SweetMuslimah.com

Saturday, January 24, 2015

Lemak dah berlipat baru nak exercise?

Menyesal betul aku. Lemak dah berlipat kali ganda kat perut, baru nak gelebah. Huuuuuwaaaa. Perut dah kalah orang mengandung 6 bulan! Tengok kat cermin pun takut! Habis lah kurang gojes disebabkan kebuncitan ini!

Disebabkan itu, makanya, hari ni, kuatlah azam aku nak bakar lelemak degil yg sungguh selesa berumahtangga di perut dan paha ni. Bangun pagi tadi, ewah, bangun awal tau hari ni uols. Selalu weekends iols bangun lambat. (Matila bagitahu perangai buruk)

Basuh baju, pehtu kemas bilik. Lipat kain yg dah menggunung. Lepas tu sapu rumah. Bila buat keje rumah ni pun dikira sebagai exercise kan? Hihi. Dapatlah barang setitik dua peluh yg keluar.

Apa? Setitik dua je peluh x thrill la kan? Ehem. Jadi tadi, lepas maghrib, aku pun bukak exercise video. Jum, bersenam kita!;)

Tapi, bukak slow-slow je. Tau dek housemate, malu la i uols. Yg aku guna yg ini, korang boleh download kat Youtube: pump it up. Ada 8 series rasanya. Pergh, buat sekejap pun, aiyooork, macam paip pecah peluh keluar.

Tapi lagi, aku buat sekejap je, dalam 10 minit. Dah mengah macam nak pengsan. Tanda-tanda kurang oksigen, disebabkan kurang xcercise! Mana taknya, sebelum ni, balik je rumah berehat, tido, makan. Gaya hidup macam orang kaya, padahal kayap, ekeke.

Korang, jom lah exercise sesama dengan aku. Jgn sampai dikelilingi babat babat yg super duper degil baru nk menyesal! Tapi, kalu x mau menari, bukak youtube tu semua, ni ada exercise lain yg boleh buat. X payah tengok vid pun.


Kredit: Google

Ha, yang plank tu aku dah try. Menggigil-gigil macam tak makan nasi jadinya sebab nk tahan berat badan sendiri! Ekeke. Lepas ni, azam baru yg ke seploh, nk buat semua step ni dalam sekali workout. Kalau tak, sebelum ni, hanya beberapa step je yg mampu buat.


P/s: Kononnya, petang tadi nk basuh kereta. Tapi, hujan lebat turun, makanya aku pun bersantai ala pwincess depan tv. Lemak sangat. Koh koh koh
Lemak dah berlipat baru nak exercise?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
January 30, 2015 at 7:16 AM

wahh gigihnya bersenam, keep it up!
saya ni pun berbabat tang perut ala2 preggy 3-4 bulan forever, bila la nak mula exercise ni *nangisss*

Reply
avatar
January 30, 2015 at 10:45 AM

Sama la kita. Ekeke. Entah bila la nak hilang babat-babat degil ni. :'(
takpe, positip, 12 step xcercise ade. Menggigil-gigil nk hbskan step ke-12. Hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+