SweetMuslimah.com

Saturday, January 31, 2015

Amalan menjemput rezeki. Tips mudah tetapi perlukan usaha yang berterusan.

As salam, hai, buat hujung minggu macam ni? Bersihkan rumah? Basuh baju? masak sedap-sedap untuk family? Wah. Untungnya. Aku? Di ofis, dengan beberapa orang officemate yang 'konon berdedikasi' >_< nak siapkan dokumen dan nak menanda kertas pelajar, kena siapkan untuk validasi MQA hari Khamis ni. Doakan kami berjaya ya!

Pagi tadi bangun lambat-_-.. Jangan salah faham ye, dah bangun awal, tapi boleh pulak sambung tido di kusyen di ruang tamu. *Jadi istilahnya sama jugak, bangun lambat jugak kan?* 

Bangun, mandi, then tengok phone. Aik, ade orang tanya pasal Jubah Sofea laaaaa. Sejam yang lalu  -_-     *Kalau tak sambung tido tadi mesti boleh reply on the spot*

Jadi, tips paling biasa, yang selalu buat telinga berdarah, yang selalu mak-mak kita jeritkan, tapi kita buat derk, adalah bangun awal. Jangan biasakan tidur selepas subuh. Betul? Kan? Tak ada reason ye, mak-mak kita nak bebel kat telinga anak dara yang pemalas, suka tidur sampai tengahari benda-benda gitu suka-suka je. There's must be a strong reason behind it. Sebabnye itulah tadi diatas tu. 

Tips menjemput rezeki, Amalan menjemput rezeki

Jadi, rezeki yang tak disangka, datang dalam bentuk yang kita tak sangka. Dalam business satu hal, dalam kehidupan pun satu hal. Kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dapat collegue yang memahami dan boleh bertolak ansur, juga merupakan rezeki dalam kehidupan. Tak semestinya rezeki dalam wang ringgit semata-mata ya!

Jadi, sis +Nana Macarona  dalam blog beliau, ada berkongsi beberapa tips  "Mudahnya Menjemput Rezeki" yang beliau praktiskan.  Ade jugak tips tu aku tengok. aku ade jugak buat, tapi tak konsisten. :(

Bak kata sis Nana:

"Nana juga percaya, rezeki itu bukan untuk kita cari, tetapi untuk kita jemput.. Rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap orang.. Rezeki tidak pernah tersilap tuan.. Tapi kita boleh jemput rezeki itu dengan beberapa amalan"

Mungkin jugak korang pun ada amalkan, tapi, mana tahu, ade yang boleh ditambah dalam kehidupan seharian? Jum, aku kongsikan.

1. Ayat seribu dinar
Tips menjemput rezeki, Amalan menjemput rezeki

Baca dan hadamkan maksud ayat 1000 dinar tersebut. Ayat 2 & 3 surah Taha ni, aku percaya ramai yang hafal. Aku pun hafal jugak. Tapi, baca bila-bila rasa teringat je -_-
Dan, tak faham keperluan baca ayat ni. Tapi sekarang, dah baca translation ayat ni kan? Inshaa Allah, boleh diamalkan dengan berterusan:)

Antara kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar ialah:
  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Mendapat jalan keluar daripada segala masalah dan kesulitan
  • Mendapat perlindungan daripada segala musibah dan bencana
  • Jika berperang InshaAllah tidak akan cedera binasa kecuali sudah sampai ajal
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan
P/s: Baca 10 kali setiap kali selepas solat, dan 3 kali setiap sebelum tidur. Nak keluar rumah untuk buat perbuatan yang baik (eg: kerja), pun boleh baca:)

2. Baca Al-Quran dengan Instiqamah

Ok, yang ni aku memang malu nak admit, tapi nak bagitahu jugak. Aku memang baca Al-Quran, tapi, ikut sempat je . Masya Allah. Tulisan Allah ni aku baca ikut dan, baca surat khabar boleh pulak setiap hari. Malu betul dengan Allah. Malu dengan diri sendiri.


Al-Quran kan makanan jiwa, soul. Nak bagi ketenangan jiwa, baca kalam Allah. Nak carik jawapan kepada persoalan, semua Allah dah bagi hint dalam Al-Quran. *Ni tak, orang kita sekarang, termasuk aku* suka google je dan terima tanpa usul periksa. Why dont kita kembali kepada Qalamullah. 


Baca dan hadamkan maksudnya. Praktis dan instiqamah dalam membaca, insyaAllah, aku percaya ada fadhilat yang tersembunyi, yang sebelum ni kita tak nampak, akan muncul.


Percaya kepada takdir, dan rezeki yang telah Allah tetapkan. Aku pun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Long way to go. Perubahan yang besar, dimulakan dengan langkah yang kecil. Chill, have fun and enjoy your life:)


Till then. bai.

Tips menjemput rezeki, Amalan menjemput rezeki

Amalan menjemput rezeki. Tips mudah tetapi perlukan usaha yang berterusan.
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments
avatar
March 13, 2015 at 1:15 PM

done follow 141#.
mudahnya menjemput rezeki..

Semoga anda dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki , kesihatan dan kebahagian di dunia dan akhirat

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+