SweetMuslimah.com

Thursday, January 22, 2015

Bahasa / ayat sms sekarang yang ambil masa 10 minit nak faham

"hadoi. bebal betul. dulu2 belajar tak nak sungguh sungguh. sekarang da tekebil kebil. cane ko nak abiskan FYP ni??cakaaaaaaaaaaaaaappppppppppppppppppppp.:(

ade sape sape buley tolong aku gune matlab ni. function exponen pon fail.dush!
hokey. tape. esok jmpe lec. mntak3 encek lec tak marah..doa doa."
 
 Link: sini

Ok, aku bukak balik entry-entry aku pada zaman batu, iaitu 4 tahun yang lepas. Masa aku mula-mula baru kenal dunia blogging. Its like tahun 2011 yang lalu. Masa itu aku masih seorang student. Muda belia lagi. Darah masih panas. Hahahaha (sekarang pun masih darah panas, manusia kan? >_<)

Apa yang aku nak tekankan sebenarnya, bahasa apakah yang aku guna masa zaman batu dahulu kala itu? Like, bila aku baca balik, bahasa yang aku guna, simple form, wording, macam NAKHAROM. Ekekekeke.

Sekarang, baru aku faham. Kenapa student aku selalu guna ayat-ayat pelik. Short form yang buat orang pening bila baca. Rupa-rupanya, aku dulu pun macam tu. 
 
- Dulu2 = Dulu-dulu 
- Da = Sudah / dah 
- Cane = Macam mane 
- Buley = Boleh (sekarang nampak wording bowley, dah macam bowling pulak) 
- Tape = Tak apa
- Lec = Short form untuk lecturer 
- Mntak3 =Mintak-mintak (aku tak sure kenapa aku letak 3, bukan sepatutnya    2 je?)              
 
Student sekarang kan suka buat ayat yang macam ni:
 
"Cik, sayez nak bagitahu yang hari ni sayez tak bowle datang kerlas."
  
Sumber: Google
 
Ewah, cantik bahasa! Ambik masa 10 minit jugak nak hadamkan mesej apa yang budak ni cuba sampaikan. Rupa-rupanya kan, tak kira lah zaman apa yang kita lalui, kalau dah namanya pelajar / remaja, mesti ada bahasa-bahasa yang kita takkan lupa. Kan? Bahasa short form yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. Eh, betul ke tidak peribahasa aku?
 
Buat DBP, bertahanlah anda untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan generasi masa kini Malaysia.
 
Sekian, daripada cikgu yang mengajar subjek elektrik, tapi takut nak pegang bateri. 
                                                                    
Bahasa / ayat sms sekarang yang ambil masa 10 minit nak faham
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+