SweetMuslimah.com

Monday, January 26, 2015

Tawau. Hasil laut murah. Jom lah shopping!

Assalam. 

Hai. Nak tanya. Korang suka makan ikan bilis tak? Udang kering? Atau pun udang geragau buat jemput-jemput tu? Sukeee? Ehem. 

Semua sedia maklum yang aku ni, currently adalah pemastautin tetap di Sabah. Tawau. Dan di Tawau ni, selain seafood yang meriah dan murah, heaven dunia buat seafood lover, Tawau jugak ada hasil laut kering yang super duper best. Kenapa best? Sebab ikan bilis dia bersih, tak liat bila goreng. Udang kering pun comel lote uols. Tu sebab jadi mangsa kena bawa barang pesanan setiap kali balik bercuti >_<


Ni udang kering dan ikan bilis siap kopek. Tau tak, setiap kali aku balik rumah, cuti buat barang seminggu dua, mesti bawak balik. Kadang-kadang sampai 5kg sekali bawak naik kabin. Bila bawak balik, mak simpan 2kg untuk stok di rumah, the rest mak bagi kakak, mak mertua kakak dan kawan-kawan jiran mak. Punya lah meriah jalinan perhubungan itu. Ewwah.


Tengok, memang rumah aku guna ikan bilis ni. Dah siap kopek, senang. Boleh terus masak.



Ni antara kedai yang Kak Aini selalu borong. Kedai Fhung Pin Marine Products. Nama kedai cina punya kan? Tapi jangan risau, barang-barang dalam tu, dia ambil dari pembekal bukan cina. Biasanya di Inderasabah yang terkenal sebagai perkampungan nelayan yang mengeluarkan hasil-hasil laut kering yang berkualiti. 

Tapi, tempat feberet aku kat Pasar Tanjung. Peh. Banyak pilihan dan boleh compare harga. Kalau beli banyak sampai berkilo-kilo, boleh mintak owner stall yang korang shopping tu bungkuskan dalam kotak. Percuma sahaja perkhidmatan pembungkusan tu tau!

Kalau di KK (Kota Kinabalu) pun ada jugak jual barang-barang kering ni. Banyak tempat, biasanya di Pasar Filipin atau Pasar Kering, tapi harga yang ditawarkan agak mahal berbanding di Tawau ni. Jadi, kalau korang nak bercuti di Semporna tu, bersnorkling di Pulau Mabul, Kapalai mahupun Sipadan, jangan lupa bawak balik ole-ole untuk family dan kawan-kawan hasil laut kering Tawau ni ye! Lobster, udang galah, udang harimau, ketam, ikan kerapu, ikan manyung@mayong yang sedap masak asam pedas tuuuuu. Murah-murah tau! 

Nah, bagi teaser gambar kat Pasar Ikan:

Udang galah

Ikan kembong hanya RM4/kg. Kadang-kadang boleh juga turun serendah RM3/kg. Murah kan? Ikan-ikan ni semua fresh-fresh lagi tau! Baru naik dari laut lagi


Ikan merah yang besar punya. Biasanya, ikan-ikan yang besar peniaga potong / belah dua macam dalam gambar ni. Ikan tuna yang sebesar baby 2 bulan pun ada. Pemandangan biasa tu.


Rumpai laut fresh

Ikan buntal? Tak tahu macam mana cara makan. Tapi, ikan ni memang banyak dijual di pasar ikan. 


Nak datang sini, better naik Mas. Sebab, shopping barang basah boleh bawak naik kargo. So, boleh beli sampai 30kg sotong + udang + kerapu +......... Ikut apa yang korang shopping. Kalau Air Asia, polisi diorang tak benarkan bawa barang basah untuk kargo. Tapi tak pasti kalau-kalau Tawau je yang macam tu.

Aku dah dapat kenalpasti faktor 'X' penyebab kegemukan aku selepas hanya 2 tahun kat sini. Suka makan ditambah pakej makanan laut murah sebab dia. Bayangkan, ketam bunga saiz tapak tangan baru RM12/kg. Hihi. Mana Tak semangat borong seafood.



Nasi goreng ketam! Sup ketam! 

Ini keistimewaan duduk kat tempat yang kaya dengan hasil laut. Lain tempat, lain kelebihan dia. So, kalau datang Tawau, be remember to grab all those ole-ole ye. Rugi tau datang x shopping banyak-banyak.

P/s: Akhirnya jumpa juga PTPTN. Itu pun aku keluar hari Ahad semata-mata nak hantar barang dekat Stesen Bas Tawau. Baru jumpa. 


Wahai PTPTN, janganlah dikau tambah hutangku yang berjumlah RM63 itu. Tunggulah kedatanganku untuk menaghabiskan kau! Ekekeke. Sekian.


Hari hujan sedap jugak pekena teh dengan roti cicah samabl sardin. Wah. Patutlah babat-babat semakin berlipat (sambil cicah roti dengan sambal sardin) >_<






Tawau. Hasil laut murah. Jom lah shopping!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
September 26, 2016 at 3:43 PM

Hai. Boleh tahu tak camne dan di mana beli ketam lobster kerapu dan udang tu utk balik semenanjung?

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:33 PM

Kalau kat Tawau, boleh beli di Pasar Tawau / Pasar Sin Onn. Diorang ada servis untuk bekukan & polisterin sekali.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+