SweetMuslimah.com

Thursday, January 15, 2015

Selamat jalan Kak Lyn. Semoga lebih sukses ditempat baru.

Semalam adalah hari terakhir Kak Janilyn, atau lebih manja kitorang panggil Kak Lyn, librarian di kolej ni. Aku kenal Kak Lyn ni melalui Kak Aini. Sebab Kak Aini ni yang mula-mula rapat dengan geng-geng library ni. Nak harap aku? Nah, jangan harap. Berat mulut betul. Sombong! 

So, semalam, one whole day ya kitorang meraikan orang nak berpindah ni. Tengahari, Kak Lyn and the geng (Multimedia geng) ke Sri Titingan, makan seafood sokmo. Sodap weh makan kat situ. Aku baru plan nak bawak Kak Lyn makan kat situ untuk dinner. Punah harapan. Petangnya, dalam jam 3.30 petang, lagi sekali kitorang buat farewell party untuk Kak Lyn. This time, jemputan terhad kepada pegawai kanan sahaja, gara-gara kekangan masa dan duit. Makan kepsi uools walau kekangan duit. Hihi.

Malam, lepas maghrib, maka bermulalah misi kitorang membuat farewell party kali ketiga untuk Kak Lyn. Kali ni, hanya kitorang 3 beradik je, aku, Kak Lyn dan Kak Aini. Lepas jemput Kak Aini kat rumah, kitorang ke Swan Cake House dulu, beli blueberry cake. Lepas tu, zassssssss, jemput Kak Lyn dan makannnnnnn. Tempat yang dituju? Sri Titingan Steambot. (Sri Titingan lagi, macam takde tempat lain? (-_-)

 

Banyak jugak kitorang 3 orang makan okey. Ada dalam 2 jam jugak melantak. Depan meja kitorang ada 1 group laki. Kitorang sampai lebih kurang masa yang sama, tapi depa dah habis makan, balik, kitorang still mengunyah lagi. bayangkan, betapa hebatnya compartment kitorang? Tehehehe.


Tembikai celup dalam air sirap adalah paling sodap didonia. Sejuk2 makan dengan ais pun sodap sampai boleh pengsan.


Blueberry cake from Swan Cake House. Baru RM 32. Sedap. First time makan kek kat Swan cake House ni semalam.

Kak Aini yang eksaited bersteambot. 


Gambar orang puas hati + kenyang perut. Semangat betul masing-masing. Kak Lyn tu pregnant ya, tapi, dalam gambar ni aku yang nampak paling gemooook. Ni semua salah cardigant! (tak sedar diri betul!)

Gemokkk lagi. Lengan aku tu dah macam balak. Jangan main-main ha, sekali aku lesing, mau trauma korang nanti! Ekekeke

Habis makan steambot, makan kek pulak. Nak jugak suap-suap.

Bon voyage Kak Lyn. Semoga lebih sukses ditempat baru. Dan semoga penghijrahan ini membawa kebaikan kepada semua orang, baik yang meninggalkan dan ditinggalkan. U're the most inspiring and motivating sis. Hope, pengganti akak akan bawa aura positif macam yang akak sebarkan sebelum ini.

To Kak Aini>>>>> Be strong. Allah ada dengan kita. :):):)


P/s: Steambot 1 pax = RM 20 je. Murah dan berbaloi-baloi.

Selamat jalan Kak Lyn. Semoga lebih sukses ditempat baru.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+