SweetMuslimah.com

Tuesday, February 3, 2015

Hari Hijab Sedunia


Baru-baru ni terdengar mengenai sambutan Hari Hijab Sedunia dalam radio IKIM fm. Pelik jugak. First time dengar. Rupanya, memang dah ada Hari Hijab Sedunia (WHD) sekarang ni, pada setiap 1 Februari. Tertinggal kapal betul. Hihi

Hari Hijab Sedunia (WHD) diilhamkan oleh warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun, bermula pada tahun 2013.  Antara tujuan WHD ini adalah untuk memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Pada pendapat aku, secara globalnya, bagus untuk kita buat sambutan sebegini untuk promosikan kepada non-muslim dan non-hijab person mengenai keindahan berhijab, bukan fesyen yang ketinggalan zaman / old fashion. Kena bagi orang faham, keindahan berhijab ni meliputi apa yang perlu dihijabkan, diselindungkan, bukan main tutup semata-mata. Sama dengan konsep tutup aurat, bukan membalut aurat.

Tapi, itu adalah pendapat dari aku yang amat cetek ilmu pengetahuan dan 'common sense'. Dont take too serious dan hentam me ye XD.


P/s: Tapi curious jugak, sebab baca-baca acara WHD ni ada promosi gaya berhijab secara professional. Huhuhu. Apa, tak professional ke berhijab menggunakan tudung bawal aje? Nak tau jugak, kriteria mana yang dikatakan berhijab secara professional?






Hari Hijab Sedunia
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+