SweetMuslimah.com

Monday, February 9, 2015

Tips sebelum masuk dewan peperiksaan.

As salam..

Pagi ni Cik Ira agak bizi sikit *yeyeye je, poyo lebih, hihi*  . Gara-gara minggu ni peperiksaan akhir sesi November 2014. Mula hari Isnin hingga hari Jumaat ni. Cik Ira diberi tanggungjawab untuk menjaga 2 kertas teori dan 1 kertas amali. Agak banyak jugak kan? 3 hari jugak tu menjaga pelajar. Mau jadi singa lapar jugak hari ketiga tu:p



Buat pelajar-pelajar tersayang, Cik Ira ucapkan all the best to all of you. Doa, usaha, Istiqamah dan akhir sekali tawakkal, semoga Allah permudahkan semua urusan. :)

Lepas ni, pelajar-pelajar Cik Ira (Cik Ira jadi pensyarah kelas untuk pelajar Sem 4) akan pergi untuk latihan Industri (LI) pula. Jangan nakal-nakal dan buat perangai yang teruk-teruk pula ya! Nahas korang  Cik Ira piat telinga!

Jadi, buat semua pelajar kat luar sana, terutamanya pelajar Cik Ira, meh Cik Ira nak pesan ni. Dulu-dulukan Cik Ira pernah jadi pelajar jugak. Lama tau berada di alam persekolahan & perkuliahan ni. Adalah dalam 17 tahun. So, ada beberapa tips yang Cik Ira nak kongsi. Tips ni dicadangkan Cik Ira atas pandangan masa belajar, dan juga pandangan setelah Cik Ira dah kerja sekarang. Tips menjelang peperiksaan, atau boleh jugak kita kata tips sebelum menduduki peperiksaan.


TIPS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN:-

  1. Buat persediaan yang rapi sebelum peperiksaan bermula. Ini termasuklah buat latih tubi soalan, ulangkaji nota yang diberikan. Boleh juga tambah ilmu dengan membaca fakta daripada internet (sumber yang sah. Wikipedia agak kureng disitu)  .Pelajar Cik Ira, mostly diorang ada exam amali. Jadi, mungkin boleh minta pensyarah untuk assist mereka beramali sebelum exam untuk memantapkan skill.
  2. Jaga diri. Ini termasuklah dengan mendapat tidur yang cukup, dan minum banyak air masak. Jaga pemakanan, jangan sampai sakit perut masa exam! Dapat tidur yang cukup penting. Sebab, rata-rata pelajar, termasuk Cik Ira sendiri dulu, time malam sebelum exam la baru nak pulun habis-habisan. No no no. Tak elok tu. Nanti brain overload. Bila overload, tu yang jadi, otak beku masa exam. Rasa macam pernah nampak, baca, tapi tak ingat. Betul tak? Haaaa, Cik Ira tau, sebab Cik Ira pun pernah jadi macam tu XD
  3. Jaga solat, hubungan dengan Allah. Allah maha pemberi rezeki, yang memberi dan maha mengetahui. Jadi, kenapa nak tinggalkan Allah bila kita boleh minta everything dengan dia? Minta sungguh-sungguh, doa. InshaAllah, bila kita ikhlas, kita akan dapat balasannya.
  4. Jaga hubungan dengan sesama manusia juga, terutamanya mak ayah. Ada orang yang Cik Ira kenal, dengan kawan-kawan, orang lain, bukan main sopan santun. Dengan family sendiri bertentangan. Jangan macam tu ye. Ingat, tanpa mak ayah, siapalah kita. Restu mak ayah sangat berkat. Mintaklah mak ayah doakan kita dipermudahkan semasa exam, dalam apa yang kita buat kehidupan seharian. 
  5. Bersedekah. Aik, kenapa kena bersedekah sebelum masuk exam? What for? Hah, adik-adik, cuba baca fadhilat bersedekah. Dengan ikhlas. Allah balas balik 2 kali ganda apa yang kita beri. Pepatah Inggeris "What u give, u get back". Dan amalan bersedekah dengan konsisten, walau kita tak nampak, sebenarnya Allah dah balas. Walau mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi kesihatan yang baik, hubungan kekeluargaan yang bahagia, mudah menjawab dalam exam, mudah ingat. Semua tu bentuk rezeki yang Allah bagi, cuma kadang-kadang kita tak sedar:)
  6. Pada pandangan Cik Ira, sebelum masuk dewan peperiksaan tu, jangan biasakan bercakap dengan kawan-kawan, bahasa mudahnya: berbincang. Sebab apa? Bila kita kurang persediaan, bercakap pula dengan kawan yang memang dah buat full preparation, tiba-tiba rasa "Eh, aku tak pernah pun baca yang tu" atau "Eh, aku tak tau pun?". Tak jem ke otak masa tu? Berdebar-debar takut soalan yang kita tak baca keluar. Sebab tu, tips yang pertama, buat full preparation awal. Lepas tu yakin dan tawakkal sahaja. Bukan kata sombong ye, taknak kongsi-kongsi, tapi, bila dah sampai stage akhir macam ni, tawakkal adalah jalan paling sesuai. Tapi, tu pendapat Cik Ira. Bukan pendapat universal:p
  7. Amalkan baca doa ni:


Rasanya, itu aje yang boleh Cik Ira kongsi. All the best & be the best. May Allah bless and ease all hardship:)

~Post ini dibuat atas kapasiti seorang Cikgu. Macam pelik Cikgu bagi tips, tapi bahasakan diri aku. Kalau rasa nak muntah, sila muntah jauh-jauh;p~

Tips sebelum masuk dewan peperiksaan.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+