Nurul Shahira:

Saturday, February 28, 2015

Tengok Online: Slot Akasia TV3: Teman Lelaki Upahan

February 28, 2015 2 Comments
Hai, peminat drama Teman lelaki Upahan. Nak tanya korang, sebab apa korang tengok drama ni? Overall lah kan. Sebab apa? Sebab cerita ni memang best? Sebab cerita ni lain daripada yang lain? Sebab pelakon dia kelakar? Atau sebab pelakon dia korang minat? Which one?

Kalau aku, aku tengok cerita ni sebab pelakon dia ok lah, kelakar, tak kayu macam drama sebelum ni (ewwah, bukan main lagi jadi pengkritik tetap!) , dan juga dan juga dan juga pelakon juga. Ahahahahaha. OK, sebenarnya, 100% sebab pelakon. EL sangat kelakar dalam drama ni. Korang toksah tipu lah kata tak terhibur dengan mimik muka dia. Bhahahahaha.


Tonton Online Teman Lelaki Upahan Full Episode
Teman Lelaki Upahan




Enjoy! ^^

Episod 1 l Episod 2 l Episod 3 l Episod 4

Episod 5Episod 6 l Episod 7 l Episod 8

Episod 9Episod 10 l Episod 11 l Episod 12


Kursus pendek 28 Februari 2015

February 28, 2015 4 Comments
Assalamualaikum

Hari ini, kena bekerja lebih masa. Jadi pembantu penceramah untuk kursus pendek 'Pembuatan Tartlet (Fruit & Cheese tart)'. Ewwahhh, macam hebat aje kan jadi pembantu penceramah? Padahal, pembantu tu sebenarnya tukang tengok dan jadi tukang angkat barang aje. Bhahahahahaha. Yang berkuasa 100% adalah penceramah.  

Tapi, ahri ni, bukan setakat kursus tartlet aje, ade lagi 5 kursus yang berjalan serentak. Antaranya, kursus Qufi Murabba (tulisan khat berkomputer), kursus servis asas kenderaan ringan, kursus solekan makan malam, kursus asas bahasa korea 'annahaseo' (betul ke tak? hantam aje ^^) dan jahitan awning tudung.

Ni antara gambar yang photographer rasmi ambil. Nak harap henpon aku yang super-duper canggih tu? Errr. Risau terlampau bersinar. Tak nampak apa yang nak difokus. Ekekekeke.

Kursus asas bahasa Korea

 Cikgu bahasa korea ni, memang langsung tak boleh cakap melayu. English pun sikit-sikit, tapi still kita boleh faham. Kawan aku yang jadi urusetia kursus ni pun pening-pening nak bercakap dengan dia. Hehehehehe. Bolehlah feeling-feeling kat Korea.


 Kursus servis asas kenderaan ringan

 Mula-mula kelas teori dulu. Teori buat kat bilik kuliah sebab kelas tart ke-2 buat kat bilik kuliah bengkel automotif. Kelas tart yang pertama dalam Dewan Syarahan. Yang kelas ke-2 tu, kesian kan? Anduk bha. Nda da sudah tempat lain mau buat kursus. Tolong besarkan bangunan kolej ni boleh bos?


Kursus solekan makan malam


Kursus  Qufi Murabba (tulisan khat berkomputer)


Penceramah dengan urusetia kursus ni, dua-dua ustaz dengan ustazah. Ustazah ni memang sempoi giler, kelakar, funny, best lah. Hehehe. Kalau dalam meeting tu, suara dia yang paling jelas^^. Peserta kursus ni budak-budak kiut-miut aje, semangat betul nak belajar Qufi Murabba ni ye :)


Kursus jahitan awning tudung


Kursus jahitan awning tudung ni best giler!!!! Peserta datang pakai tudung lain, bawa kain sendiri, pihak penceramah memang ajar step-by-step jahit awning tudung. Memang kemas jahitan, tengok cantik terletak aje. 

Peserta datang melawat tapak kursus kitorang, pakai tudung baru siap, wah wah wah, dah macam jahitan kat kedai pulak. Gojes! Nak order satu!


