SweetMuslimah.com

Friday, February 27, 2015

Kembalikan muka berminyak kepada kulit yang sihat

Pagi tadi lepas mandi, basuh muka, rasa muka tegang. Pelik jugak, selalu ok aje rase? Macam lembut-lembut je kulit muka? Rasa macam kena suntik botoks. Ekekekeke. *Poooddahh* Fikir jugak, pencuci muka memang gunakan brand yang sama. In fact, walaupun baru jugak bertukar pencuci muka baru, tapi yang ini dah masuk second tube. First tube habis dengan cemerlang di muka aku. Dan ada aku pernah kata?


" I really-really L-O-V-E this Himalaya Purifying cleanser"

Aku siap beli scrub & mask lagi sebab suka giler brand ni. Muka aku yang banyak giler jerawat pandai berkurang tau! Tak payah bergantung kepada krim jerawat yang harsh to skin anymore :). 

So, aku suspek, ini ada kaitan dengan cuaca sekarang. Rata-rata dalam surat khabar, tv, radio, takpun dalam blog, oh, bukan main ramai yang update mngenai fenomena panas luar biasa yang kemungkinan akan berpanjangan sehingga hujung bulan Mac ni. Kejap. Hujung bulan Mac? Really? Lamanye! Huh. Bila tengok muka sendiri, bibir pun dah mengelupas, kering pucat. Padahal dah cover dengan pakai lipbalm setiap 5 jam. Uhuhuhu.

Muka aku dulu-dulu, memang berminyak. Ini serius punya berminyak, yang bila aku cuci muka pagi pukul 6.30 pagi, pukul 8.30 dah berminyak boleh goreng ikan. Kalau tadah, perah, agaknya boleh dapat 1 bekas. Euuuwwww.

Bila cari-cari, surf-surf, terjumpa pasal video ni:

Beautiful Skin Remedy by bubzbeauty


Dalam video ni, skin remedy yang digunakan dan dicadangkan adalah dengan menggunakan oats. Quaker oats yang macam ni, aku dah beli siap-siap sebab katanya juga, boleh cerahkan muka secara semulajadi. Wow. Siapa yang taknak cerah kan? 

Quaker Cook Oatmeal


Ada lagi yg dicadangkan adalah menggunakan pelembab muka yg sesuai. Lepas aje cuci muka, terus pakai pelembab muka. Jangan kata muka kering aje yg kena pakai moisturizer, muka berminyak pun kena pakai jugak. Dan ada 1 brand yg sangat best, sangat sesuai untuk kulit berminyak, mahupun kulit kering. Apa dia? Ini.

Physiogel hypoallergenic


Pelembap Physiogel ni, sangat sesuai untuk kulit yg sensitif. Rata-rata aku baca review, memang depa puji lah. Ada yg guna sebab ada masalah ekzema, kulit terlampau sensitif dan dalam youtube video atas ni, kulit berminyak berjerawat.

Sebenarnya, kulit yg terlampau berminyak, sensitif, kena habuk sikit keluar rash, jerawat, sebab lapisan bawah kulit kering. Tapi lapisan atas berminyak. Jadi, kita-kita yg kulit berminyak ni, banyak kali cuci muka sbb rasa muka tak bersih, kan? Sebab tu cuci muka doploh kali sehari.

Ingat minyak kat muka boleh berkurangan. Salah sebenarnya. Cuci muka banyak kali buat lapisan bawah kulit jadi lebih kering. Keadaan ini akan meransang kelenjar minyak untuk lebih aktif bekerja keluarkan minyak.

Physiogel ni, yg bagusnya berbanding brand yg lain, adalah kerana dia akan normalise sensitive skin back to normal skin. Tu yg sesuai, tak kira kulit kering / berminyak.


Kesan akibat sinaran matahari, mandi shower air panas, air klorin swimming pool (lepas swimming x reti nk mandi air paip balik ke?), air conditioning dan pencemaran antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kulit kita jadi x sihat & overly sensitif.

Sekarang Physiogel bagi FREE sample kepada pengguna yang memohon dalam website diorang. Just isi beberapa details, and of u go :). Ada lagi best, sertai survey 'tell us about your skin' macam dalam banner di bawah, dan korang berpeluang untuk menang Physiogel gift pack. 

Aku dah request free sample & buat survey ni. Korang yang nak cuba, tapi belum ada hati nak beli sendiri, boleh request dari Physiogel.



Macam mana nak request? Haaaaa, senang aje. Kalau nampak banner macam kat bawah ni menari gelek kat blog aku, klik la ye :)



Bai. Anyeong^^



Kembalikan muka berminyak kepada kulit yang sihat
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
March 1, 2015 at 11:48 PM

Cuaca sekarang mmg agak panaskan. Banyakkan minum air. Seupaya badan dapat air yang mencukupi ye.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+