SweetMuslimah.com

Wednesday, February 25, 2015

Apa nak buat bila windscreen kereta retak?

Assalamualaikum

Soalan aku hari ni, apa yang kita nak buat bila cermin hadapan kereta atau windscreen bukan-Lamboghini-kesayangan-kita retak? Apa nak buat ye? Hantar terus pergi kedai Dr. Cermin dan tukar yang baru terus? Bayar cash?

"Berapa pun, hatta RM1,000 pun aku sanggup, asalkan kereta kesayangan aku ok" 
(Cewwahhh, guna bahasa baku hatta konon. Ini semua gara-gara bos baru yg sedang menerapkan unsur-unsur kebakuan dalam penulisan)


Oh no. Uols dah silap langkah. Bukan silap langkah ke lorong hitam, tapi silap bila korang terus keluarkan duit sendiri untuk bayar harga windscreen original (mestilah nak ori kan?). Kan mahal cermin ori tu bila kita boleh claim dengan pihak Insuran untuk bayar harga windscreen kereta kita.


"Tak leceh ke nak claim Insurans segala ni? Nak kene report polis semua kan?"

Jawapan dia, memang leceh sikit. Sebab, mula-mula kena  buat police report regarding the accident. Maklumkan kepada wakil Insurans yg windscreen retak / pecah & nak ganti yg baru. Wakil Insurans akan suggest kedai mana yg terima claim (ataupun korang boleh pilih sendiri kedai kesukaan korang, but make sure the shop accept claim case). 
Lepas dapat salinan polisi Insurans, sertakan sekali salinan IC, police report, salinan geran kereta (not sure kena bawa atau tidak) dan bawa ke kedai. Towkey akan uruskan apa yg patut, dan walllahhh, korang tak perlu bayar apa-apa pun untuk windscreen baru tu :)


"Kalau tak ada Insurans windscreen macam mana?"

Errrr, ini lah yg selalu jadi masalah. Aku pun dulu pernah alami benda yg sama. Syok-syok merempit kat highway Plus nak balik Skudai dengan Saga blm 1.3cc yg boleh capai kelajuan 200km/h  *ok, itu tipu -_-*   tiba-tiba sebiji batu besar penumbuk dari mana ntah melayang, kena windscreen lalu hatiku pun retak seribu......

Ini gambar masa mula-mula retak. 1st day. 2nd dah dan seterusnya, retak memanjang, menjalar macam ulau-melingkau-diatas-pagau.


Untung jadi anak perempuan. Bila jadi hal macam ni, terus roger-roger abah. Bila dah pot-pet-pot-pet cerita kat abah, takut ni kena marah, rupanya abah tak marah pun. :). Siap gelak-gelak lagi.

"Apa lah akak ni, biasa lah tu terkena batu. Takpe, yg penting akak selamat. Pasal cermin tu nanti akak balik abah settlekan"

Wuwuwuwu. I ♥♥♥ u lah abah very-very much. Muah. Hehe. Tapi, masalahnya, bila aku tengok Cover Note (CN, bukan polisi Insuran), tak ada pun state about Windscreen Insurance? Macam mana ni?

Luckily, masa accident tu jadi, roadtax aku lagi 4 bulan nak mati. Jadi, penyelesaiannya, abah kata, kita tunggu sampai renew roadtax + Insuran. Baru add-in Coverage Windscreen. 


★★Rujuk sini entry Windscreen aku retak.


Tunggu dengan penuh sabar tau. Jangan bawa kereta ganas-ganas. Masa cuaca panas terik, jangan simbah air pada cermin dengan harapan cermin sejuk. No no no no. Nanti retak semakin besar bila buat mcm tu. Nak explain boleh, tapi nanti korang kena dengar term material science, nak? Satu lagi, buka sedikit cermin tingkap bila tinggalkan kereta supaya ada pengudaraan keluar masuk. Tak adalah hava terperangkap macam tu aje dalam kereta.

Ok, back to the story. After 4 month, dah renew roadtax + insurance + windscreen insurance coverage, baru buat police report. After that, boleh terus proceed ke kedai untuk tukar cermin baru :)


"Berapa aje pun Insurans boleh cover? 4 wheel vigo pun harga cermin original dah RM2,000 tau!"