Kursus pembuatan tartlet (Fruit & Cheese tart)
 Tuan tanah pakai tudung maroon tu. Itu macam jadi mandur perati peserta timbang tepung, gula dengan butter. Konon hebat bagitahu

"Letak dulu bekas ni atas penimbang, lepas tu baru tekan button 'tare'. Lepas tu baru masukkan tepung 290g."

Poyo. Nampak debab tak? -_-

 Ini baru penceramah sebenar. Terer akak ni. Multi-task. Padahal tugas hakiki sebenar pensyarah komputer. Penceramah ni rajin melawat tapak kursus lain. Tu yang ada gambar dia kat Kursus Jahitan Awning.

"Kalau dah namanya gigirl, mesti kena pandai masak. Biasalah tu, bukaknnya terer pun!"

"Haip, sadap u! Mana ada biasa gigirl pandai masak. Aku tak pandai je. So, aku ni kira kategori luar biasalah? Luar alam?" 

"Err, no komen!"



 Tuan tanah pagi tadi sebelum nak keluar pegi keje. Konon pemalu lah tu tutup muka. Poyo sangat. Ceh @@

Eh, nampak pulak berkerak nau cermin rumah aku.



Friday, February 27, 2015

Kembalikan muka berminyak kepada kulit yang sihat

February 27, 2015 2 Comments
Pagi tadi lepas mandi, basuh muka, rasa muka tegang. Pelik jugak, selalu ok aje rase? Macam lembut-lembut je kulit muka? Rasa macam kena suntik botoks. Ekekekeke. *Poooddahh* Fikir jugak, pencuci muka memang gunakan brand yang sama. In fact, walaupun baru jugak bertukar pencuci muka baru, tapi yang ini dah masuk second tube. First tube habis dengan cemerlang di muka aku. Dan ada aku pernah kata?


" I really-really L-O-V-E this Himalaya Purifying cleanser"

Aku siap beli scrub & mask lagi sebab suka giler brand ni. Muka aku yang banyak giler jerawat pandai berkurang tau! Tak payah bergantung kepada krim jerawat yang harsh to skin anymore :). 

So, aku suspek, ini ada kaitan dengan cuaca sekarang. Rata-rata dalam surat khabar, tv, radio, takpun dalam blog, oh, bukan main ramai yang update mngenai fenomena panas luar biasa yang kemungkinan akan berpanjangan sehingga hujung bulan Mac ni. Kejap. Hujung bulan Mac? Really? Lamanye! Huh. Bila tengok muka sendiri, bibir pun dah mengelupas, kering pucat. Padahal dah cover dengan pakai lipbalm setiap 5 jam. Uhuhuhu.

Muka aku dulu-dulu, memang berminyak. Ini serius punya berminyak, yang bila aku cuci muka pagi pukul 6.30 pagi, pukul 8.30 dah berminyak boleh goreng ikan. Kalau tadah, perah, agaknya boleh dapat 1 bekas. Euuuwwww.

Bila cari-cari, surf-surf, terjumpa pasal video ni:

Beautiful Skin Remedy by bubzbeauty


Dalam video ni, skin remedy yang digunakan dan dicadangkan adalah dengan menggunakan oats. Quaker oats yang macam ni, aku dah beli siap-siap sebab katanya juga, boleh cerahkan muka secara semulajadi. Wow. Siapa yang taknak cerah kan? 

Quaker Cook Oatmeal


Ada lagi yg dicadangkan adalah menggunakan pelembab muka yg sesuai. Lepas aje cuci muka, terus pakai pelembab muka. Jangan kata muka kering aje yg kena pakai moisturizer, muka berminyak pun kena pakai jugak. Dan ada 1 brand yg sangat best, sangat sesuai untuk kulit berminyak, mahupun kulit kering. Apa dia? Ini.

Physiogel hypoallergenic


Pelembap Physiogel ni, sangat sesuai untuk kulit yg sensitif. Rata-rata aku baca review, memang depa puji lah. Ada yg guna sebab ada masalah ekzema, kulit terlampau sensitif dan dalam youtube video atas ni, kulit berminyak berjerawat.

Sebenarnya, kulit yg terlampau berminyak, sensitif, kena habuk sikit keluar rash, jerawat, sebab lapisan bawah kulit kering. Tapi lapisan atas berminyak. Jadi, kita-kita yg kulit berminyak ni, banyak kali cuci muka sbb rasa muka tak bersih, kan? Sebab tu cuci muka doploh kali sehari.

