SweetMuslimah.com

Wednesday, January 14, 2015

Nak cuti, tapi bos tak bagi? Nah, cuba cara kreatif ni!

Sedih tau. Ada ura-ura kata cuti bulan Februari ni, yang CNY tu, nak kena beku. FREEZE. Ice Age. Bukan setakat masa CNY tu, tapi dari 9 - 28 Feb 2015 ok. Dengan alasan:

  1. Seminggu sebelum CNY (9 - 13/2) adalah minggu exam
  2. Minggu CNY (16 - 20/2) tak bagi cuti sebab tak nak pensyarah hantar markah lambat. 
  3. Seminggu lepas tu (23 - 27/2) tak boleh cuti sebab student baru nak mendaftar that week. 
I mean, kenapa sampai macam tu sekali tak nak bagi orang cuti? Tak boleh ke bagi syarat, kalau nak cuti, sila selesaikan kerja anda sebelum anda bercuti!. Sedap sikit dengar, baru nampak ada toleransi. Kata apply pedagogi & andragogi? Bukannya agogogo semata-mata.

Tolong lah, kalau nak tunjukkan yang anda bos, tolonglah tunjukkan dengan cara yang sepatutnya. Barulah bos-bos ni dihormati dan disayangi. Kami, orang bawahan, para pekerja tegar ni, bukan suka-suka nak cuti. Dah kalau orang semenanjung, duduk Borneo, dah rancang nak balik, ingat duit yang keluar tu, petik dari pokok ke? Senang-senang nak mintak orang kensel / burn tiket. Kalau dapat refund takpe jugak.

Nah, jadi, macam mana nak bagi luahan perasaan kami, para pekerja tegar ini didengari? Jeng-jeng-jeng. Ada caranya, kita gunakan kemudahan teknologi maklumat.


Kitorang ni, para pensyarah, ada buat group Whatsapp. Yang menghimpunkan para pensyarah, ikutlah. Kalau group pensyarah Hal Ehwal Pelajar = HEP Group. Kalau group pensyarah Kelas = Pensyarah Kelas Group. Kalau korang kerja opis, maybe boleh buat group whatsapp Department Purchasing? Marketing? Kaizen? Ekekeke. Pepandai korang la.

Pehtu, add in your boss. Dalam kes aku, moderator group (bukan aku) add in boss td (tapi bukan boss besar kolej) sebab nak bagi dia tahu, apa yang kitorang bincangkan. Kan, kadang2 ada certain issue yang perlu clarification, nah, itulah tujuan utama letak bos dalam tu. Tapi, jgn sembang merapu! Tak proper tau buat mcm tu dgn boss dlm group gitu.

So, semalam, kitorang, geng2 yang dah beli tiket, dah rancang nak bercuti ni, buatlah luahan perasaan dalam group tu. Tell the truth. Bagi ayat sedih-sedih sikit. Supaya kesedihan tak dapat balik sampai dan didengari. Ceewwaaah.

Tak sure la mcm mana, tapi, masa nak balik, depan mesin punch-card, suddenly, that bos, tanya:

"Bila awak nak cuti?"

"Saya nak cuti start 13 hb. Ala, biasanya exam saya awal. Markah tu saya boleh siapkan sebelum saya balik"

"Ini bukan pasal markah. Takpelah, tunggu memo saya esok"

-_-..-_-..-_-..-_-

Alhamdulillah, luahan hati tersebut didengari. Cuma, kita tunggu, adakah, hati beliau terkesan dengan cara tersebut. Dan adakah cuti kitorang akan diluluskan? We wait and see.

Assalamualaikum.

P/s: Tak payah nak berpiket / berdemo nak bagi suara kita didengari. Kadang-kadang, cara yang orang nampak kecik, mcm ni, setakat borak kt whatsapp, boleh sampaikan message kita dengan lebih jelas. Sekian.




Nak cuti, tapi bos tak bagi? Nah, cuba cara kreatif ni!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+