SweetMuslimah.com

Friday, February 6, 2015

Cara yang mungkin boleh diusahakan untuk membayar PTPTN


Alhamdulillah, hari ini, secara rasminya, aku dah berjaya menyelesaikan baki pinjaman PTPTN, setelah habis belajar pada tahun 2011. Sekarang tahun 2015? Fuuuhhhh. Agak lama jugak nak langsaikan, tooks 4 years to solve it.

Sebenarnya, Surat pelepasan pembiayaan pendidikan PTPTN ni aku boleh ambil lagi awal, tarikh 29 Januari 2015, tapi hari ni baru ambil di Pejabat PTPTN. Sebab konon lately terlampau bizi. Ewahhh. *Poyo je lebih*-_-

We did know, PTPTN adalah hutang, kan? Dan, hutang wajib kita bayar, walau macam mana sekalipun. Kena ada usaha. dan usaha aku, Walaupun ambil masa yg agak lama, tapi aku nak share apa yang aku buat bagi membolehkan aku tak miss bayar hutang PTPTN ni. Cara setiap orang tak sama, mungkin cara korang lebih efisien, but still, no harm to share it, right?:)
.
.
.
.
.
.

1. Daripada gaji setiap bulan, aku cuba allocate khas untuk bayar PTPTN ni, ikut               kemampuan aku lah. Dan yang aku mampu, hanyalah maksimum RM200/bulan. That's it. No more. Kadang bayar RM100 pun ada (kalau bulan tu mcm sesak napas sikit, -_-). Dan aku disiplin bayar secara konsisten for the past 4 years.

2. Dapat bonus hujung tahun? wah wah wah. Untungnya.:).. Nak beli henset baru tak?  Ehem. Lempang sikit!    
Aku tak berangan pun nak beli henset baru, aku pakai je henset yang ada. masih ok ape? Dan bonus yang aku dapat, selain aku simpan jauh-jauh dalam TH, aku ambil dalam 50% untuk bayar PT jugak.

3. Kadang-kadang, ada lebihan duit belanja dalam akaun bila masuk duit gaji bulan baru ,(kadang-kadang je, bila aku apply masak kat rumah & bawak bekal pegi ofis, ada post aku pasal apa yg aku buat utk berjimat, rujuk sini)
pun, aku buat tambahan bayar PT. Jadi, bulan tu aku dah bayar lebih daripada RM200.

***************************************

Rasanya, itu je kut yang aku usaha untuk habiskan bayar PTPTN ni. Rasanya korang pun ada buat juga kan? Tapi, keyword di sini adalah ISTIQAMAH. Insha Allah, mesti selesai punya.

Tapi, kalau memang dah cuba sedaya upaya, memang tak mampu jugak nak bayar, jangan risau. Pintu perbincangan sentiasa terbuka. Boleh berbincang, sama ada face-to-face dengan pegawai PTPTN, atau call dulu untuk berunding. Who knows, they can suggest better alternatives:)

***************************************

P/s: Aku bukan promot PTPTN, ataupun kerja di PTPTN. Sebab post ni nampak sangat mempromot PT. Huhuhu. Till then. Assalamualaikum:)


P/s: Mesti korang kata "Eleh, berlagak, dah habis bayar boleh la cakap, bagi tips segala.!
-_- Haip. For 4 years tahan diri tak beli hp baru, rasanya after this I deserve hp baru. Tak mau peduli korang dah!

Cara yang mungkin boleh diusahakan untuk membayar PTPTN
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
February 7, 2015 at 10:08 AM

Alhamdulillah :) kalau kita usaha mesti berjaya..Cik Mimie dulu pinjam mara..alhamdulllah, habis dah hutang :)

Reply
avatar
February 8, 2015 at 3:27 PM

Tak adelah tips sangat pun. Rasanya tajuk yang paling sesuai adalah 'cara-cara saya.....'. Hehe:)

Reply
avatar
February 8, 2015 at 3:29 PM

Itulah kan Cik Mimie, habis bayar pinjaman belajar ni, tenang je rasa. Tak adalah debar2 kena blacklist kalau nk pegi oversea next time. Hehe.>_<

Reply
avatar
February 13, 2015 at 1:18 AM

sedang mengusahakan untuk mebayar ptptn hehe

saya tag anda disni hehe http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/giveaway-free-template-by.html

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+