Ha, sebab mahal macam tu lah, pentingnya kena ambil Coverage Windscreen. Tau tak, dengan harga RM75/year, boleh cover sehingga RM350 harga cermin kereta (harga cermin saga blm aku masa ganti baru). Untuk kereta-kereta yg besar, like Vigo, Navara, Hilux, boleh cover sehingga RM 2,000 harga cermin, tapi hanya bayar RM200/year dalam coverage Insurans. Boleh refer wakil insuran korang ye.


"Hilang tak NCD kereta bila kita guna Insuran windscreen ni?"

TAK HILANG. Kalau NCD semasa dah 45% pun, tak akan hilang pun NCD tu. Melainkan korang transfer kat aku, baru hilang NCD tu. Ekekeke.

Ok, tak lawak pun. Tsk tsk tsk -_-

Ini sebab, Coverage insurans windscreen tu dikira sebagai add-on. Nk ambik boleh, tak ambik pon boleh. Sama juga dengan coverage untuk banjir. Tak menganggu NCD, dan korang boleh claim dengan gumbira ^^


Terlampau panjang penerangan? Mahap lah. Makcik terlebih banyak idea pulak. Tak pandai nak stop. This entry is dedicated to one of my friend, yg semalam baru je windscreen kereta retak kena batu. Aku baru bgtahu cara ni tadi, sekali suaminya dah pun bawak pegj kedai, bayar cash untuk cermin baru. Ish ish ish. Terlambat pulak share. Padahal, katanya lagi seminggu je roadtax nak mati. Alahai. Takpelah, tak ade rezeki. Tapi, next time dah tau kan?

windscreen retak
Kereta Kak Dayah. Sori kak lambat bagitau -_-





Apa nak buat bila windscreen kereta retak?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

13 comments

Tulis comments
avatar
February 25, 2015 at 10:07 AM

uish. Gambar yang bawah sekali. Bahaya tu..

Reply
avatar
February 25, 2015 at 12:18 PM

Memang pun. Tu yang terus tukar tak delay-delay dah.

Reply
avatar
February 25, 2015 at 12:49 PM

cracked kalau kat atas xpe lagi, tapi kalau cracked dekat ngan dashboard tu selalunya akan cepatlah pecah huhu

Reply
avatar
February 25, 2015 at 12:55 PM

Oh, yeke? Baru tau. Ingat crack tu boleh je tampal-tampal kat mana-mana. Nasib cepat tukar cermin baru. Bahaya betul.

Reply
avatar
February 26, 2015 at 12:51 AM

bahayanya...takot plak tengokk pic yg last tu..

Reply
avatar
February 26, 2015 at 10:14 AM

Kan? Katanya batu besar dari lori yang melayang kena cermin. Kuss semangat. Nasib tak terus pecah berderai. Lepas jadi mcm ni, rasanya memang x akan miss add Windscreen coverage dah. Huhu

Reply
avatar
February 26, 2015 at 10:15 AM

Sy ok aje awak. Hehehe. Kawan opish yang kempis poket bayor tukar windscreen baru ^^

Reply
avatar
July 3, 2015 at 9:17 AM

MAI RENEW DGN TT BRO!!TERBAIK LA TT.....

Reply
avatar
March 3, 2016 at 10:42 PM

www.autoglass.com.my
www.cerminkereta.my
harga cantik, kerja pun cantik

Reply
avatar
March 6, 2016 at 2:37 AM

Ok, noted. Will recommend my friend to both of the web =)

Reply
avatar
June 12, 2016 at 9:37 PM

hi..slmt ptg mau tnya
kejadian cermin pecah: 11/6/2016
insuran xpire: bln 12
insuran skrg x cover windscreen...
soalan sy..adakah laporan polis kena buat skrg atau on bln 12? sebab nak tunggu roadtx xpired then apply for windscreen...

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:45 PM

Kalau retak cermin tak severe, better tunggu sampai bulan 12, renew roadtax & insurance baru dan add-on coverage for windscreen. Rasanya tak perlu report polis. Cari bengkel yang terima payment thru claim insurance.

Tapi kalau severe, dptkan list bengkel panel company insurans skrg, dan tanya if boleh claim later (means bayar dguna duit sendiri dulu) bila dah renew roadtax.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+