SweetMuslimah.com

Saturday, February 28, 2015

Kursus pendek 28 Februari 2015

Assalamualaikum

Hari ini, kena bekerja lebih masa. Jadi pembantu penceramah untuk kursus pendek 'Pembuatan Tartlet (Fruit & Cheese tart)'. Ewwahhh, macam hebat aje kan jadi pembantu penceramah? Padahal, pembantu tu sebenarnya tukang tengok dan jadi tukang angkat barang aje. Bhahahahahaha. Yang berkuasa 100% adalah penceramah.  

Tapi, ahri ni, bukan setakat kursus tartlet aje, ade lagi 5 kursus yang berjalan serentak. Antaranya, kursus Qufi Murabba (tulisan khat berkomputer), kursus servis asas kenderaan ringan, kursus solekan makan malam, kursus asas bahasa korea 'annahaseo' (betul ke tak? hantam aje ^^) dan jahitan awning tudung.

Ni antara gambar yang photographer rasmi ambil. Nak harap henpon aku yang super-duper canggih tu? Errr. Risau terlampau bersinar. Tak nampak apa yang nak difokus. Ekekekeke.

Kursus asas bahasa Korea

 Cikgu bahasa korea ni, memang langsung tak boleh cakap melayu. English pun sikit-sikit, tapi still kita boleh faham. Kawan aku yang jadi urusetia kursus ni pun pening-pening nak bercakap dengan dia. Hehehehehe. Bolehlah feeling-feeling kat Korea.


 Kursus servis asas kenderaan ringan

 Mula-mula kelas teori dulu. Teori buat kat bilik kuliah sebab kelas tart ke-2 buat kat bilik kuliah bengkel automotif. Kelas tart yang pertama dalam Dewan Syarahan. Yang kelas ke-2 tu, kesian kan? Anduk bha. Nda da sudah tempat lain mau buat kursus. Tolong besarkan bangunan kolej ni boleh bos?


Kursus solekan makan malam


Kursus  Qufi Murabba (tulisan khat berkomputer)


Penceramah dengan urusetia kursus ni, dua-dua ustaz dengan ustazah. Ustazah ni memang sempoi giler, kelakar, funny, best lah. Hehehe. Kalau dalam meeting tu, suara dia yang paling jelas^^. Peserta kursus ni budak-budak kiut-miut aje, semangat betul nak belajar Qufi Murabba ni ye :)


Kursus jahitan awning tudung


Kursus jahitan awning tudung ni best giler!!!! Peserta datang pakai tudung lain, bawa kain sendiri, pihak penceramah memang ajar step-by-step jahit awning tudung. Memang kemas jahitan, tengok cantik terletak aje. 

Peserta datang melawat tapak kursus kitorang, pakai tudung baru siap, wah wah wah, dah macam jahitan kat kedai pulak. Gojes! Nak order satu!


Kursus pembuatan tartlet (Fruit & Cheese tart)
 Tuan tanah pakai tudung maroon tu. Itu macam jadi mandur perati peserta timbang tepung, gula dengan butter. Konon hebat bagitahu

"Letak dulu bekas ni atas penimbang, lepas tu baru tekan button 'tare'. Lepas tu baru masukkan tepung 290g."

Poyo. Nampak debab tak? -_-

 Ini baru penceramah sebenar. Terer akak ni. Multi-task. Padahal tugas hakiki sebenar pensyarah komputer. Penceramah ni rajin melawat tapak kursus lain. Tu yang ada gambar dia kat Kursus Jahitan Awning.

"Kalau dah namanya gigirl, mesti kena pandai masak. Biasalah tu, bukaknnya terer pun!"

"Haip, sadap u! Mana ada biasa gigirl pandai masak. Aku tak pandai je. So, aku ni kira kategori luar biasalah? Luar alam?" 

"Err, no komen!"



 Tuan tanah pagi tadi sebelum nak keluar pegi keje. Konon pemalu lah tu tutup muka. Poyo sangat. Ceh @@

Eh, nampak pulak berkerak nau cermin rumah aku.



Kursus pendek 28 Februari 2015
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
February 28, 2015 at 4:15 PM

kita penah join khusus buat oreo chill cheesecake. heeeeee ^^

Reply
avatar
February 28, 2015 at 6:35 PM

Kite selalu join dari tepi je. Tu yg x pandai2 sampai sekarang. Hehe. Tapi, best kan dapat join kursus - kursus baking mcm ni? :)

Reply
avatar
March 1, 2015 at 8:30 AM

Assalammualaikum...

meriah nyer kursus nie... bagus3 boleh tambah ilmu.... tambah skill menjahit dan macam2 lagi.. terbaiklah... selamat berkursusu jangka pendek nie... Good luck

mselim3

Reply
avatar
March 1, 2015 at 3:20 PM

Itulah, meriah betul rasanya Sabtu semalam. Dah lah bangunan kolej ni agak kecil. Diserbu pulak ramai orang. hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+