SweetMuslimah.com

Monday, December 29, 2014

Melancong ke Jepun bersama Downy


Wahhhhh, teringinnya nak pegi melancong ke Jepun! Tokyo boleh, Narita boleh, Fukuoka boleh, mana-mana lah,yang penting, nama dia Jepun! Yey.

Tapi, apakan daya, kalau tengok tiket Air Asia X, tak pun Malaysia Airlines, masyaAllah, mau pitam aku. Huhuhu. Rasa macam tak mampu plak! Haih. Even dah keje nak dekat 3 tahun, rasanya macam belum mampu lagi nak melancong oversea. Tapi, kejenye over the sea jugak. Ekekeke. Tapi, marilah kita berangan-angan dulu. Survey-survey tempat yang best nak melawat nanti. Angan-angan tak kena bayar, ye dak?

Tempat yang aku teringin nak pegi:

  • Tokyo Tower




  • Kinkaku-ji @ The Golden Pavilion
Kinkaku-ji Temple

Kinkaku-ji terletak kat Kyoto. Dia termasuk dalam senarai 10 tempat yang mesti dilawati bila kita ke Kyoto. It a must!

  • Toei Kyoto Studio Park

Dah sampai Kyoto, mesti pegi sini jugak! Kat sini jugak sebenarnya dibuat tempat penggambaran untuk TV dan drama. Yang ala-ala cerita samurai tuuuhhh. Boleh feeling-feeling hidup dekat zaman samurai plak! Hihihi. 

  • Disneyland Tokyo


Datang Tokyo tak pegi Disneyland adalah satu kerugian ok! Macam makan nasi lemak takde sambal ikan bilis atau makan roti canai tanpa kuah kari. Perghhhh. Rugi wa cakap sama lu! Bila lah nak sampai ni -_-

Rasanya, tu je yang aku baru terfikir. Sebenarnya banyak gila tempat best kat Jepun ni. Kalau pegi Shibuya lagiiiii gila best. Dan jangan lupa ambik gambar dekat Shibuya crossing, persimpangan luar stesen Shibuya. Famous oh crossing ni, siap buat drama cintan tangkap leleh banyak kali kat jalan ni.

Shibuya Crossing

Sebenarnya banyak lagi Japan attraction. Terlalu banyak. Kalau pegi sendiri memang jadi rambang perasaan. Hahahaha. Sebab tu, untuk yang rasa tiket kapal terlalu mahal untuk korang @ tak jumpa harga pakej yang sesuai, ada berita baik untuk korang. Kenal tak dengan DOWNY?


Ini lah, yang bagi baju korang bau wangi tu. Kat rumah aku pakai Downy Passion ni. Buat baju yang aku basuh jadi wangi nak mampus. Hahaha. Siap effect bilik aku pun jadi wangi sebab baju wangi.

Downy nak terbangkan pemenang ke Jepun, tapi ada syaratnye tau uooolls. kena beli apa-apa je Downy Parfum 900ml. Diulangi 900ml dan uools dah boleh sertai peraduan ni. Kalau tak dapat tix jepun, ada jugak hadiah lumayan lain untuk dimenangi. Contohnya Rimowa Luggage Bag  atau Fujifilm Instant Camera. Best tak?

Senang je cara penyertaan. Sertakan sekali resit pembelian Downy parfum 900ml dan isi borang. Hantar. Siap. Peraduan ni sehingga 1 FEBRUARI 2015 sahaja tau! Cepat, jangan lambat!

Untuk keterangan lanjut / nak sertai peraduan, klik sini : Downy


Gambar: Kredit Google

Melancong ke Jepun bersama Downy
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
March 8, 2015 at 4:39 PM

tetiba ter-klik post pasal jepun ni...
yang kelakarnya, kalau p jepun, tak jumpa pun downy kat supermarket/mall...
selalunya ada kat 100 yen shop je.. aka kedai 1.99.. :)

Reply
avatar
March 8, 2015 at 7:56 PM

Oy, yeke? Hahaha, kesian nye la Downy eh, kira kalau kat Malaysia ni, kat kedai 2 ringgit aje lah? :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+