SweetMuslimah.com

Tuesday, February 10, 2015

Sejak bila Yahoo Mail ada fungsi smart view?

Aku baru teringat, yang aku belum Check-in Air Asia lagi. Kan dah nak balik rumah home-sweet-home hari Khamis ni. Balik konon nak cuti Tahun baru Cina la gamaknya. 19 dan 20 hb, hari Khamis & Jumaat.

Tengok kalendar, walaweh, hari ni dah hari Selasa! Belum check-in tix lagi! Dah la tak pilih seat. Kalau lambat, dapat tempat tak best, sama ada tersepit kat tengah-tengah (tempat lengan kiri-kanan selalu kena rembat -_-), atau tepi runway. 

Aku tak berapa gemar duduk tepi runway, sebab pramugara-pramugari-akak-abang-pakcik-makcik selalu lalu-lalang. Nanti diorang nampak tahap keaslian tidur aku, siap pakej  

krohhhhh kroooohhh kroooh zzzzzzzzzzzz
air liur basi, terus kena heart attack. 

-_-    -_-    -_-

Terus masuk surat khabar headline besar "Penumpang kapal terbang terkena serangan sakit jantung angkara air liur basi"

Ok, tak kelakar -_-

Cari Itinerary untuk 12 / 2 / 2015. Okeh, jumpa. Check-in and DONE! 
Well done rib-eye satu!

Cari Itinerary untuk 21 /2 / 2015. Tix balik ke sini. Tak jumpa. Ok, berpeluh dalam aircond 125hp. Rasanya dah beli, kan? Ingatan yang ingat-ingat lupa menderhaka kepada tuan ni yang buat tambah gelabah. Aku nak balik woiii. Nak berjimba. Takkan tak beli lagi tix balik sini?

"Cari dulu dalam Gmail. Ymail. Cari, cari, dan cari"
"Ko dah beli ke belum?" ~ Wilson


Akhirnya jumpa. Tahu kat mana? 
.
.
.
.
Yahoo mail: Smart View : Travel

Sejak bila Ymail ada fungsi smartview?-_-



Sejak bila Yahoo Mail ada fungsi smart view?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
February 14, 2015 at 8:05 PM

Itulah. Ini tanda-tanda jarang buka ymail. Hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+