SweetMuslimah.com

Saturday, January 31, 2015

Goodbye En. Gazari and welcome aboard En. Rashid

Susulan daripada kenaikan pangkat beberapa pengarah kolej komuniti serata Malaysia, dari gred DH52 ke DH54, terjadi pertukaran pengarah di kolej aku. Pengarah lama, En. Gazari kembali ke kampung halaman, Melaka (bestnye dah boleh balik kampung sendiri, uhuhuhuhu). Pengarah baru yang menggantikan beliau, En Rashid pula kembali ke sini setelah merantau selam 14 tahun? Lebih kurang macam tu lah.

So, staf kolej ada mengadakan majlis perpisahan, sekali gus meraikan kedua-dua pengarah ni. Mula-mula, kami nak buat secara rahsia *RAHSIA SANGAT-_-* , tapi, last-last bocor, sebab invitation send to all staff via FB. Kantoi  orang yg diraikan tahu. Hihi.

Majlis diadakan di Hotel Emas, Tawau dengan tema pakaian kasual. Siap ade tema tau uools. Kalau lari tema, balikkkkkk, TUKAR BAJU SEKARANG!!!. Ekekekeke. Semua staf share-share duit nak bayar sewaan dewan + makan makan ni. Nasib baru lepas gaji, loaded jugak la poket. Takdelah kedekut nau nak keluarkan duit. (Ade tambahan dari duit kelab staf jugak. TQ Kelab Staf. I lap U all la, meow-meow-meow)


Tak ada jemputan boleh balik




Sedap sangat makanan kat meja VIP tu sampai tersenyum lebar je. Aku tau, kat meja sana  ade extra menu, udang. Nyum nyum nyum. Dah sebab tak dapat udang dinner malam tu, terus aku beli udang buat stok kat rumah. Aku yang masak, aku sorang makan. Puas hati. Hehehe*dasar kuat makan*



Staf yang datang, mentang-mentang pakaian kasual, dah macam K-Pop pun ada. Hihi. Tuan tanah pakai jubah hitam, tudung biru. Nampak tak, terselit di tepi-tepi kiri tu? Sipi-sipi lagi nak terkeluar frame gambar. Siap buat peace yooowww lagi

Esoknya pula, berlangsung majlis ringkas, dihadiri semua staf dan pelajar perhebat kolej, untuk menghantar En. Gazari pulang. Hantar di perkarangan kolej aje ye! Jangan kata kami mengelat! Hihi. Oh ye, buat yang tak tahu, Perhebat adalah anggota tentera yang sedang mengikuti pengajian sijil secara sepenuh masa di kolej komuniti, yag akan berpencen tak lama lagi. Kiranya ada MOU antara kolej dengan pihak ATM. 

Punch card terakhir di Tawau






Sesi bersama staf. Masa ni dah start sedih sikit. 



Nampak gagah lagi tak brader-brader Perhebat ni? Ekekeke

Selamat jalan bos! Semoga lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baru. Walaupun aku sempat berpengarahkan (ade ke perkataan ni?) En. Gazari ni hanya selama 2 tahun setengah, tapi banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dicungkil.

Orangnya kelakar, understanding (even kadang-kadang mulut ade bising), tapi hati dia baik. Teringat lagi masa mula-mula lapor diri di Putrajaya, aku dengan Amal nak mintak extend lapor diri di Tawau sehari lewat. So, kitorang call kolej, dan pihak kolej berikan phone no. En. Gazari. Masa 1st call pun dah dapat tau yang bos ni jenis happy-go-lucky punya orang. Tambah-tambah dengan orang kampung (Melaka, Amal orang Melaka). Ewah, lagi banyak cerita nak kabar. Hihi.

Ilhamdulillah, selama ni, cuti nak balik kampung sentiasa diluluskan. ! TQ bos sebab memahami perasaan anak perantau macam kitorang!

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Bon voyage bos! Semoga bertemu lagi di semenanjung;) 



Goodbye En. Gazari and welcome aboard En. Rashid
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+