SweetMuslimah.com

Wednesday, February 11, 2015

Tengok Online: Slot Akasia TV3: Teman Lelaki Upahan

Buat peminat setia slot Akasia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama terbaru, iaitu Teman Lelaki Upahan yang bersiaran setiap Isnin - Khamis jam 7.00 malam . Drama terbaru ini menggantikan drama Istikharah Cinta lakonan brader Zul Ariffin. 

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama, iaitu Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin terbitan Karya Seni.

Tonton Teman Lelaki Upahan Full Episod


Sinopsis:

Hanya kerana satu insiden kecil, EL (Ezwan Lutfi) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia.
Bagi Lydia, EL lelaki sederhana, tapi bagi EL, Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar, cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati, ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam.

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibunya meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri.

Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik, namun sebaliknya bagi EL. kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu, dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama EL.

Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL.
Kredit to: Admyablogspot 
.
.
.
.

Dibintangi oleh Elizad Sharifuddin & Ungku Ismail Aziz, drama ni bagi aku best lah 
(selepas bersiaran untuk 2 episod). Simpan dalam blog sendiri supaya senang nak tengok next time:)

Selamat menonton!

Episod 1Episod 2Episod 3 l Episod 4




Tengok Online: Slot Akasia TV3: Teman Lelaki Upahan
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
February 11, 2015 at 5:49 PM

Oooo ada jugak teman lelaki upahan... skrg semua pakai upah je..ahakss. Emm tajuk dah menarik dah...

Reply
avatar
February 11, 2015 at 8:15 PM

Iye. Sekarang ni macam-macam yg pakai upah je. Lepas ni, upah ape pulak yg keluar x tau la. Huhu

Reply
avatar
February 12, 2015 at 8:38 AM

dah lama x tngok drama slot akasia tv3 ni...kalo x dulu2, melekap depan tv (sambil lari lari kejap gi solat maghrib hehe)

Reply
avatar
February 12, 2015 at 10:23 AM

Kat Sabah kan maghrib masuk awal, dalam jam 6.30 ptg. Jadi, memang sempat sangat nak tengok drama pukul 7 ni. Hihi X)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+