Sunday, February 22, 2015

Catatan pulang ke Tawau. Perjalanan mengejar waktu.

Hari ni, aku dah kena balik Tawau. Cuti untuk bersuka-ria dah habis. Rasa macam sekejap je cuti. Aduhai. Padahal dah 9 hari cuti, bersenang-senang kat rumah. Orang lain yang dengar pun jeles

"9 hari kau cuti? 
Lama gilaaaa". 

Tapi, percayalah kawan-kawan, kalau dah duduk jauh dari family, cuti lama, 9 hari, 90 hari mahupun 9 tahun, rasanya cuti tu sekejap je. Betul tak?

Tsk. Tsk. Tsk.

Jadi, malam semalam dah berazam, esok (hari ini lah, Sabtu), nak bertolak awal ke airport. Fly jam 12.15 tengahari. So, boarding jam 11.35 pagi. Pesan siap-siap dengan adik-adik yang nak ikut menghantar, supaya bangun awal. Konon nak keluar jam 9 pagi. So that, kalau sampai airport jam 10 pagi, kitorang masih ada masa nak window shopping kat KLIA2 tu. Kan KLIA2 tu airport in shopping mall. Hehe. Berebut adik-adik nak berjalan ke sini setiap kali abah jemput.

Sekali, semua bersiap lambat! Dah macam puteri raja kapur lambatnya. Dengan aku-aku sekali lambat! Uhuhu.
Maka, keluarlah kami dari rumah pada jam 10 pagi. Masak!

Sampai airport, cari parking pun 1 masalah. Parking yang dekat-dekat dengan pintu masuk selalu penuh. Terpaksa parking jauh, kena menapak naik lif lagi. Khayra pun dah merengek-rengek, siap tertinggal kasut lagi. Adik Khayra aje, Sara montel yang hepi-hepi. Yelah, sebab berdukung. Kita ni, kalau kena dukung all the time, tak payah berjalan pun suka kan? Siap kumpul babat-babat tepu agaknya. Bhahaha.

Singgah menyoping dulu kat kedai baju MNB Couture apentah nama, tak ingat, tapi, yang Epa kata 3 pasang blouse RM100. Murah woh. Siapa tak mau?

MNB Couture at Berjaya Times Square
MNB Couture. Tapi ini kat Times Square punya outlet. Tadi punya x sempat snap. Bizi mendukung Sara & mengejar Kayra yg tiba-tiba jadi hyperaktif.

Singgah shopping betul-betul, bukan window ye. Kopaklah wallet barang RM250. Sekali tengok jam dah pukul 11.45 pagi. Apa lagi, deras lah kitorang adik beradik hantar aku pergi departure hall. 

Selama jadi pengguna airport, tak penah aku dapat menikmati leasure time macam dalam iklan KLIA2 ni. Masa tertonggang terbalik selalu sangat @_@

Masa pemeriksaan kastam, auntie depan aku pulak yg buat drama sebabak sikit. Dah abang polis siap pesan, duapuluhdua juta kali 
"Sila tanggalkan semua barangan logam. Tali pinggang, jam, cincin, subang". 

Tapi, masih tak tanggalkan tali pinggang. Bila lalu bawah pengimbas, of course lah berbunyi kan? Adoiyai.

Dah sebab auntie tu, beg aku sangkut. Masa aku dah lepas scanner, beg tak keluar lagi. 

"Ni adik punya beg ke?" Tanya abang kastam sambil tunjuk beg auntie yang tak tanggalkan belt.
"Tak, beg saya dalam tu lagi" sambil tunjuk kat dalam scanner beg. 
"Flight saya lagi 10 minit". Bagitahu siap-siap ni, sambil senyum gabra. Cuak aku, masa tu dah pukul 12.00. Mau kena tinggal kapal aku macam ni.

Kemudian, baru aku perasan, gate aku K2. Bukan gate J yg selama ni aku masuk. First time guna gate K, tak tau lah jauh ke tidak. Sekali, oh no. Memang jauh gila.

Dah macam pelari pecut Watson Nyambek aku lari. Ambik masa 10 minit jugak lari. Kalau berjalan macam itik pulang petang?

Babai cium bau asap aje lah.

Lari-lari dengan beg roda, turun eskalator 2 tingkat baru sampai. Semput. Rosak tudung. Berpeluh. Pakej thorbaik naik kapal. Dah macam sakai aku masa tu (biasa-biasa pun sakai jugak kahkah)

Next time, jika korang dapat gate K, silalah masuk awal sikit ye. Jangan nak buat drama marathon kat sini, macam aku buat ye. Hihi. Masuk kapal, duduk sebelah cikgu yang friendly, talkative. Agak-agak, cikgu perasan tak bau peluh ala kangkung masak belacan aku?

P/s: Actually, post ni untuk hari Sabtu, which is hari aku balik Tawau, dan tajuk dia, kononnya adalah "live from K2 gate, KLIA2". Tapi, intenet kena potong sebab tak bayar, so this post terperap jadi draft aje. So, enjoy.

No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Labels

Adsense (11) Dunia Cikgu (14) food (114) Lifestyle (83) Personal (86) Resepi (42) Tips blogging (38) travel (52)

Contact Form

Name

Email *

Message *