SweetMuslimah.com

Sunday, February 8, 2015

Pening-pening lalat cari parking Watson

Minggu lepas, hari Selasa, teringin nak manjakan diri lah, konon-kononnya. Nak buat skrub muka dan bermask sekali. Cakap pasal skrub & mask, produk yang jadi idaman kalbu aku sekarang adalag dari brand Himalaya. Sekali pakej dengan pencuci muka dia sekali. Ada aku review kenapa aku suka pencuci muka himalaya ni disini.

Jadi, malam Selasa tu, lepas cuci muka, tengok balik Skrub dengan Mask. Aiseh, lupa. Mask yang aku ada sekarang, which is Himalaya Almond & Cucumber Peel-off Mask ni tak sesuai untuk aku. Dah cuba pakai 3x. Keluar jerawat dengan meriah pulak. Masa mula-mula beli, ingat semua brand Himalaya sesuai dengan aku. Sekali tak. Lupa pulak yang shampoo dia pun aku tak sesuai pakai, rambut jadi kejung macam dawai besi(-_-) .Haish. So, macam mana nak manjakan muka ni? 

Kita zassss keluar sekarang jugak! Pegi Watson  bandar yang besar itu( ^_^).. lalalala.
Sampai depan Watson, tak ada parking. Oleh sebab Watson ni tepi jalan besar, so tak boleh nak suka hati-limpa-jantung main u-turn. Penyelesaiannya: Kita pusing jalan lagi sekali.

Lalu lagi depan Watson, tak ada parking jugak lagi. Aiseh. Kena hon pulak tu sebab berhenti tengah-tengah jalan(-_-)

Takpe, kita jalan lagi, pusing lagi(-_-)

Kali ni kita ikut jalan lain pulak. Nanti keluar dekat bangunan yang bertentangan dengan Watson, so boleh parking kat seberang jalan. Sebab tadi nampak ada 1-parking lot kosong. Jum. Sampai kat seberang jalan Watson, aik, dah penuh. Sob sob sob sob. Apakah petanda ini? Allah suruh balik rumah terus aje ke?

Last try, lepas ni kalau tak ada parking jugak, kita balik terus! Merajuk. Wuuwuwuwuwuwu. *Watson ni pun jahat, kenapa tak buat parking lot 2 tingkat?*  Pusing dibulatan gembira yang ada tanda dengan tin minyak besar aje, jalan lagi sampai depan Watson. Eh eh eh, ada parking la awak:) Masuk Watson, sekali yang aku cari = Himalaya Neem Face Pack pujaan hati tak ada (-_-)..... Sakit hati betul. Sob sob sob. Penat pusing-pusing-pusing-pusing-pusing aje. Huaaaa.

Keluar, pegi Guardian selang 3 kedai dari Watson. Dan, berita gembiranya? Ada lah Face Pack = Mask kita kat situ! Yeehahaaaa, aribba andre andre:):):)

Ntah kenapa azam tinggi sangat malam tu. Selalu kalau aku keluar sorang-sorang macam tu, tak dapat parking, aku terus balik. Ini tak, memang exercise dalam kereta aje main tekan minyak-brek segala. 

 Ini ha, si kerek punya angkara. Yang nak let-go kat adik is yang kiri sekali, Peel-off Mask. Yang Face Pack & Neem Scrub aku punya! Haip, tak boleh mintak!
Happy face with dis 2 routine:)

Bai.

Pening-pening lalat cari parking Watson
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+