Saturday, January 24, 2015

Gaji, Bonus Tabung Haji (TH), PTPTN dan jem

Hai, Assalamualaikum.

Minggu ni dan minggu depan adalah minggu yang loaded untuk penjawat awam kan? Eleh, malu nak bagitahu lettew. Hihihi. Dah gaji kan 22 hb haritu? Hari Selasa. Eleh, aku tahu lah. :)

Dan, 22hb hari tu jugak dapat berita baik. Tabung Haji (TH) bagi bonus tahun 2014 sebanyak 6.25%. Wow. Dapat pulak tambahan 2% bagi penyimpan yang belum menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah, total semua bonus - 8.25%. Rezeki tahun baru.

Jadi, oleh sebab itu, diseru oleh nak tengok berapa banyak bonus yang aku dapat, aku pun bersemangat waja untuk ke Tabung Haji. Disamping nak simpan duit (Haji belum penah pegi lagi, jadi kena simpan), aku jugak nak settlekan pinjaman PTPTN. Kita sekali harung jalan je lah.

Masuk bandar Tawau dulu. Masya Allah, jem gila, even semut pun jalan lagi laju dari kereta aku! Kiranya semut lagi legend lah! Tak kira mana aku pusing, nak cari short cut konon, hampeh, semua jem! Pulak tu, PTPTN pun aku tak jumpa kat mana. Sesat lagi.