Ingat minyak kat muka boleh berkurangan. Salah sebenarnya. Cuci muka banyak kali buat lapisan bawah kulit jadi lebih kering. Keadaan ini akan meransang kelenjar minyak untuk lebih aktif bekerja keluarkan minyak.

Physiogel ni, yg bagusnya berbanding brand yg lain, adalah kerana dia akan normalise sensitive skin back to normal skin. Tu yg sesuai, tak kira kulit kering / berminyak.


Kesan akibat sinaran matahari, mandi shower air panas, air klorin swimming pool (lepas swimming x reti nk mandi air paip balik ke?), air conditioning dan pencemaran antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kulit kita jadi x sihat & overly sensitif.

Sekarang Physiogel bagi FREE sample kepada pengguna yang memohon dalam website diorang. Just isi beberapa details, and of u go :). Ada lagi best, sertai survey 'tell us about your skin' macam dalam banner di bawah, dan korang berpeluang untuk menang Physiogel gift pack. 

Aku dah request free sample & buat survey ni. Korang yang nak cuba, tapi belum ada hati nak beli sendiri, boleh request dari Physiogel.



Macam mana nak request? Haaaaa, senang aje. Kalau nampak banner macam kat bawah ni menari gelek kat blog aku, klik la ye :)



Bai. Anyeong^^



Mini giveaway by Shahira

February 27, 2015 48 Comments
**Ini adalah sticky post yang telah digam kuat-kuat dengan gam gajah. Sila scrol ke bawah untuk latest entry




Bismillahirrahmanirrahim

Suka masak tak? Suka? Ehem. Moh ler join mini giveaway aku ni :)

Mini giveaway by Shahira


Kiralah rakan-rakan sekalian untuk sudi join mini giveaway yang aku anjurkan ni ye. Berdebar-debar jugak kalau tak ade participant. First time ni. Huhu. Tapi, Oleh sebab, beberapa minggu ni, aku akan bertambah bizi disebabkan student baru mendaftar, kira ini masa yg sesuai lah nk buat mini giveaway ni.


Syarat-syaratnya mudah aje:-

★★ Terbuka kepada semua blogger
★★Follow blog ini
★★Follow Google+ aku
 ★★Like FB Page Chef Ammar Spices Online
★★Copy paste banner & buat entry bertajuk 
"Mini giveaway by Shahira"
★★Back Link kan banner ke sini & tinggalkan url di kotak komen


TARIKH TUTUP: 8 Mac 2015
♥TIGA (3) Pemenang akan dipilih melalui random.org.
♥Hadiahnya adalah:

Rempah Chef Ammar. Ada 3 jenis, antara rempah Kabsah, Beriyani & Bukhari. Tapi, tak boleh pilih pun, hehe^^


Rempah ni boleh digunakan untuk masak nasi arab kabsah, beriyani, bukhari, mandy dan macam-macam lagi lah. Perap ayam ikan lepas tu bakar pun boleh. Resepi guna rempah ni ada banyak dalam intenet. Boleh google. :)

 Akak-akak, adik-adik gojes yang suka masak, tapi tak pernah try rempah ni, boleh la try ye. Aku suka je buat ayam bakar guna rempah ni, kabsah terutamanya. Ada resepi mudah yang aku selalu buat, ada aku post.

Senarai peserta akan diupdate dari masa ke semasa, bergantung kepada tahap kebizian. Nanti aku blogwalking sorang-sorang ye. Tq^^

Terima kasih datang & membaca entry ini! ^^

Thursday, February 26, 2015

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

February 26, 2015 1 Comments
Assalamualaikum

Rakan-rakan, jom terjah dan support serta join segmen blogwalking blogger Ayu Insyirah. Segmen berjalan dari 28 Jan hingga 28 Feb 2015 hingga jam 10.00 malam. Haaa, dah nak tamat tempoh. Cepat-cepat-cepat. Sempat lagi nak meriahkan segmen ni ^^


Klik banner untuk join


P/s: Tuan belog, saya dah gam kuat-kuat di ruangan komen ye :)




Welcome aboard guys.

