SweetMuslimah.com

Thursday, February 5, 2015

Makan lewat malam buat perut berdondang sayang waktu pagi?

Semalam kerja sampai agak lewat petang. Gara-gara nak menyiapkan dokumen-dokumen untuk MQA hari ni. Haish, berdebar-debar sungguh! Kata orang yang buat persediaan untuk kenaikan pangkat, diorang siapkan dokumen pun tak sesibuk dan se-busy macam ni. Ekekeke. I guess, kriteria dan skop yang lebih besar yang buat unit kitorang macm dilanda hurricane:p

Stop dulu cerita MQA. Belum mula lagi pun. Semalam keluar je dari ofis, perut pun buat breakdance. Kemain bergoncang-goncang lapar. Cik dan encik cacing-cacing berpiket dan bergendang dengan babat-babat sedia ada, membuatkan aku sangaaaattt laparrr. Grrrrr.

Singgah makan di Restoren Sup Maskur dekat dengan Giant Tawau. Oh ye, lupa nak bagitahu, Restoren Sup Maskur ni one-of-a-must-place-to-come-dine-in-if-u-are-at-Tawau. *Pedulikan bahasa yaang broken tu. Pening kepala dah sekarang*  -_-

Nah, persembahkan gambar. Sup campur + telur mata + nasi + teh 'o' ais. Heaven:)



Di sini, main dish adalah sup. Macam-macam jenis sup ada. Sup campur (perut, tulang, urat) *feberet aku, ayam, daging, tulang, rusa. Dan, portion sup dia besar! Sekali order boleh makan 2 orang. Puas hati makan!


Malam, lepas Isya' keluar lagi melantak buntut + sayap (kepak) madu. Gambar tak ambik, sebab ralit sangat. Balik rumah, kenyang, terus krohhhhhhh zzzzzzzz.

Tapiiii, pagi bangun solat subuh, eh, apesal lapar? Kan dan makan banyak malam tadi?
Rupanya, perut aku jenis tong drum. Lagi banyak ko makan, lagi banyak ruang yang ada. Ahahahaha. Baru aku sedar realiti itu-_-

Ada siapa yang perangai perut dia macam aku?







NEW ARRIVAL:)


Makan lewat malam buat perut berdondang sayang waktu pagi?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

9 comments

Tulis comments
avatar
February 5, 2015 at 10:15 AM

malam mkn byk2, tp bila bgn pagi lapo,, nasibb...haha

Reply
avatar
February 5, 2015 at 4:39 PM

sbb masa tidur tu badan dah hadam semua makanan tu. hehe jgn makan lewat sgt naa :)

Reply
avatar
February 5, 2015 at 5:42 PM

Lepas ni, tak berani dah kut nk makan lewat mlm. Buat bertambah lapar je pagi tu -_-. Huhu

Reply
avatar
February 5, 2015 at 6:51 PM

hihi...mcm tu ek... lapo,mkn lagi...kikiki

Reply
avatar
February 5, 2015 at 8:49 PM This comment has been removed by the author.
avatar
February 5, 2015 at 8:50 PM

Tu yg makan sampai 2 kali tu. Lapar punya pasal. Ekeke;p

Reply
avatar
February 5, 2015 at 9:25 PM

Jum lah datang sini. Sy boleh tolong jd tourist guide;)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+