Tuesday, February 17, 2015

# food # Resepi

Masak lemak nenas dengan ikan masin

As salam

Makan apa lunch hari ni korang? Ehem. Aku makan lauk mak masak hari ni. Masak lemak nenas dengan ikan masin. Sedap giler. Siap bertambah-tambah lagi nasi. *lepas tu komplen bertambah besar duduk rumah*. -_-


With ♥♥ from Beranang. Masak lemak nenas dengan ikan masin. Eheh.

Aku tengok mak masak senang je? Potong-potong bawang, tumbuk-tumbuk cili & serai, perah santan. Masukkan nenas & ikan masin. Eh, dah siap. Semudah 1,2,3. Bahan-bahan pun senang, siap boleh petik belakang rumah. 

Bila mak masak, sedap. 
Bila aku masak, cara yg sama jugak, apesal x sesedap mak masak? -_-

Masak lemak nenas dengan ikan masin

Nah, resepi mak aku yg simple ala gonjeng, tapi sedap nak pengsan:
Bahan-bahan:

  • Santan
  • Nenas 1 biji (potong kecik-kecik)
  • Ikan masin 3 ekor (ikan duri, yg dah dipotong-potong)
  • Serai 2 batang (dititik)
  • Bawang kecik 3 ulas
  • Cili padi 7 biji ditumbuk  (kalau nak lagi pedas kick berapi, tambah lg)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
Cara masak:

  1. Campurkan serbuk kunyit ke dalam santan. Gaul-gaul sampai sebati dan dapat warna yg sesuai. Aku letak 2 sudu kecik serbuk kunyit. 
  2. Masukkan bawang, cili padi, serai ke dalam santan tadi. Kacau-kacau, pastikan santan tak pecah.
  3. Bila santan dah menggelegak, masukkan nenas & ikan masin
  4. Kacau-kacau selalu.
  5. Tambah garam untuk perasa kalau tak cukup masin.
  6. Siap.

Dah siap. Semudah 1, 2, 3 kan? Yg tengah keje tu jangan jeles. Sila siapkan keje anda. Lepas tu, baru boleh balik kampung, request feberet dish dekat omak. XD


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆



12 comments:

  1. masakan mak mmg torbaekk. takde sape blh lawan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Masakan mak memang thorbaik. Itu lah yg dirindu bila duduk jauh. Huhu

      Delete
  2. gulai lemak ikan masin nenas makan dengan nasi panas terangkat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terangkt pinggan tuk tmbh nasi kali ke-2,3...hahahaharu!!

      Delete
    2. Betul tu RN :D. Pehtu kompelin, duduk rumah badan makin besau. Padahal tak sedar sendiri yang makan banyak, ekekeke :D

      Delete
  3. fuh tengahri macam ni bila tengok masakan ada nenas ni buat kecur liur je..sedap ni antara lauk feveret MJ gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lauk ni memang jadi feberet ramai orang :)

      Delete
  4. dappnye.... air tangan x sama, tu pasal rasa lain...hihih

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya, dah lama tak masak ni. Minggu ni boleh cari barang la hehe

    ReplyDelete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+