February 26, 2015 6 Comments
Assalamualaikum & gud evening

Semalam adalah Hari Pendaftaran Pelajar Baru sesi Mac 2015 di kolej. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Di kolej ni, pengambilan pelajar baru adalah sebanyak 3 kali setahun, which is pada setiap bulan mac, Julai dan November. Banyak kan intake? Kalah universiti, hehehe. XD

Jadi, lepas punch-card jam 7.25 am (cewwah, itu pun nak khabarkan kat orang. Tak heran lah! ), terus berkejar pergi sarapan. Pergi kedai yang dekat-dekat aje, adelah dalam 2 minit perjalanan naik kereta. Pelik kan? Dekat bebenor pun nak kain kereta jugak? 

Hurm. Itu petanda sayang lelemak. Hehehe. Dan tak rock lah pakai heels, tapi jalan kaki-lenggang-kangkung pegi breakfast. Apa orang kata? Tak vouge gitu *pang sedas, vouge lah sangat*

Sampai kolej, tengok dah agak ramai pelajar baru bersama para ibu bapa yang dah sampai. Bagus! Semangat ini yang kita nak! Berawal-awal dalam semua perkara. Nampak semangat nak belajar di sini. Alhamdulillah, sejuk hati cikgu ni awak-awak semua baik macam ni ^^. 

Kaunter semakan & pertanyaan

Kaunter bayaran yuran pengajian


Untuk memudahkan proses pendaftaran, ada beberapa kaunter diwujudkan. Antaranya, kaunter semakan, yuran pengajian, Insurans, koperasi, asrama, fotografi dan yang terakhir, kaunter pendaftaran bersama pensyarah kelas. Kaunter pendaftaran ini dibahagikan mengikut kursus yang ditawarkan.

Dalam usaha taknak lah jem tengah jalan, masih juga ada masalah. Server sistem bermasalah. Capaian internet jadi lambat yang amat. Jadi, proses pembayaran yuran dan pendaftaran pelajar secara atas talian terganggu. Masalah ni memang selalu jadi setiap kali pendaftaran kerana pada hari yang sama, semua kolej turut mengadakan pendaftaran. So, crowded server. Siapa cepat, kuat dia menang! And in our case, kitorang termasuk dalam kategori, errrrr, kureng bernasib baik. Huhuhuhu

Takpe lah, kurang bernasib baik, bukan tak bernasib baik, kan? Positive, positive, positive. After all, masih boleh mendaftar atas-talian, cuma L-E-M-B-A-P aje. No wories ;)

Antara bakal pelajar

Aku selalu tengok, student-student aku ni bergaya sungguhla. Comel toksah cerita. Memang comel. Tu bukti kat atas tu. Itu pun baru 2 orang aku tunjuk. Aku rasa, aku perlu berguru dengan student sendiri, how to become 'comel' like them. Tengok kat cermin


"Eh, awat outdated nau cikgu ni?"


Melankolik dalaman. Dulu masa kerja kilang di Rawang, aku memang terbiasa tak melaram. nak pakai lipstick, eyeshadow segala? Rentikanlah. Dah la kerja kilang yang ada stamping machine, panas oiii. baru masuk 5 minit, habis cair semua bedak, lipstick aku. Rugi. Dan buat aku jadi mak lampir bila bedak cair bertompok-tompok.

Habit tak pakai mekap aku bawak sampai lah jadi cikgu ni. Uhuhuhu. Padahal mak selalu pesan,

"Jadi cikgu kena lawa-lawa, baru anak murid berminat"


" Ira natural beauty mak, tak mekap pun cantik"

Muntah darah dengar! *Pang sedas* @@


Actually kan, kite nak cerita pasal pendaftaran pelajar baru. Kenapa cerita pasal mekap ni segala? Let's treasure the moments you leave behind later. Lagipun, zaman-zaman jadi minah kilang dah berkubur. Jangan dikenang benda yang lepas -_-


Let's get back to our story.

