SweetMuslimah.com

Friday, January 9, 2015

Melancong ke Langkawi - Underwater World

Hai. Morning. Hari ni macam mana? Sabah alhamdulillah ok, cuaca tak brape panas, tak berapa mendung. Angin sepoi-sepoi bahasa je. Semenanjung, dengar khabar hujan lagi eh 5 hari kebelakangan ni? Takpe lah. Sabar ye. Ada hikmah semua ni. Hujan rahmat mungkin.

Underwater World Langkawi

Tahun lepas, bulan 12, antara tempat yang kitorang pergi masa jalan-jalan kat Langkawi adalah Underwater World, kat area Pantai Cenang. Antara tempat yang mesti dilawati kalau pergi Langkawi. Tambah-tambah pulak bawak budak kecik, si kaira tuh. Oi oi oi, lagi meriah rasa. Hahaha. Walaupun hujan kat luar, kita redah jugak pegi Underwater World. Nasib dalam bangunan, kalau tak, mau demam semua orang pas balik dari cuti. Oh ye, tiket masuk dia agak mahal la pada aku. Dewasa RM 30 (Malaysian). Non-malaysian RM 40. Kanak-kanak bawah 2 tahun FREE. Jumlah semua hari tu kat sini sahaja = RM 180.00.




Masa ni, baru kat area luar. Hujan sikit-sikit je. Tu yang sempat bergambar.Tengok balik gambar ni, kesian pulak Kaira, Pakai baju lengan pendek, seluar pendek. Sejuk budak ni. Makcik2 dia tak sensitip langsung! Haih.

Nama ikan memang tak tahu. Padahal ada je beberapa jenis yang aku pernah nampak , dan abah ada pernah bela, contohnya ikan lampam, ikan belida. Tapi, buta kayu sungguh. Ikan kembong dengan selar je lah yang aku terer! Ekekeke.


Anjing laut @ seal. Wah, kemain betul anjing laut ni buat pertunjukan akrobatik. Ligat sungguh. Kat sini, agak ramai orang berenti tengok depa buat berenang. Yang kelakarnya, laluan berenang anjing laut ni sama je. Agaknya, sehari berapa ratus kali la lalu laluan tu? Kesian pun ada jugak sebenarnya. Dari lautan yang sebebsar-besarnya, sekarang dah duduk tempat kecik. Pity u! 

Anjing laut ni memang terkenal sebagai haiwan yang jinak kan? Dan they quite adorable. Kalau dapat sekor jadi haiwan peliharaan, sanggup aku beli ikan kembong gemok2 5 kg sehari untuk diorang ni. 


Ini, tuan tanah mahu bergambar jugak. Tak tahu apa gaya Kaira buat tu.

Penguin tanpa jambul

Penguin berjambul

Penguins. Dalam ni ada 2 spesis penguins. Satu yang jenis ni, yang biasa tengok. Satu spesis lagi, yang ada jambul. Aku panggil penguins madagascar. Kehkehkeh. Sebab, macam pernah nampak dalam cerita madagascar penguins ada jambul ni.





Penguin kena tipu dengan budak pakai beg merah tu. Kesian. Dia ingat makanan agaknya. Bila budak beg merah tu sua lighter warna kuning tu, kemain penguin ni ikut je mana dia pergi. Ingat dapat makan kut. Padahal ko dah langgar cermin. Lepas budak tu, abah try pulak suruh Kaira buat macam tu, si Kaira ni buat sekejap je, lepas tu dah menangis takut. Ekekeke. Ingat penguin tu boleh keluar ke sayang oi?



Ikan yu tengah berehat


Ikan nemo. Finding Nemoooooo



Budak kecik kan tak faham sangat pasal bahaya-bahaya ni. Kita yang dah godang ni tahu la kan. Walau ikan yu tu dalam cermin, tapi takdelah nak duduk dekat2 sangat. Kaira siap ketuk2 cermin, nak panggil ikan yu tu datang. Hamboi. 



Sampai kat satu kawasan ni, kita akan lalu bawah akuarium besar. Pandang atas nampak ikan besau-besau. Tu, ikan pari tu lebar giler okeh. Lagi besar dari dulang lebar dia. Ada ikan lumba-lumba. Ikan yang tak dikenalpasti banyak. Hihi



Yang atas tu bukan pontianak ye. Itu adalah geng obor-obor. Ada 2 spesis yang aku tangkap gambar.


Belut belang. Serius, ini memang nama dia. Aku ingat ok!


Lobster tengah tido


Can't remember fish

Keluar dari Underwater World ni, memang terus masuk mall. Terus nampak segala coklat, beg roda, pinggan mangkuk Arcopal, Corelle segala. Orang pun agak ramai shopping kat sini. Bagus promosi dia. Selain orang boleh jalan2 dengan family, lepas tu terus masuk shopping mall. Mall pulak besau. Ada la 2, 3 mall yang bersambung. Lenjan la korang berjalan dalam tu.

Sekian sahajalah pengembaraan kami ke alam hidupan marin. Yang bestnye tempat macam ni, sesuai untuk beriadah dan jalan-jalan dengan family besar. Sebab laluan pejalan kaki dia luas. 

Semoga bertemu lagi dalam journal Melancong ke Langkawi. Eceh. Bai!



Melancong ke Langkawi - Underwater World
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+