SweetMuslimah.com

Monday, January 19, 2015

Tips untuk berjimat di tahun 2015

Dah 16 hari kita semua melangkah ke tahun 2015 kan? Macam mana dengan 16 hari ni? Ok tak? Ke sama je keadaan macam tahun 2014?

Bagi aku, tahun 2015 ni, merupakan tahun yang agak getir. Dengan masalah kewangan yang melanda family, rasanya, tahun ni merupakan tahun terbaik untuk mula muhasabah diri, kurangkan perbelanjaan untuk benda-benda yang kurang penting dan usaha untuk memperbaiki aliran kewangan agar lebih stabil dan teratur. Mungkin dengan beberapa langkah ni, kita boleh dapat sedikit lebihan tunai yang boleh disimpan! Simpanan menjamin masa depan.

So, aku nak share beberapa tips yang aku dapat hasil pembacaan. Mungkin boleh dipraktiskan bagi yang baru nak bermula macam aku.

  1. Simpan 10% daripada keseluruhan wang gaji / pendapatan.



Sebagusnya, korang simpan 10% daripada gaji, khas untuk simpanan. Jangan usik! Tampo tangan tu kalau gatal-gatal nak shopping!

Kalau gaji bersih korang RM2,000. So, simpanlah RM200. Kalau RM1 juta. So, simpanlah RM100 ribu. Kalau dapat simpan lagi banyak lagi bagus. Simpan pulak dekat tempat yang korang susah nak keluarkan, sebagai contoh, Tabung Haji (TH) atau ASB. Tempat-tempat yang korang nak keluarkan duit kena guna buku. Bukan guna kad ATM je, tekan, terus keluar duit. Bahaya macam tu!

Simpanan ni, berguna bila kita betul-betul terdesak. Bayangkan kalau korang langsung takdak savings? Ha, haram jadah jadinya.

2. Tetapkan duit perbelanjaan untuk seminggu / sebulan
Yang aku buat macam ni. Aku buat anggaran berapa aku akan guna dalam seminggu. Duit makan + minyak kereta. Biasanya, aku isi minyak kereta RM 50 untuk seminggu. Part kete dah settle. So makan. Berapa banyak yang ko biasa makan seminggu? Aku bagi diri aku RM50 je seminggu.Kalau duit habis sebelum hari Jumaat? Apa lagi, puasalah!
Percayalah, mula-mula memang rasa macam, eh, aku dah papa kedana ke save-save duit ni? Tapikan, as u treasure the road, u can see how much u save. Eh, pekebende aku merepek tu?

3. Kurangkan makan diluar



Makan luar ni maksudnya, breakfast, dinner atau lunch. Bukan makan luar yang versi buaya tu!
Kalau yang dah kawen lagi huntung, boleh mintak wifey terchenta masakkan sarapan, makan kat rumah. Lunch sahaja makan kat luar. Jadi, jimat RM disitu. Bayangkan kalau sebelum ni 2 kali makan:
         Breakfast : Mamak = Teh O Ais = RM 1.20
                                   = Meehon goreng ayam = RM 6.00
                       : RM 7.20

         Lunch : Nasi campur warung Kak Senah = RM 9.00

Jumlah untuk 1 hari makan = RM16.20. Memang la RM50/weeks tak cukup!

Cadangan aku untuk itu: 
a) Makan breakfast kat rumah dengan wifey terchenta. Baru hubungan lebih erat. Cewwah.
b) Tak kawen lagi? Ala, u breakfast la kat rumah sensorang. Tak pun bawak bekal breakfast makan kat opis. Meriah opis kan?
c) Bawak bekal untuk lunch sekali. Ewah. Ini memang paling LEGEND!

"Bro, tak macho la bawak bekal pegi opis"

Eh, yang cakap tu dah banyak duit ke? Jangan pedulikan! Ko nak sengkek tengah bulan. Atau loaded dan happy setiap bulan?

4. Tuliskan apa nak dibeli / perbelanjaan rumah



Kalau pegi shopping kat Giant tu, beringat sikit! Jangan nak sauk semua bende je! Beli barang ikut keperluan. SEbaiknya, tulis dalam kertas, bende apa yang ko nak beli. Jangan beli bende selain daripada apa yang ditulis! 



So far, aku sedang praktiskan semua langkah ni. Dan, memang betul, aliran tunai aku bertambah baik. Kalau dulu, RM50 tu x cukup nak survive sampai seminggu, now, alhamdulillah, siap ada baki lagi.

Siapa kata, gaji ciput tak boleh menabung? Yang penting adalah cara perbelanjaan, dan strategi penjimatan. Kalau dah makan 3 kali sehari. Pagi makan mapley, tengahari makan Kepsi, malam makan pizza. 

Hey, tokey lombong emas pun boleh bankrap okey!

Yang penting: UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

Tata, ade banyak lagi tips rasanya. Tapi, kalau 4 ni pun x mampu buat, lupekanlah lagi seploh tu! Bak kata orang, kalau tak mampu nak handle isteri sorang, jangan harap la nak kawen lagi sorang!

 Hahaha. Bai. 

Gambar: Kredit Google


Tips untuk berjimat di tahun 2015
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
February 5, 2015 at 6:58 PM

betul3...tips no.3 mmg sy praktik kan... jom sama2 berjimat, pnuhkn tabung ayam =)

Reply
avatar
February 5, 2015 at 9:29 PM

tulah. Sekarang kena usaha penuhkan tabung ayam. Kena rajin masak kat rumah:)
Jumlah sama-sama kita berjimat cermat.

"Berjimat-cermat amalan mulia. :)"

Reply
avatar
February 5, 2015 at 9:50 PM

Kempen bwk bekal ke opis =D

Reply
avatar
February 5, 2015 at 10:08 PM

Yezzzaa, betul. Sekarang sy pun bawak bekal pegi ofis. Untuk lunch. Jimat duit:)

Nanti boleh la share-share menu bekal awak ye. :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+