Tuan Pengarah 




Dalam pukul 10.00 pagi macam tu, para ibu bapa dan pelajar yang telah selesai mendaftar perlu masuk ke Taklimat bersama Pengarah di perpustakaan. Taklimat ini penting sangat. Even pelajar yang belum mendaftar pun kami gesa minta masuk taklimat ni. Masa ni lah, para pelajar dan ibu bapa akan kenal dengan tuan pengarah. Ini tidak, ada pula pelajar yang tak kenal pengarah kolej sendiri selama 2 tahun pengajian. Fengsan




"We've fail many times, although we don't remember,
We fell down the first time we tried to walk,
We almost drown the first time we tried to swim,

Don't worry about failure, 
Worry about the chances we miss when we fail to try"


Kepada bakal pelapis peneraju masyarakat: All the best and be the best !!




Terima kasih singgah & baca entry ini^^








Wednesday, February 25, 2015

Apa nak buat bila windscreen kereta retak?

February 25, 2015 13 Comments
Assalamualaikum

Soalan aku hari ni, apa yang kita nak buat bila cermin hadapan kereta atau windscreen bukan-Lamboghini-kesayangan-kita retak? Apa nak buat ye? Hantar terus pergi kedai Dr. Cermin dan tukar yang baru terus? Bayar cash?

"Berapa pun, hatta RM1,000 pun aku sanggup, asalkan kereta kesayangan aku ok" 
(Cewwahhh, guna bahasa baku hatta konon. Ini semua gara-gara bos baru yg sedang menerapkan unsur-unsur kebakuan dalam penulisan)


Oh no. Uols dah silap langkah. Bukan silap langkah ke lorong hitam, tapi silap bila korang terus keluarkan duit sendiri untuk bayar harga windscreen original (mestilah nak ori kan?). Kan mahal cermin ori tu bila kita boleh claim dengan pihak Insuran untuk bayar harga windscreen kereta kita.


"Tak leceh ke nak claim Insurans segala ni? Nak kene report polis semua kan?"

Jawapan dia, memang leceh sikit. Sebab, mula-mula kena  buat police report regarding the accident. Maklumkan kepada wakil Insurans yg windscreen retak / pecah & nak ganti yg baru. Wakil Insurans akan suggest kedai mana yg terima claim (ataupun korang boleh pilih sendiri kedai kesukaan korang, but make sure the shop accept claim case). 
Lepas dapat salinan polisi Insurans, sertakan sekali salinan IC, police report, salinan geran kereta (not sure kena bawa atau tidak) dan bawa ke kedai. Towkey akan uruskan apa yg patut, dan walllahhh, korang tak perlu bayar apa-apa pun untuk windscreen baru tu :)


"Kalau tak ada Insurans windscreen macam mana?"

Errrr, ini lah yg selalu jadi masalah. Aku pun dulu pernah alami benda yg sama. Syok-syok merempit kat highway Plus nak balik Skudai dengan Saga blm 1.3cc yg boleh capai kelajuan 200km/h  *ok, itu tipu -_-*   tiba-tiba sebiji batu besar penumbuk dari mana ntah melayang, kena windscreen lalu hatiku pun retak seribu......

Ini gambar masa mula-mula retak. 1st day. 2nd dah dan seterusnya, retak memanjang, menjalar macam ulau-melingkau-diatas-pagau.


Untung jadi anak perempuan. Bila jadi hal macam ni, terus roger-roger abah. Bila dah pot-pet-pot-pet cerita kat abah, takut ni kena marah, rupanya abah tak marah pun. :). Siap gelak-gelak lagi.

"Apa lah akak ni, biasa lah tu terkena batu. Takpe, yg penting akak selamat. Pasal cermin tu nanti akak balik abah settlekan"

Wuwuwuwu. I ♥♥♥ u lah abah very-very much. Muah. Hehe. Tapi, masalahnya, bila aku tengok Cover Note (CN, bukan polisi Insuran), tak ada pun state about Windscreen Insurance? Macam mana ni?

Luckily, masa accident tu jadi, roadtax aku lagi 4 bulan nak mati. Jadi, penyelesaiannya, abah kata, kita tunggu sampai renew roadtax + Insuran. Baru add-in Coverage Windscreen. 


★★Rujuk sini entry Windscreen aku retak.


Tunggu dengan penuh sabar tau. Jangan bawa kereta ganas-ganas. Masa cuaca panas terik, jangan simbah air pada cermin dengan harapan cermin sejuk. No no no no. Nanti retak semakin besar bila buat mcm tu. Nak explain boleh, tapi nanti korang kena dengar term material science, nak? Satu lagi, buka sedikit cermin tingkap bila tinggalkan kereta supaya ada pengudaraan keluar masuk. Tak adalah hava terperangkap macam tu aje dalam kereta.

