SweetMuslimah.com

Wednesday, January 28, 2015

Selalu makan buntut ayam goreng?

Malam Isnin yang lepas, aku dan Kak Aini buat ala food-hunting la konon. Mencari tempat-tempat makan best, hasil recommendation kawan-kawan. Maka, sebagai seorang yang sangat mempercayai etika persahabatan, aku sangat percaya bahawasanya tempat makan tersebut sangat awesooomme

So, let's us be a predator and hunt the awesome food!! Yehaaaaaa   *sila keluarkan gigi taring dan air liur menjejeh-jejeh macam movie Alien vs predator*

Tapi, sebelum itu, singgah dulu 1Homeware Tawau. Beli barang letrik dulu. Wayar, mentol dan entah apa lagi. First time sampai sini, walaupun 1Homeware ni dah beberapa bulan wujud. Besar dan ada stail kilang. Kalaulah aku ada rumah sendiri / dah kawen dan ada anak, mau meroyan, gila dunia kat sini (tak kawen lagi pun dah selalu meroyan) *rolling eyes*


 


Kita dah jumpe Kak Aini, snap sikit gambar dia, hehehehe^_^

Nun jauh disanaaaaaa, bolehkah ku sampai



Bahagian barangan elektrik. Ada banyak pilihan sampai jadi rambang mata *aku selalu je rambang mata, ntah hape-hape ntah*

Tengok harga deep fry cooker dalam RM1++. Multi-purpose cooker RM1++ jugak. Memang harga standard cam gitu eh?

Tak sampai habis menjelajah dunia 1Homeware ni, sesungguhnya masa amat mencemburui kita. Dengan ini, saya merasmikan pembukaan kedai ini......Pang sedas!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tujuan utama anak dan mak dara keluar malam-malam adalah nak makan buntut ayam. Hehehehe. B-U-N-T-U-T ayam? Seriously? Kenal buntut ayam tak?

 Nah, kasi up lagi untuk lagi jelas. Macam love-love gitu bentuk dia. Awwww. Eiffel, Im In Love
 

Kedai yang kitorang pegi ni nama dia "Goreng-goreng". Semua makanan dia, goreng-goreng je yang ada. Ala, macam goreng-goreng yg kat pasar malam kita. Bezanya, pasar malam semenanjung dah siap goreng banyak-banyak. Tinggal kita ja yang pilih dan beli cucuk-cucuk goreng yang da sejuk tu.

Kat sini, kita pilih. Lepas tu baru dimasak. Jadi, dah pilih yang nak dimakan *pilih macam nak makan seploh orang, berkat compartment besar*, buntut ofkos termasuk dalam menu, kepak ayam dan juga pedal 2 ketul.




Macam ni hasil gorengan tersebut. Lupa nak roger uolls, kepak, buntut and the geng tu semua diperap dengan rempah, tak tahu rempah apa. Nak tanya tuan kedai risau, nanti tuan kedai ingat kami pesaing yg datang untuk dapatkan ramuan rahsia Krabby-Patty. Maka kami pun senyap.

Oder jugak meehon goreng bodo. Kenapa bodo? Sebab mee-hon dia memang kosong, masak guna kicap je semata-mata. Tauge yang gagah perkasa-sedut-banyak-air pun takde!

Muka mak dara yang eksaited. Katanya buntut ni peberet beliau. Eceh. Sudah jumpa buntut, adik suda tidak berjumpa lagi-------< Peribahasa baru untuk hari ini.

Di Tawau ni, makanan diorang very la the simple tau korang. Sebagai contih, tengok lah yang aku makan ni, setakat goreng buntut, who-the hell-yang-nak-datang-makan-ramai-ramai?

Tapi, see it to believe it.(Cewah, speaking London pulak) . Citarasa diorang memang simple. Malam tu kami datang, tak lama lepas tu, sekejap je dah ramai orang. Sampai tak cukup meja! 

Most of Tawau / Sabahan, diorang tak makan lauk yang bersantan dan pedas sangat. Masak kari, lemak-cili-api-daging-salai feberet aku tu, jangan harap nak jumpa kat sini. Kedai sup paling fofuler kat sini, Restoren Maskur, dah bukak sampai 4 cawangan. Berjaya tak berjaya? Jual sup tu. Lagi terer dari Ani Sup Utara.


-------Kembali kepada topik B-U-N-T-U-T. Roger & Out--------


Tapi,

Rupanya memang indah kabar dari rupa, begitu juga rasanya. Pada aku, rasanya kurang 'kick' atau 'in'. Bak kata orang putih, tak kena citarasa. Tapi , still habis ye, lechen;p

Gara-gara tak puas hati, esoknya lepas kerja, terus aku berdesup beli buntut ayam. Balik rumah, perap dengan kunyit dan garam. GORENGGGGG. Dan rasa dia?   

Ofkos aku masak lagi sedap! Ekekekeke. Persembahkan, L-O-V-E goreng kunyit yang super duper sedap sampai aku boleh makan solo setengah kilo. Gaya hidup ini berpotensi menaikkan dan memberanakpinakkan babat-babat di perut. Sekian.
Hai buntut! Apa khabar?

P/s: Datang Tawau kena rasa makanan eksotik diorang. Jangan lupa ya!
Selalu makan buntut ayam goreng?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
January 30, 2015 at 7:13 AM

besaunya 1Homeware tuuuu...

saya tak reti makan buntut ayam huhuhu

Reply
avatar
January 30, 2015 at 10:26 AM

Iye syida, besar jugak. Konon boleh feeling-feeling Ikea di Tawau la, hehe;p

Kat Tawau buntut goreng ni femes. Sy kerja kt sini baru blaja2 mkn jugak.

Reply
avatar
February 5, 2015 at 6:53 PM

seumur idup x pnh mkn ... =) tp bg yg suka, mmg heaven lah kot...

Reply
avatar
February 5, 2015 at 6:54 PM

org kata mkn buntut aym, mulut becok..betul ke?? @ hanya mitos?? ^_^

Reply
avatar
February 5, 2015 at 9:32 PM

@Rin nOku: Tak tau lah mitos ke tak, tapi rasanya sy memang agak mulut becok. Hihi

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+