SweetMuslimah.com

Tuesday, January 20, 2015

Gempa Bumi berukuran 5.8 Skala Richter berdekatan Kepulauan Sulu, Filipina

Semalam, lebih kurang dalam jam 1.20 pagi, aku terjaga. Gara-gara gegaran kuat. Bangun mamai, aku tengok katil, apesal bergegar semacam. Tengok lantai, pun macam bergegar. Ape ni? Mata berpinar ke? Ke dah nak mati? Masya Allah.

Tak lama lepas tu, a fren of mine, post di Fb, tanya, if ade earthquake sekarang. Dan, rupanya memang betul ade earthquake yang berlaku malam tu. Dan, ramai yang terjaga disebabkan gegaran yang bukan aku sorang je perasan, ramai rupenya!

Ini kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai gempa bumi semalam:

"Moderate EQ 01:19am 20/01/15,4.7N 119.8E Mag5.8 Dep10km,Sulu Archipelago, Philippines.289km NE of Tarakan,Indonesia.148km NE of Semporna,Sabah.No Tsunami Threat.Tremors felt in Tawau and Semporna Sabah. MMD"


Yang terbaru, page FB Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan:

"Dimaklumkan bahawa METMalaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Pulau Banggi, Sabah pada hari ini 20/01/2015 (Selasa). Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan."
Sumber: https://www.facebook.com/malaysiamet?fref=nf

This is the second time aku rasa sendiri gegaran disebabkan gempa ni. 1st time dulu masa di UTM, tak ingat tahun bila, tapi agak kuat jugak. Waktu siang, dan aku tengah tido jugak. Bangun sebab bergoyang, then nampak almari baju besi kitorang macam nak tumbang. Ehhhhh, roommate siap tahan pintu bagi almari tak jatuh. 

Yang horrornya, masa tu kolej kitorang atas bukit, dan kitorang stay at Level 9 okeh. Kalau jadi ape-ape, memang x sempat turun. Naudzubillah! 

Jadi, jaga diri. Dan sentiasa peka dengan maklumat semasa yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MET ni. 


P/s: Ini cara-cara Malaysia berada diluar kawasan Lingkaran Api Pasifik, means takde gunung berapi, gempa bumi segala. Itu pun dah rasa kesan dia. Kalau negara yang memang jadi center of earthquakes tu, lagi teruk kesan dia. Masya Allah. 

>>>Tapi, yang part rasa dah nak mati tu, tak tipu eh. Siap aku rasa, eh, dah nak kiamat ke? Dah la aku banyak dosa! 




 




Gempa Bumi berukuran 5.8 Skala Richter berdekatan Kepulauan Sulu, Filipina
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+