SweetMuslimah.com

Sunday, January 4, 2015

Lain yg diorder, lain yg dapat. Sesi luahan perasaan mengenai ikan bilis.

Adoi, kecewa betul la. Haish. Apa rasa korang bila benda yg kita dah rancang dengan baik, tiba-tiba ada masalah? Dan ia melibatkan duit dan kepercayaan? Adoi. Ralat sungguh.

Ceritanya macam ni. Ada nmpk x page Pembekal Ikan Bilis kat sidebar blog ni? Haaa, itu business yg aku dgn abah tgh setup sekarang. Dengan harapan, tak lama lg kedai abah boleh jd one-stop centre brg2 kering mcm tu.

Buat masa ni, aku dapatkan supply ikn bilis drpd kwn yg sama2 keje kt kolej ni. Kira akak ni jd supplier aku la. Akak ni uruskan order, packaging sampailah kepada urusan kargo penghantaran ke semenanjung.

Masa 1st time aku order dgn dia, ikan bilis yg dpt tu memang fresh, cantikla. Memang nampak baru. Bila aku bwk balik, pergh, memang jd idaman kalbu lah. Abah pun ckp ikn bilis ni gojes!! Tapik spring la kalau jual kt semenanjung.

Tapi, masalah sekarang ni, yg timbul untuk 2nd order ni. Disebabkan order sebelum ni ok, smooth je flow dia, aku assume ok jugaklah kali ni. Kira aku percaya 100% kt akak tu yg aku akan dpt exactly sama mcm yg sebelum ni.

Tapi, sadly, the second time, apa yg aku order x sama mcm yg aku dpt. Ikan bilis x brapa cantik. Bak kata abah aku, ini sama ja mcm bilis semenanjung. Kalau mcm tu, apalah gunanya beli kt sabah kalau rupa dia sama mcm semenanjung punya?

Aku order ikan bilis yg kasar, dpt yg saiz sederhana campur halus. Haih. Yg bilis belah pulak, saiz dia bilis sederhana yg dikopek. Mcm mana ni? Lain yg aku tunjuk kt fb, lain pulak yg sampai.

Tau. Bilis lg halus lg mahal harga dia. Aku nk untung, tapi bukan dgn mcm ni. Lain aku order, lain yg dpt. How im gonna explain to my customer? 

Memang ralat. Nak salahkan akak tu 100%, pun tak boleh kut. Takpe lah. Ini jadi pengajaran. Lain kali, periksa dulu sebelum beli. Kalau boleh, next time mintak gmbr whatsapp dulu sebelum bayar. Bila dah byr mcm ni, haih la. Takkan nk mintak refund balik? Kita customer, kita byr untuk apa yg kita beli. Tapi, bila jd mcm ni, rasa ralat. Rasanya boleh bagi tahu kut kalau tak boleh nk supply. Kan? Kenapa hari kargo sampai baru bgtau yg order kita ada masalah? 

Ada 1 lg problem. Aku order ikn kering tamban 8kg. Udang kering 2 kg. Total 10kg. Bilis 3 jenis 90kg. Semua sekali 100kg. Naik kargo AA. Tiba2 hari ni kata yg 10kg tu x hantar lg sbb ikn tamban x cukup kering? What? Itu masalah aku ke? Cuba bgtahu awal sikit. Kalau x boleh siap semua hari ni, boleh je cari hari lain. Ni, gara2 diorang yg x boleh siapkan order, abah aku kena berulang dari Beranang ke KLIA 2 kali. 2nd time untuk 10kg je? Duit minyak siapa nk byr oiii? Dgn penat lg.

Pengajarannya: Tak semua bende yg kita buat smooth je flow dia ye. Mesti ada masalah sikit2 punya. Allah syg tu, tu yg nk uji. Takpelah. Sekarang ni sabar je lah. Inshaa Allah, aku cuba cari alternatif lain, cari supplier lain. In case jd lg mcm ni, mungkin aku yg kena turun sendiri cari peraih. Ambil direct kt kilang dia.

Aku kenal sangat akak tu. Baik, tapi kadang kadang ini lah masalah dia. Aku bukan x nk cuba faham, tapi ayah aku nun kt sana, siapa nk faham? Siapa nk tlg? 

Haih. Nak marah tak sampai hati. Nak simpan sensorang tensi plak. Jadi, tulis je lah kt sini. Kira tgh lepas geram la ni. Takpelah, ada hikmah semua ni. Lg pun akak tu kata dia akan cuba cari ikan bilis yg cantik mcm sebelum ni. Alhamdulillah.

Tlg doakan semua berjalan lancar ye. Urusan dengan akak supplier berjalan lancar. Urusan jual menjual yg abah buat pun berjalan lancar.

 Yg mcm ni aku order & harapkan, sekali yg sampai mcm ni.


Sabar je lah. Takpe. Kita jual je yg ni. Jual sokmo. Mana tau, yg ni lg cepat laku? 

P.s: Hari ni korang dengar cerita pasal ikan bilis aje la ye. Langkawi masih dlm draft. Byk nk cerita, tp jari lebar sgt asyik tersalah taip. Fenat. KIV dulu sampai jumpa pc besau. 




Lain yg diorder, lain yg dapat. Sesi luahan perasaan mengenai ikan bilis.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
March 26, 2015 at 4:06 PM

tp sy suka bilis yg sdg2 tu...x bpe ske bilis yg kecik...hihih...sabor aje lah yer...

Reply
avatar
March 26, 2015 at 4:07 PM

musti dh release kn tension tu.....huh..

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:04 PM

Kalau bilis yang dah siap kopek saiz sederhana memang best. Sha simpan stok banyak-banyak kat rumah, buat nasi goreng kampung, bestnye ^^

Reply
avatar
March 26, 2015 at 10:05 PM

Alhamdulillah, everything dah settle. So, dah release lah tension tu :)

Reply
avatar
December 29, 2015 at 3:08 PM

ikan bilis kat sabah ni yang terbaik sebenarnya di kawasan indrasabah..di situ ada banyak bagang dan dikendalikan dari kalangan yang berbangsa bugis..mereka ni memang menjaga kualiti kawasan laut di situ bersih dan terhindar dari pencemaran. dari gred halus mata biru sehingga la yang gred superb terdapat di situ..jika berminat untuk mendapatkannya dengan kuantiti yang banyak .boleh berhubung dengan saya nor 010 580 6767.

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2016 at 3:34 AM

Saya membekal ikan bilis bulat dan kopek terus dari bagang. Jika berminat boleh la contact no 019-6366361 / 011-21311613.tq

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+