
Foto Reuters
AMERIKA LOS ANGELES: Sekumpulan wanita
berkumpul di sebuah masjid yang dikhaskan untuk golongan hawa di pusat
bandar Los Angeles, untuk menunaikan solat Jumaat buat julung kalinya.
Selesai sesi khutbah dan mengerjakan solat
Jumaat berjemaah, jemaah mengadakan perbincangan dan menyuarakan
pendapat serta pengalaman mereka. Masjid khas untuk wanita sebegini mungkin sudah wujud di
China, Chile dan India, namun ini adalah masjid pertama yang dikhaskan
untuk jemaah wanita sahaja di Amerika Syarikat.
Solat Jumaat yang pertama kali diadakan di masjid itu, adalah
simbolik pelancaran Women’s Mosque of America, sebuah badan bukan
kerajaan yang berharap dapat memberi ruang kepada wanita Islam untuk
mendalami Islam, di samping mengeratkan hubungan sesama wanita, selain
dapat menggalakkan penyertaan sepenuhnya wanita dalam solat.
Walaupun ruang solat hanya untuk wanita, majlis dan kelas lain akan dibuka kepada lelaki.
P/s: Kalau di Amerika, mereka boleh wujudkan masjid khas untuk wanita, mungkin kita kat Malaysia ni boleh ada jugak buat. Coach kereta api & teksi khas untuk wanita dah ada. Boleh tambah senarai tu lagi:)
P/s: Kalau di Amerika, mereka boleh wujudkan masjid khas untuk wanita, mungkin kita kat Malaysia ni boleh ada jugak buat. Coach kereta api & teksi khas untuk wanita dah ada. Boleh tambah senarai tu lagi:)
Sumber: TheRakyatPost
No comments:
Post a Comment
Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)