SweetMuslimah.com

Tuesday, January 27, 2015

MQA nak datang. Mari kita lompat bintang guling-guling sama-sama


Tinggal lagi beberapa hari aje lagi pihak Malaysia Qualification Agency (MQA) nak datang untuk buat lawatan penilaian kurikulum di kolej. Dalam beberapa hari ni jugak, memang jadi super duper bizi la konon, seolah-olah tenggiling yang berjumpa dengan sarang semut, pasti nampak sangat berdedikasi - sebelum ni banyak rehat je, padan muka - *wink wink*

Kebetulan pulak, tarikh kedatangan (cewah, baku nye ayat!) pihak MQA dah hampir sangat dengan tarikh peperiksaan akhir pelajar. Oh, bagus. Kena siapkan markah-markah penilaian pelajar seminggu awal! 



Nah, 3 set soalan yang belum diperiksa. Sebenarnya ada banyak lagi yang belum diperiksa. Bertimbun belakang kerusi. Kan aku rajin sangat sebelum ni. Sekarang berteriak sampai keluar anak tekak pun tak berguna sudah. Mekap 10 inci pun, sambil kerdip-kerdip-bulu-mata-pelsu-gam-uhu pun tak berjaya nak mintak extend lagi sejuta minggu. 

Laksana kata Karam Singh Walia, "kera dihutan disusukan, anak dirumah dibiar lapar"

Eh, apakah kata perlaksanaan itu?


Baiklah, nak sambung menanda kertas lagi. Sambil kite promot blog kite kat situ. Awak, awak, awak nampak tak?*hembus-hembus-bulu-idong*  

Pang. Lempang sampai koma.


P/s: Hepi read :). Boleh share pengalaman korang kena audit / lawatan pdp kat sini. 

MQA nak datang. Mari kita lompat bintang guling-guling sama-sama
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+