SweetMuslimah.com

Thursday, January 8, 2015

Ketam cina, ketam melayu?


Dah baca cerita kat atas ni? Keluar cerita pasal ketam kat timeline aku. Bukan cerita pasal orang masak lauk ketam lemak cili api atau ketam sweet sour yg super duper yummy tuh. Tapi ketam cina, ketam melayu. Aik. Jgn ingat manusia je yg ada bangsa cina melayu, ketam pun ada. 

Rasanya, cerita ni dah lama. Dan mungkin jugak rekaan semata-mata untuk memberi pengajaran. Tapi, in real life, actually, cerita atas ni nak perli kita bangsa Melayu ni, yang phd (penyakit hasad dengki) terlampau kuat dan menebal dalam diri. PHD yg negatif, sampai sanggup nak porak-perandakan hidup orang lain, asalkan hidup dia sorang je yg berjaya. Hidup orang lain lingkup. Tu lah melayu, terlampau sinonim dgn phd, sampai ada jugak perkataan janji melayu. Punyalah nak tunjuk yg melayu ni teruk nau.

Aku melayu. Bukan niat aku nk kondem bangsa sendiri. Tapi, itu realiti. Walaupun korang nak bash aku, tapi mesti korang ade setuju jugak sikit2. Kan? Most melayu yg aku jumpa, jarang nk kongsi rahsia kejayaan. Takut sangat market kena cantas. Kemain lagi guna istilah sharing is caring, tapi nan ado.

Tapiiiiiii, tak semua melayu mcm tu. Aku pernah jumpa ramai melayu yg sangattt baik, sangat prihatin. Sangat tak kisah untuk berkongsi rezeki. 

Dan tak semua cina tu sangat supportive mcm dlm cerita ketam ni. Ade je yg selfish, x peduli orang lain. Kalau dah namanya manusia, tak kiralah apa bangsanya. Semua manusia ada flaw. Tak perfect.  Kalau perfect, tak jadi manusia. Sbb memang dah fitrah manusia mcm tu. Jadi, jgn sebab kesalahan kecik, satu bangsa nk disalahkan. 

Jangan pandang suku perkara yg x lengkap, yg teruk, tapi pandanglah bahagian yg melengkapi bahagian yg lain itu.
Ketam cina, ketam melayu?
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+