SweetMuslimah.com

Monday, January 26, 2015

Kak Yan gojes dah kawen

Hari ahad lepas, sepupu aku, Noorlita Ereyanti, atau nama glemer ala retis yg family panggil Kak Yan, dah kawen. Nikah dan resepsi berlangsung pada hari yang sama. Bagus kan? Jimat masa dan tenaga, duit, makanan dan semualah. Dan yang paling penting, semua orang satu family dapat berkumpul pada hari yg sama.

Kalau buat nikah hari lain, sanding hari lain. Eh, penat la cik bedah. Nak masak 2,3 kali.Huuuuuh, angan-angan kayangan aku pun esok-esok nak buat cenggitu la *entah bila langsungnya pun x tau* rolling eyes*

Lokasi yg menjadi tempat idaman kalbu majlis resepsi Kak Yan adalah di Restoran Istana Bambu. Dekat Ampang rasanya. Jangan tanya aku. Aku x pernah sampai lagi. Sob sob sob

Ada sawah padi la. Agak-agak nak belajar menanam, lepas nakan korang boleh terjun dalam bendang ni

Itu semua model-model tak berbayar nak promot restoran ni. Amboi. Perkara wajib buat bila sampai tempat cantik, *selfie*

Dah, stop it. Kan kita nak highlite pengantin baru?

Sedang aqad nikah. Tunjuk tangan je untuk bagi unsur saspens.

Taraaaa. Dah x saspens. Introducing to u, the groom and the bride. Nampak tak sinar nur cahaya kegembiraan? Maksudnya kawen rela ye! Uols jgn nk buat spekulasi liar.

Tabik hormat kapitan! Homai homai. Pengaruh Hairul Azreen kuat ni!

Aqad nikah dekat Masjid Paya Jaras rasanya. Lepas je selesai aqad nikah, pengantin dan barisannya terus ke Restoran Istana Bambu untuk resepsi. Lauk makanan tengahari. Dengar cerita, lauk semua mahvelous. Kan siap pakej angin sepoi-sepoi bahasa sawah padi, memang lagi berseleralah jadinya. Gud strategi babeh.

Pengantin baru sampai. Naik kereta lain yah. Baru boleh manja-manja. *matilah kena piat telinga*



Pengantin bersama pembawa dulang hantaran yg terdiri daripada lelaki gagah perkasa. Yg baju merah tu, asyik interframe gambar pengantin tu, adalah pengapit pengantin perempuan

Pelamin yg simple, tapi just nice untuk majlis resepsi ni. Sebab yg nk difokus adalah kegorjesan pengantin, bukan kerusi dia




Kan kan kan. Nampak tak seri pengantin tu? Gojes mcm ni la yg nk ditonjolkan. So, enjoy pengantin posing. (cantik pulak gabungan warna hijau dengan cekelat)* blush cheeek*

Haip, Sara, why u tunjuk u punya spender? 
.
.
.
Eh, salah, pakai rompers rupenye. 
Jangan cari daku disitu, daku tiada. Hanya boleh kata "di angin lalu kusampaikan kerinduan"

Selamat pengantin baru Kak Yan dan suami. Semoga berbahagia bersama sehingga ke syurga. Sori i can't make it to your wedding, tapi doa Ira sentiasa bersama akak.

Btw, in picture u look gorgeous. And i believe, in real situation pun, u must be looking really really hot and spicy. Aummm. Eheh. Stay gorgeous and we love you. Muah.

Kredit: Fb




Kak Yan gojes dah kawen
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+