Ok, back to the story. After 4 month, dah renew roadtax + insurance + windscreen insurance coverage, baru buat police report. After that, boleh terus proceed ke kedai untuk tukar cermin baru :)


"Berapa aje pun Insurans boleh cover? 4 wheel vigo pun harga cermin original dah RM2,000 tau!"

Ha, sebab mahal macam tu lah, pentingnya kena ambil Coverage Windscreen. Tau tak, dengan harga RM75/year, boleh cover sehingga RM350 harga cermin kereta (harga cermin saga blm aku masa ganti baru). Untuk kereta-kereta yg besar, like Vigo, Navara, Hilux, boleh cover sehingga RM 2,000 harga cermin, tapi hanya bayar RM200/year dalam coverage Insurans. Boleh refer wakil insuran korang ye.


"Hilang tak NCD kereta bila kita guna Insuran windscreen ni?"

TAK HILANG. Kalau NCD semasa dah 45% pun, tak akan hilang pun NCD tu. Melainkan korang transfer kat aku, baru hilang NCD tu. Ekekeke.

Ok, tak lawak pun. Tsk tsk tsk -_-

Ini sebab, Coverage insurans windscreen tu dikira sebagai add-on. Nk ambik boleh, tak ambik pon boleh. Sama juga dengan coverage untuk banjir. Tak menganggu NCD, dan korang boleh claim dengan gumbira ^^


Terlampau panjang penerangan? Mahap lah. Makcik terlebih banyak idea pulak. Tak pandai nak stop. This entry is dedicated to one of my friend, yg semalam baru je windscreen kereta retak kena batu. Aku baru bgtahu cara ni tadi, sekali suaminya dah pun bawak pegj kedai, bayar cash untuk cermin baru. Ish ish ish. Terlambat pulak share. Padahal, katanya lagi seminggu je roadtax nak mati. Alahai. Takpelah, tak ade rezeki. Tapi, next time dah tau kan?

windscreen retak
Kereta Kak Dayah. Sori kak lambat bagitau -_-





Tuesday, February 24, 2015

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS

February 24, 2015 22 Comments
Assalamualaikum

Aku mengaku, aku memang kurang berjalan-jalan, blogwalking ke blog orang. Sebabnya, aku x tau mana nak pegi. Selalunya, aku akan blogwalking & baca entry pengunjung yg tinggalkan jejak kat blog aku ni.

Ha, mcm mana part yg tinggal jejak tu? Tinggal tapak kaki? Or tapak tangan berbirat? Ataupun gas kentut? -_-

Bhahahaha. Semuanya bukan ^^. Aku tengok dari widget yg aku pasang, dari komen terbaru ataupun cbox. Dan juga bloglist aku yg ada beberapa kerat blogger yg rajin menyinggah blog picisan aku. Tq lah singgah & komen ye ;)

Kadang-kadang ada lah jugak blogwalking kwn-kwn yg sama segmen / giveaway, masa tu pun dapat kawan baru :). Tapi, nk menyinggah semua segmen? Omai omai omai. X tido malam chek dibuatnya. Lagipun esok akak keje dik non -_-

Ok, dah terbabas jauh. Sebenarnya nak ajak korang join segmen blogwalking & followers blogger JM BELOG

JM BELOG. Klik banner untuk ikut.

Syaratnya pun mudah aje. Hanya perlu follow blog tuan tanah. Lepas tu buat entry dengan tajuk " SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS". Tinggalkan link url entry korang di ruangan komen tuan tanah JM BELOG. Simple rite?

Bismillah, aku join. Harap-harap lepas ni, aku akan lebih rajin berblogwalking & make new friends. :)

Eh, #Geramnye lah

February 24, 2015 9 Comments
Dalam hidup kita ni kan? Tak semua yang kita nak, kita dapat kan? Contoh paling dekat, blogging. Yeyeyeye je hapdet blog sejam sekali, dengan harapan hits UV tinggi. Ramai orang datang blog ko. Tapi? Nan hado. Kejung gitu juga. Dan blog siapakah itu? *Ehem, blog aku lah, siapa lagi?* @@. Kahkahkah. 

