SweetMuslimah.com

Friday, January 2, 2015

Khasiat mendengar bacaan Al-Quran semasa membuat kerja

Salam Jumaat semua:)

Dah baca surah Al-Kahfi hari ni? Belum? Aiiihhh. Ruginye uoolls tau! Baca khasiat dan kelebihan baca surah Al-Kahfi hari Jumaat bila diamalkan berterusan tau. 

Masya Allah. Light between the 2 Friday. Sayangnya Allah dengan kita kan?


Sebelum tu mari kita berkenalan dulu dengan hero Al-Kahfi ni.

"Al-Kahfi bermaksud gua. Surah ini adalah surah makkiyah, iaitu diturunkan di Makkah. Mengandungi 110 ayat. Surah ini mengandungi banyak kisah. Antaranya, Allah swt menceritakan tentang pemuda Ashabul Kahfi yang bersembunyi didalam gua kerana nak mempertahankan aqidah dan tauhid mereka daripada pemerintah zalim. Ada juga kisah tentang si kafir dan sahabatnya yang beriman kepada Allah swt. Kedua-dua mereka memiliki kebun. Si kafir yang berlagak dan mengatakan hasil yang dia dapat hasil usaha dia semata-mata. 
Ada juga kisah pertemuan  Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S serta kisah Iskandar Dzulkarnain yang menyelamatkan kampung dari serangan yakjuj dan makjuj. Banyak kisah, dan sangat menarik hati betul kisah-kisah ni."

Kalau rasa tak mampu baca 110 ayat sekaligus, takpe, baca sikit-sikit. Boleh mula dari hari Khamis lepas maghrib sampai zohor hari Jumaat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan?:)

Kalau tak boleh jugak, takpe, bukak Youtube, dan dengar sambil buat kerja. Percayalah, hati korang akan lebih tenang, dan otak lebih mudah berfikir. Idea tu laju je turun. Kalau buat minit mesyuarat tu rasa laju je tangan menaip. Selalu agak lama jugak nak siapkan 1 minit tu. Sekarang, alhamdulillah, laju je.

Boleh jadikan amalan tau! Dengar ayat Al-Quran sambil buat kerja ni. Bukan setakat surah Al-Kahfi je tau, surah lain pun best:) Cuba buat, amalkan dan rasakan sendiri kesan dia. Mudah-mudahan dengan cara ni, kita yang dulu susah nak menghafal surah, lebih mudah nak mengingat.  2 in 1 kan. Hihi.

Okeh, 11.57am. Dah boleh balik rumah. Break hari Jumaat kan lama sikit. Hihi. Lagipun, its freezing cold here in office. Beku rasa kaki. Nak balik rumah, makan, tido. Jumpa lagi!


Khasiat mendengar bacaan Al-Quran semasa membuat kerja
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+