SweetMuslimah.com

Sunday, January 18, 2015

Lauk orang bujang, tapi sedap hingga menjilat jari

Wah, kemain rajin lagi aku masak ye? Di saat bonus dah masuk, konon duit berkepuk dalam bank, tapi rajin masak lagi? Alahai, apakah ada udang disebalik batu kerajinan ini? Tehehehe

Jawapannya, tidak. Tiada udang. Yang ada adalah.....KETAM!

Alhamdulillah, murah rezeki aku. Jumaat lepas, Kak Aini bagi aku 4 ekor anak ketam*ketam saiz kecik comey lotey tu, dan 1 ekor ketam saiz sederhana. Sekor tu masih hidup pulak tu! Nasib tak tersepit tangan!

So, semalam aku buat nasi goreng ketam. Makan malam. Pagi ni bangun, masya Allah.Jerawat naik bermaharajalela atas muka! Adoi. Ketam fresh ni, sodap makan, tapi nah, allergic nya tak boleh tahan!

Tapi, jerawat-jerawat pun, masak ketam lagi makan tengahari ni. Hihi. Sup ketam. Tapi versi orang bujang.Acaner tu sup versi orang bujang? Nah. Silakan jamu mata.


Sup ketam versi takde daun sup. Tumis bawang merah + halia je. Tambah serbuk blackpaper sikit. TADAA. Siap. Mudah dan senang. Sedap pulak tu. (Esok tambah pakej jerawat lagi)



Itu geng ketam. Namanya tempe goreng sos tiram bersama tauhu dan kacang buncis. Orang jawa sejati mesti makan tempe kan?Baru nikmat donia. Tehehe.

Jadi, yang nak kawen kate tak pandai masak. Eh, tampa kang. Masak punye senang, tengok x cukup bahan pun boleh jadi. Yang nak makan korang jugak kan? Nak lagi sedap, pi belajar dengan mak mentua!



*Esok, acaner nak masuk kelas dengan jerawat 2 biji atas pipi? Eh, dulu jerawat banyak tak bising macam ni? Tampa kang!
 
Lauk orang bujang, tapi sedap hingga menjilat jari
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments
avatar
March 17, 2015 at 11:50 AM

Sedapnya ketam tu... Lama tak makan ^^

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+