Ok, tak kelakar -_-

Kalau nak cerita kan, banyak je benda yang buat, eh #Geramnye, sakitnye hati kita. Nak cerita takkan habis punyalah! Ada je benda yang buat sakit hati. Kan? Ekekeke.


1) Pelajar tak buat tugasan. Kalau buat pun meniru kawan dia punya
    
Okayy, ini memang buat darah menyirap, mendidih tahap boiling point. Selalu sangat jadi kat aku. Tak tau lah nak buat macam mana lagi. Nak kata terlampau lembut dengan student? Tak jugak. 

Selalu dapat komen dari borang pencerapan, "Miss garang sangat. kedekut markah". Nak kata tempoh masa nak siapkan tugasan tak cukup? Tak cukup? Tak cukup ko kata? Unbelievable!

Seminggu tak cukup untuk siapkan tugasan yang soalan dia HANYA ada 1? Serius. Hal-hal macam ni lah yang selalu sangat buat aku membebel dekat pelajar-pelajar aku. Selalu sangat bagi alasan 

"Kat rumah tak ada komputer miss"
"Dah cari, tapi tak jumpa kat Google"
"Lupa"

Alasan last tu selalu buat aku jadi naga berapi. Grrrr. Eh, #Geramnye.


2) Tengah gosok baju pagi-pagi nak pegi keja, elektrik putus

Deng. Ini salah sendiri. Memang aku selalu gosok baju kerja pagi-pagi lepas solat subuh. Alah, korang pon sama jugak kan? Bhahahahaha. 

Subuh masuk pukul 5 pagi oiii kat sini. Dah lepas solat Subuh takkan nak tido? Kita sambung la gosok baju kan? Time-time gosok baju ni lah, elektrik putus. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Huhuhuhu. Pagi tu aku pegi keje pakai T-shirt je.

Lepas tu, dapatlah komen "Kenapa tak gosok baju malam semalam?" Eh, #Geramnye kita tau!


3) Call pakwe, tak angkat. Pakwe tak pandai return call

"Nak kena tembak, kenapa tak angkat call? Lepas tu, kenapa tak call orang balik? Tau tak orang call banyak kali sampai sakit jari.  Blablablablabla.........."


Tahap bebalan dah tahap Godzilla. Sebab tu pakwe tak return call kut? Dah tau jelmaan mak lampir nak mengamuk. Ekekekekeke. 

Eh awak, kalau tak nak angkat call, campak ajelah phone dalam longkang. Eh, #Geramnye lah!

Actually, banyak lagi kan benda yang buat kita jadi geram. Oh bulan ada buat post kelakar pasal Momen #Geramnye ni. Tengah-tengah geram, sakit hati boleh baca. Gerenti korang gelak balik. Hehehe. Boleh baca kat sini: Oh Bulan.

Oh ye, Selawat jangan lupa peeps! ^^

          


CPUV #4: Samsung Galaxy A

February 24, 2015 3 Comments
Assalamualaikum

Pagi tadi saja ja lah gatal-gatal tangan log in Nuffnang. Nak tengok berapa UV & PV yang terkumpul. Sambil-sambil tu, tengok jugak earnings.  RM0.17 je pun, tapi tetap duit jugak :)

Sekali tengok, melekat lagi CPUV baru. Patutlah nampak di blog orang, Samsung Galaxy A menari-nari. Promoted content tuuu lagi. Huntungnye pen-review henpon tu -_-

Sebelum tu, meh berkenalan dengan Samsung Galaxy A ni. Aku percaya, ramai dah dok tahan perut, lapar, mandi-tak-basah, tidur-tak-lena, makan-tak-kenyang dek penangan Samsung Galaxy A ni, kan? Ekekeke. Dah macam cerita P. Ramlee pulaks ^^

Samsung Galaxy A
Samsung Galaxy A

Dengan slogan "SLIM-STYLISH-METAL", Samsung Galaxy A hadir dengan 2 spesifikasi, A3 & A5. A5 khas untuk capaian 4G. Ko hado 4G? Hehehehe. Antara keistimewaan kali ni:

