Berawal-awal dalam semua perkara. Nampak semangat nak belajar di sini. Alhamdulillah, sejuk hati cikgu ni awak-awak semua baik macam ni ^^. 

Kaunter semakan & pertanyaan

Kaunter bayaran yuran pengajian


Untuk memudahkan proses pendaftaran, ada beberapa kaunter diwujudkan. Antaranya, kaunter semakan, yuran pengajian, Insurans, koperasi, asrama, fotografi dan yang terakhir, kaunter pendaftaran bersama pensyarah kelas. Kaunter pendaftaran ini dibahagikan mengikut kursus yang ditawarkan.

Dalam usaha taknak lah jem tengah jalan, masih juga ada masalah. Server sistem bermasalah. Capaian internet jadi lambat yang amat. Jadi, proses pembayaran yuran dan pendaftaran pelajar secara atas talian terganggu. Masalah ni memang selalu jadi setiap kali pendaftaran kerana pada hari yang sama, semua kolej turut mengadakan pendaftaran. So, crowded server. Siapa cepat, kuat dia menang! And in our case, kitorang termasuk dalam kategori, errrrr, kureng bernasib baik. Huhuhuhu

Takpe lah, kurang bernasib baik, bukan tak bernasib baik, kan? Positive, positive, positive. After all, masih boleh mendaftar atas-talian, cuma L-E-M-B-A-P aje. No wories ;)

Antara bakal pelajar

Aku selalu tengok, student-student aku ni bergaya sungguhla. Comel toksah cerita. Memang comel. Tu bukti kat atas tu. Itu pun baru 2 orang aku tunjuk. Aku rasa, aku perlu berguru dengan student sendiri, how to become 'comel' like them. Tengok kat cermin


"Eh, awat outdated nau cikgu ni?"


Melankolik dalaman. Dulu masa kerja kilang di Rawang, aku memang terbiasa tak melaram. nak pakai lipstick, eyeshadow segala? Rentikanlah. Dah la kerja kilang yang ada stamping machine, panas oiii. baru masuk 5 minit, habis cair semua bedak, lipstick aku. Rugi. Dan buat aku jadi mak lampir bila bedak cair bertompok-tompok.

Habit tak pakai mekap aku bawak sampai lah jadi cikgu ni. Uhuhuhu. Padahal mak selalu pesan,

"Jadi cikgu kena lawa-lawa, baru anak murid berminat"


" Ira natural beauty mak, tak mekap pun cantik"

Muntah darah dengar! *Pang sedas* @@


Actually kan, kite nak cerita pasal pendaftaran pelajar baru. Kenapa cerita pasal mekap ni segala? Let's treasure the moments you leave behind later. Lagipun, zaman-zaman jadi minah kilang dah berkubur. Jangan dikenang benda yang lepas -_-


Let's get back to our story.

Tuan Pengarah 




Dalam pukul 10.00 pagi macam tu, para ibu bapa dan pelajar yang telah selesai mendaftar perlu masuk ke Taklimat bersama Pengarah di perpustakaan. Taklimat ini penting sangat. Even pelajar yang belum mendaftar pun kami gesa minta masuk taklimat ni. Masa ni lah, para pelajar dan ibu bapa akan kenal dengan tuan pengarah. Ini tidak, ada pula pelajar yang tak kenal pengarah kolej sendiri selama 2 tahun pengajian. Fengsan




"We've fail many times, although we don't remember,
We fell down the first time we tried to walk,
We almost drown the first time we tried to swim,

Don't worry about failure, 
Worry about the chances we miss when we fail to try"


Kepada bakal pelapis peneraju masyarakat: All the best and be the best !!




Terima kasih singgah & baca entry ini^^








Welcome aboard guys.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
February 26, 2015 at 1:20 PM

Wah gojes nyer pelajar2 pegi daftar. Heheee

Reply
avatar
February 26, 2015 at 4:30 PM

wahhh semangat je lepas baca kata kata last sekali :D


paling kelako part sayang lelemak tu hahahaha

Reply
avatar
February 26, 2015 at 5:25 PM

Itulah kan? Kadang tengok dah macam retis^^

Reply
avatar
February 26, 2015 at 5:26 PM

Hahaha. memang sayang lelemak sangat. Penghalang daripada mati kesejukan ni, Hewhewhew :D

Reply
avatar
February 26, 2015 at 5:44 PM

Teringat lak masa memula zumal daftar belajar dulu... Siap berkelah kat tepi dewan daftar dengan family ^-^

Reply
avatar
February 26, 2015 at 6:52 PM

Sama la jugak. Abah dulu siap bawak bekal, sbb lama sangat tunggu anak eh mendaftar. Padahal anak dah bosar. Ekeke.
Tp, student skrg sgt independent. Ada yg dtg sorang rilek je :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+