  • Slim metal design
  • Pengalaman selfie wefie thorbaik (Kamera depan aje dah 5mp. kamera belakang? 13mp bhaiii)
  • Like-life display & sound (kira kalau dengar lagu, konpius, bunyi orang borak ke orang nyanyi, vavavavavava the vast)
  • Hybrid dual-sim
  • Warna yang elegan : Black, Gold, White

Tq #Nuffnang & #Samsung bagi iklan ni kat aku. Tak dapat handphone baru, iklan pun jadilah ^^


Untuk keterangan lanjut, boleh klik iklan yang berlari-lari kat header , side bar, ataupun mana-mana yang korang nampak lah! Tak nak tau pun , boleh aje klik. Tolong isi Tabung Kawen ni ha. ^^


Happy blogging & blogwalking guys. :)


Terima kasih datang & baca entry ni ye! ^^ 



TUTORIAL: Resize blog template

February 24, 2015 2 Comments
Dah lama aku cuba cari tutorial yang boleh adjust saiz template blog aku. Bila bertukar kepada template blogskin yang baru ni, memang lah rasanya nampak lagi comel, tapi saiz post-body dengan sidebar macam tak balance

Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Aku dah cuba try di blog sendiri, dan memang ok. Alhamdulillah, sesuai dengan coding template dan memang simple mimple. Hehehe ^^ Sebelum ni pernah cuba tutorial lain, tapi leceh, banyak step, malas aku. Huhuhuhu.

Kredit kepada blogger AmalinaLee diatas awesome tutorial ni. Sekarang, nak share dengan korang. Mana tahu, ada yang nak adjust saiz template, tapi tak berjaya. Boleh cuba yang ini pulak. Jom tengok.


Tutorial: Resize blog template (Post-body & sidebar):

1. Dashboard > Option > Template > Edit HTML 

2. Tekan CTRL F dan taip wrapper:

a) Keseluruhan blog :-
#content-wrapper{ 
(template aku ct-wrapper{. Setiap template tak sama, boleh tengok betul-betul ye)

b) Post-body :-
#main-wrapper{

c) Sidebar :-
#sidebar-wrapper{
Klik untuk lebih jelas


Kalau dah jumpa coding-coding tersebut, ada perkataan "WIDTH" KAN? WIDTH tu saiz blog korang. Boleh ubah untuk dapat saiz post-body & sidebar yang bersesuaian dan sedap mata memandang :)

3. Preview template terlebih dahulu, kalau ok, tak ada error, bolehlah SAVE!           Dah siap :)






Monday, February 23, 2015

TUTORIAL: Buat scrollbar archive

February 23, 2015 2 Comments
Assalamualaikum



Tutorial lagi.  Kali ini buat tutorial untuk buat scrollbar pada archive entry yang konon-kononnya panjang berjela.  Ye lah, baru perasan, konon-konon sejak rajin berblogging (walaupun entry entah macam hape-hape), banyak juga entry-entry lama. Jenuh nak skrol down tengok entry zaman kuno dulu. Kredit to blogger Miss Durian Runtuh atas tutorial yang simple ni.

Tengah-tengah semangat nak berblogging ni, entry sehari sampai 5 kali post, rasanya sangat sesuai buat tutorial ni. Hehe. ^^ Sidebar nampak kemas dan boleh menjimatkan ruang. Langkah-langkah nak buat pun, lebih kurang sama aja dengan tutorial nak buat scrollbar pada popular post. Tak susah dan ringkas aje. 


Buat scrollbar pada archive entry
Scrollbar archive entry


Langkah-langkahnya:-

1. Dashboard > Options > Template > Edit HTML 

2. CTRL F untuk cari:
 <div id='ArchiveList'>

Klik untuk lebih jelas

3. Dah jumpa <div id='ArchiveList'> , 
   korang akan jumpa setting asal <div class='widget-content'>

4. Tukar <div class='widget-content'> ,
    kepada <div class='widget-content' style='overflow:auto; height:180px'>

Nota:
Tulisan warna merah tu, adalah saiz tinggi kotak scrollbar. Boleh tukar ikut kesesuaian. Aku tukar kepada saiz 300px.

Klik untuk lebih jelas

5. Preview template. Kalau tak ada apa-apa masalah, boleh SAVE. Siap. Piece of cake kan? ^^


Follow Us @soratemplates

Followers

Google+